Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all 707 articles
Browse latest View live

iPhone Terpakai Second Hand Yang Murah

$
0
0

Biasanya handphone pintar smartphone dijual dalam 3 kategori. Yang pertama adalah yang baharu, yang kedua pula terpakai dan yang ketiga pula dari jenis refurbished. Kalau anda teringin memakai smartphone yang berkuasa tinggi high end yang mahal tetapi tidak mampu, anda boleh membeli smartphone secara ansurans. Atau anda perlu membeli mana mana dalam kategori terpakai yang sudah tentu lebih murah. Kalau berminat dengan rufurbished yang jauh lebih murah pun boleh kalau “berani”. Anda mungkin teringin membeli iPhone yang baru tetapi terasa sangat mahal. Kalau hendak pakai iPhone juga, saya menggalakkan anda untuk membeli iPhone terpakai, berminat?

Ada orang tanya, bukankah susah hendak mencari iPhone terpakai di kedai kedai yang menjual telefon? Selalunya kedai sebegitu hanya banyak menjual peranti pintar terpakai dengan sistem android sahaja. Jarang hendak lihat kedai yang menjual produk terpakai buatan Apple. Pandangan tersebut mungkin ada benarnya tetapi bukan semua kedai begitu. Ada sahaja kedai yang menjual peranti terpakai buatan Apple. Cuma kena pandai cari sahaja.

Harga iPhone terpakai yang bagus ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Harga iPhone terpakai yang bagus ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Kalau anda ada bajet duit, anda boleh beli iPhone yang baru. Kalau tiada dan tetap mahu menggunakan smartphone dari Apple ini, saya cadangkan pilihan terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mendapatkan iPhone terpakai iaitu dari jenis second hand. Kalau hendak lebih murah lagi, anda mungkin berminat mendapatkan iPhone jenis refurbished kalau berminat. Saya anggap anda mahu membeli iPhone jenis terpakai berbanding refurbished ok. Jadi di mana hendak membeli dan mendapatkannya?

Anda boleh dapatkan iPhone second hand terbaik di website 11Street

Anda boleh dapatkan iPhone second hand terbaik di website 11Street

Senarai Website Yang Menjual Used iPhone

  • Lazada – website yang banyak menjual telefon pintar dari Apple
  • 11Street – antara website selain Lazada yang terbaik di Malaysia
  • Amazon – website luar negara yang paling dipercayai orang ramai

Kalau anda ada masa, anda boleh pergi ke mana mana pasaraya yang ada menjual telefon pintar. Kalau mahu menjimatkan masa, anda boleh membeli mana mana set iPhone original asli jenis terpakai secara online di laman website. Di atas ini saya kongsikan dengan anda 3 website yang paling dipercayai (trusted) untuk anda mencuba membeli smartphone iPhone anda secara online melalui internet. Orang cakap, bukan saya yang cakap. Mereka kata kalau dah pakai iPhone sekali memang susah nak balik kepada telefon android. Betulkah?

The post iPhone Terpakai Second Hand Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Senarai Laman Web Deal Site Malaysia Terbaik

$
0
0

Website website “DEAL” ini sudah lama saya perasan. Dan rakan saya sendiri salah seorang yang aktif menggunakan servis dari website sebegini? Dan saya pernah bertanya apakah website tersebut dan kenapa beliau suka membuka website tersebut. Jawapan beliau adalah, website tersebut menawarkan pakej apa apa sahaja barang atau perkhidmatan dengan harga murah dalam tempoh tertentu. Jadi beliau boleh beli dan dapatkan barangan tesebut jauh lebih murah jika beliau cepat dapatkan tawaran tersebut yang mungkin memberikan diskaun sebanyak 10%, 20%, 50% atau lebih. Jadi adakah anda tahu akan senarai deal site Malaysia?

Bayangkan anda membeli produk Maggie dengan harga RM5.00 untuk 1 pek. Tetapi melalui laman deal site Malaysia, anda mungkin bernasib baik dengan hanya membayar RM7.00 sahaja untuk 2 pek Maggie. Murah bukan. Ini yang berlaku pada rakan saya. Beliau juga kerap mencari tawaran pakej makanan di restoran yang memberikan “deal” harga yang murah. Jadi beliau dapat menikmati makanan sedap dengan harga promosi tersebut. Kalau anda tidak faham apa yang saya sampaikan ini, anda lawat sahaja laman seperti FAVE dan lihat sendiri.

