Sebenarnya bahan bahan bacaan seperti ebook keluaran Malaysia agak perlahan. Orang Malaysia masih lagi kurang biasa untuk membaca bahan bacaan elektronik dalam bentuk ebook (ePub @ pdf). Kebanyakkanya membaca di smartphone lebih kepada membaca artikel di blog, website atau sosial media. Dan apabila bercakap tentang membaca novel, buku cerita, komik atau apa sahaja, memang orang ramai masih lagi selesa dengan buku fizikal sebenar yang berasaskan kertas. Namun begitu ianya tidaklah bermaksud bahan bacaan dalam bentuk tiada. Ianya ada cuma dalam bilangan yang terhad.
Adakah anda salah seorang yang sudah biasa dan berminat mendapatkan ebook keluaran Malaysia terutamanya buku digital dari penulis melayu? Jika ya, saya akan kongsikan dengan anda di sini di mana dan bagaimana cara mendapatkannya. Dan jangan risau, harga yang ditawarkan pula sangat murah.
eBook Keluaran Malaysia
Jadi apakah tujuannya mendapatkan ebook keluaran Malaysia? Bukan sebab ebook atau buku digital dari Malaysia. Tetapi lebih kepada tujuan mendapatkan buku digital elektronik untuk di baca di smartphone atau tablet. Dan sudah tentu tujuan utamanya adalah untuk memudahkan keadaan. Contohnya anda mahukan baca bacaan seperti travelog, bisnes, resepi, agama dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu, anda memerlukan bahan bacaan yang boleh memberikan info buat anda. Bukankah ebook dapat membantu anda? Tidak perlu susah payah membaca buku berat berat.
Apakah jenis kategori genre ebook keluaran Malaysia yang ada ditawarkan untuk dijual kepada anda? Di bawah ini saya kongsikan beberapa jenis ebook yang ditawarkan iaitu;
- ebook resepi
- ebook bisnes
- ebook novel
- ebook agama
- ebook travelog
- ebook pendidikan
- ebook komik kartun
- ebook kesihatan
Rasanya semua kategori memang ada. Cuma masih tidak banyak pilihan buat masa ini. Tetapi anda boleh melihat lihat dahulu tawaran ebook keluaran Malaysia dari penulis tempatan Malaysia yang ada. Dan ada banyak juga ebook yang menarik yang saya suka lebih lebih lagi tentang ebook buat duit dan teknik pemasaran online kerana saya seorang blogger. Ebook berbahasa english dan juga bahasa cina juga ada dijual. Tunggu apa lagi, jom beli ebook secara online dengan klik link di bawah ini. Selamat ber-online shopping.
>>> Lawat Web Jualan eBook Malaysia Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Beli eBook Keluaran Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.