Deal site Malaysia dari website FAVE menawarkan deal promosi polish kereta paling murah

Deal site Malaysia dari website FAVE menawarkan deal promosi polish kereta paling murah

Dapatkan Barang/Servis Murah Melalui Deal Site Malaysia

Anda juga mungkin akan mendapat kupon (coupon), baucer (voucher) atau deal paling murah yang anda beli untuk digunakan di tempat yang anda pergi. Dengan kupon/baucer itulah nanti anda akan mendapat servis atau membayar dengan harga lebih murah. Nasihat dan tips dari saya untuk anda adalah, sila buat survey di website lain samada deal baucer yang anda terima itu memang lebih murah atau tidak. Jika terbukti lebih murah maka anda boleh terus dapatkannya. Harap anda ambil tahu dalam hal ini.

Dapatkan voucher KFC dengan harga murah di website Easydeal

Dapatkan voucher KFC dengan harga murah di website Easydeal

Sebenarnya apakah konsep dan tawaran dari laman deal site Malaysia ini? Ianya adalah sebuah website yang menyediakan servis yang menghubungkan pihak bisnes dengan pelanggan. Pihak bisnes apa apa sahaja yang baru di buka seperti spa, kedai makan, restoran, servis apa sahaja memerlukan pelanggan untuk datang dan kenal dengan servis yang mereka tawarkan. Jadi dengan pemberikan diskaun atau baucer ini dapat menarik pelanggan untuk mencuba perkhidmatan mereka. Jadi ianya adalah win win situation.

Dapat pulangan cashback duit semula jika order tiket bas melalui website Easybook

Dapat pulangan cashback duit semula jika order tiket bas melalui website Easybook

Senarai 5 Website Deal/Voucher/Coupon/Cashback/Discount Malaysia

  • FAVE – Banyak barang termasuk servis ditawarkan harga murah di sini
  • EasyDeal – Laman deal diskaun terbaru di Malaysia
  • Milkadeal – Anda dapat “cashback” jika membuat pembelian di sini
  • Shopback – Laman baucer cashback popular di Malaysia
  • Streetdeal – Memberikan deal dan diskaun terbaik

Di atas ini adalah senarai laman web deal site Malaysia yang boleh anda lawati. Saya tahu anda mungkin hanya kenal dengan beberapa laman deal site sahaja. Jadi dengan senarai di atas ini saya berharap anda mempunyai lebih banyak pilihan dan penawaran yang boleh anda dapatkan. Saya harap anda berpuas hati dengan tawaran deal yang mereka promosi dan berikan. Jadilah pengguna yang bijak membeli dan berpuas hati dengan servis yang anda terima. Sekian.

The post Senarai Laman Web Deal Site Malaysia Terbaik appeared first on eCommerce In Malaysia.

Cara Memohon Kredit Kad Untuk Beli Barang Di Lazada

$
0
0

Siapa yang tidak kenal dengan Lazada? Semua orang di Malaysia kenal dengan laman website yang bernama Lazada Malaysia ini. Salah satu sebab kenapa website eCommerce ini paling popular di Malaysia adalah kerana reputasi pengalaman membeli belah secara atas talian yang sangat baik kepada pelanggan, mudah cara pembelian dan penawaran harga produk yang sangat kompetitif iaitu jauh lebih murah dari tempat lain. Dan salah satu servis yang paling disukai oleh pembeli adalah fungsi pembelian barang secara hutang iaitu pembayaran secara ansurans (installment) bulanan. Sudah tentu fungsi ini hanya kad kepada pemilik yang mempunyai kad kredit sahaja. Kalau tiada, yang perlu anda lakukan sekarang adalah memohon kredit kad dahulu. Sudah?

Salah satu produk yang paling laku keras terjual melalui Lazada adalah telefon peranti pintar smartphone. Rasanya anda sendiri pun tahu yang produk smartphone berkuasa tinggi (high end) kini berharga sangat mahal. Harga bagi Samsung Galaxy S8 dan juga iPhone 8 kini dijual dengan harga minima RM3000 dan ke atas. Jadi, bukan semua orang mampu untuk membeli peranti pintar ini dengan cash tunai. Namun ianya tidak menyebabkan peminat smartphone ini mengalah untuk memilikinya. Salah satu cara adalah dengan membuat pembelian secara ansurans bulanan. Jadi, peluang untuk memiliki dengan membayar secara bulanan tidak terasa terlalu membebankan.

Contoh paparan perbandingan kredit kad Malaysia di website Ringgit Plus

Contoh paparan perbandingan kredit kad Malaysia di website Ringgit Plus

Bagaimana Memohon Kredit Kad Mudah Dan Cepat

Namun, ada satu berita yang kurang baik. Buat masa ini, kredit kad yang dibenarkan untuk membuat pembelian secara installment adalah dengan menggunakan kad kredit Maybank sahaja. Dengan kata lain, kalau anda tidak memiliki kredit kad Maybank, maka anda tidak boleh membuat pembelian secara ansurans bulanan ini. Maka, keinginan anda untuk memiliki smartphone mahal atau mana mana produk barangan yang berharga mahal di Lazada tidak boleh dilakukan. Mahu tidak mahu anda perlu memohon kredit kad Maybank juga. Macam mana hendak apply kredit kad dengan mudah? Anda apply sahaja secara online. Berminat?

Anda boleh memohon kredit kad Maybank mudah melalui internet sahaja

Anda boleh memohon kredit kad Maybank mudah melalui internet sahaja

Senarai 5 Website Perbandingan Kredit Kad Malaysia

  • BolehCompare – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
  • CompareHero – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
  • iMoney – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
  • LoanStreet – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
  • RinggitPlus – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain

Di Lazada Malaysia, semua produk dan barangan yang mahal boleh anda beli cara instalment bulanan. Hanya produk/barangan yang dipaparkan dengan pilihan bayaran bulanan sahaja boleh anda beli secara ansurans. Contohnya produk barangan seperti LED smart TV, set katil bilik tidur, smartphone, barangan elektrik dan lain lain lagi. Dan yang lebih best, anda boleh beli barang dengan ZERO INTEREST (0%). Kalau anda beli smartphone berharga RM2000. Anda boleh buat pilihan bayaran ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan. Terpulang kepada bajet anda. Di atas ini saya kongsikan 2 laman web yang menyediakan servis perbandingan kredit kad. Anda pilih kredit kad “Maybank” sebagai contoh dan apply memohon kredit kad secara online terus melaluinya. Mudah bukan? Selamat mencuba

The post Cara Memohon Kredit Kad Untuk Beli Barang Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.

Kasut Safety Shoes Yang Bagus Dan Murah

$
0
0

Kalau anda bekerja dalam sektor swasta amnya seperti perkilangan, kebanyakkannya memang akan mewajibkan pekerjanya untuk memakai kasut bercirikan keselamatan. Ada yang bertujuan untuk tahan hentakkan, tidak mudah licin, selamat dari arus elektrik, cas elektrostatik sekirangan kerja di kilang elektronik dan sebagainya. Mudah cerita, tujuan utama adalah kerana mahu memberikan keselamatan lebih terhadap kaki pekerja. Antara 2 kasut bercirikan keselamatan adalah seperti safety shoes dan juga safety boots. Harap anda dapat bezakan antara “shoes” dan juga “boots” ya. Kalau majikan anda mewajibkan anda untuk memakai kasut safety, di manakah tempat yang boleh anda cari dan beli? Dan berapa pula harganya.

Saya bekerja dalam sektor perkilangan industri elektronik. Jadi ada 2 jenis kasut yang saya perlu beli. Yang pertama adalah kasut safety boots yang keras pada hadapan jari kaki. Ini penting bagi melindungi kaki saya sekiranya saya perlu mengangkat atau memindahkan produk yang berat. Jadi sekurang kurangya kasut sebegini dapat memberikan sedikit perlindungan dan kurang kecederaan sekiranya berlakunya kemalangan. Dan kasut yang kedua pula adalah “esd shoes” yang dibuat khas bagi membuang cas cas elektrostatik yang boleh merosakkan komponen elektronik.

Harga kasut keselamatan safety yang dijual di pasaraya

Harga kasut keselamatan safety yang dijual di pasaraya

Beli Kasut Safety Shoes Online

Jadi sememangnya ada sebab kenapa majikan kita menyuruh kita untuk memakai kasut safety sebegini. Cumanya kebanyakkan majikan memang akan membekalkan dan memberikan kasut safety ini secara percuma. Malah kalau rosak mereka akan menggantikan kasut safety yang lama dengan yang baharu. Tetapi ada juga company syarikat yang hanya memberikan kasut safety sepasang sahaja untuk setiap 1 tahun. Kalau sudah rosak sebelum masanya, para pekerja kena membeli atau membayar sendiri kasut safety yang baharu tersebut. Kalau terpaksa beli, mahalkah harganya?

Pelbagai jenis design dan jenama kasut safety yang banyak dijual di website Lazada Malaysia

Pelbagai jenis design dan jenama kasut safety yang banyak dijual di website Lazada Malaysia

Senarai Website Yang Menjual Kasut Safety Shoes/Boots

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan saiz, jenis, design dan fungsi untuk anda pilih
  • 11Street – pilihan terbaik selepas Lazada jika anda tidak jumpa apa yang anda cari
  • Amazon – kalau sukakan produk buatan luar negara, anda boleh beli di sini
  • Aliexpress – China sekarang banyak juga produk kasut dengan rekaan yang menarik

Gambar pertama di atas adalah gambar sebenar kasut safety yang saya ambil di pasaraya. Rata rata harga yang dipaparkan adalah dalam RM59 sepasang. Kalau saya buat carian di Lazada Malaysia misalnya, kasut safety boots/shoes ada yang di bawah RM50 dan di atas RM50. Lihat pada kualitinya. Kalau anda ada masa, boleh cari di pasaraya shopping complex yang terdekat dengan rumah anda. Kalau malas, anda lawat sahaja laman website eCommerce yang saya kongsikan di atas ini untuk anda cari dan beli kasut safety yang anda mahukan secara online melalui internet. Apa pun selamat bekerja dengan selamat. Bye

The post Kasut Safety Shoes Yang Bagus Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Car Charger Untuk Smartphone Anda

$
0
0

Sebelum ini saya ada menceritakan akan kegunaan dan kepentingan memiliki paling tidak satu pengecas mobile phone mudah alih iaitu powerbank untuk smartphone. Dan pada kali ini saya hendak berkongsikan dengan anda tentang keperluan dan kenapa anda perlu memiliki satu set car charger untuk setiap kenderaan seperti kereta anda. Apakah alat ini sangat diperlukan dalam zaman serba moden dan serba sibuk ini? Jawapannya adalah YA. Ianya tidak wajib tetapi sangat diperlukan lagi lagi kepada anda yang suka travel jalan jalan jauh ini dengan memandu sendiri.

Saya pasti anda sendiri sudah beberapa kali pernah dalam keadaan memandu kenderaan dan bateri smartphone anda pula tinggal sedikit. Dan dalam masa yang sama anda sangat sangat memerlukan alat pengecas untuk bateri mobile phone anda betul tidak? Di sinilah kenapa alat seperti car charger ini penting kepada anda, saya dan juga orang lain. Mudah cerita, kalau anda memiliki kereta, maka rasanya ini adalah salah satu produk barangan yang perlu anda beli sekiranya anda jenis yang suka menghabiskan masa dengan telefon bimbit anda. 

Pelbagai brand jenama pengecas car charger yang ada dijual murah di Lazada Malaysia

Pelbagai brand jenama pengecas car charger yang ada dijual murah di Lazada Malaysia

Beli Car Charger Berjenama Tetapi Murah Secara Online

Saya sendiri sebenarnya banyak kali ditanya tentang samada ada atau tidak pengecas bateri telefon ketika memandu kereta. Saya katakan “tiada”. Dan dalam masa yang sama pula powerbank yang ada pun memang tiada power atau rosak. Dalam keadaan ini memang akan jadi susah sekiranya mahu menelefon ke mana mana. Lagi lagi kalau dalam keadaan kecemasan. Saya sudah pernah membeli 2 car charger dan kedua duanya sudah rosak. Itu sebab saya beli produk pengecas kenderaan yang terlalu murah dan tiada jenama. Kalau boleh anda belilah yang mahal sedikit asalkan berkualiti dan tahan lama.

Dapatkan car charger yang berkualiti dan berjenama di website eCommerce Amazon

Dapatkan car charger yang berkualiti dan berjenama di website eCommerce Amazon

Setakat ini, brand jenama car charger yang agak baik adalah seperti Pineng, Aukey, Samsung, Mi car charger (Xiaomi) dan juga Qualcomm. Nasihat saya kalau boleh anda dapatkan pengecas mobile ini yang mempunyai banyak port USB supaya mudah untuk anda mengecas banyak smartphone sekaligus. Kalau boleh ada 2 port usb pengecas pun sudah bagus. Hasil carian saya mendapati kebanyakkan car charger ini berkualiti ini dijual dengan harga di bawah RM50 sahaja. Ingat! Sila dapatkan yang berjenama ok.

Website Yang Menjual Car Charger

  • Lazada – hendak mudah dan senang, beli sahaja car charger di sini
  • Ezbuy – di sini pun ada banyak produk pengecas berharga murah ada dijual
  • 11Street – ada sangat banyak pilihan pengecas smartphone untuk kenderaan di sini
  • Amazon – kalau kualiti yang anda cari dan mahukan, sila dapatkan car charger di sini
  • Aliexpress – terlalu banyak pilihan pengecas mobile phone yang murah murah harganya

Saya sekarang menggunakan smartphone dengan jenama Xiaomi Redmi Note 3. Dan saya baru sahaja memesan powerbank jenama Xiaomi iaitu dengan kapasiti 10,000mAH yang berharga RM67. Dan selepas ini saya akan dapatkan pengecas smartphone untuk kenderaan iaitu car charger jenama Xiaomi juga supaya senang dan tiada masalah kalau bateri sudah tinggal sedikit dalam apa keadaan pun. Kalau anda berminat, beli dan dapatkan sahaja pengecas car charger ini melalui website yang saya kongsikan di atas ini. Bye

The post Car Charger Untuk Smartphone Anda appeared first on eCommerce In Malaysia.

Lubuk Supplier China Untuk Dropship Dan Bisnes Online

$
0
0

Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mendapat beberapa pertanyaan berkenaan cara buat duit melalui internet (online). Antara pertanyaan tersebut adalah bagaimana ingin berniaga di eBay, Lazada, blogging, affiliate, dropship dan sebagainya. Saya menjawab pertanyaan tersebut berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Dan saya sendiri di kelilingin oleh beberapa rakan yang memang buat duit dan berniaga secara online. Dan sudah tentu “dropship” adalah bidang utama mereka. Dan salah satu tempat produk yang mereka ingin cari adalah seperti lubuk supplier China. Anda tahu?

Begini ceritanya. Seorang rakan saya mahu buat duit di eBay sebagai peniaga online. Dan seorang kenalan yang tidak saya kenali melalui Whatsapp juga bertanya hal yang sama. Macam mana hendak berniaga di eBay. Antara masalah yang mereka hadapi adalah produk apakah yang mereka boleh jual dan di manakah lubuk produk dan barangan yang murah boleh mereka ambil untuk dijual. Ada banyak sebenarnya lubuk iaitu website yang menawarkan produk mereka untuk dijadikan dropship kepada peniaga online yang berminat. Salah satu website yang saya cadangkan adalah seperti lubuk supplier borong China yang menawarkan produk dan barangan mereka dengan harga murah.

Contoh produk barangan dropship murah di website Kumoten

Contoh produk barangan dropship murah di website Kumoten

Website Pembekal/Pemborong Lubuk Supplier China Yang Patut Anda Tahu

Mudah cerita macam inilah. Anda mahu menjual produk barangan di eBay. Dan pelanggan anda adalah dari negara barat (US & Western). Anda cari barang yang berkualiti tetapi murah melalui mana mana website wholesales dari China. Dan kemudian anda promosikan di kedai eBay anda itu. Anda mungkin boleh dapatkan harga borong semurah USD10 dan anda jualkan kembali dengan harga paling rendah USD20. Di sini anda sudah untung USD10. Nampak macam sikit sahaja untung anda. Tetapi kalau anda tukarkan USD10 kepada Ringgit Malaysia, anda sudah dapat RM40. Besar bukan? 

Dapatkan produk dropship baju tshirt murah di Lazada Malaysia

Dapatkan produk dropship baju tshirt murah di Lazada Malaysia

Jadi anda nampak apa tips dan teknik yang saya kongsikan melalui gambaran ringkas di atas tadi? Dapatkan produk dan barangan yang anda mahu jual melalui laman website lubuk supplier China yang dipercayai. Kemudian anda promosi dan jualkan kembali di eBay. Mudah sahaja. Teknik berniaga sebegini kita sebut sebagai DROPSHIP. Kita jadi orang tengah sahaja. Pelanggan iaitu bakal pembeli kita tidak perlu tahu akan proses ini. Mereka pun tidak mahu tahu. Yang mereka mahu tahu adalah barang yang mereka beli itu sampai ke alamat rumah mereka. Itu sahaja.

Lubuk supplier China yang terbaik dan termurah adalah Alibaba

Lubuk supplier China yang terbaik dan termurah adalah Alibaba

Senarai Website Lubuk Supplier Pemborong China

  • TaoBao Lazada – dapatkan produk murah dari Taobao dari Lazada Malaysia (Malaysia)
  • Ezbuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM (Malaysia)
  • Kumoten – ada sangat banyak produk untuk dropship dalam harga RM (Malaysia)
  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • DealExtreme – menjual pelbagai gadget yang murah
  • Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
  • Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
  • Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
  • Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal

Di atas ini adalah cadangan website lubuk supplier dari China yang boleh anda lawat dan lihat. Anda carilah mana mana produk atau barang yang anda rasa boleh dijual dengan mudah dari pembeli di eBay sana. Kalau anda orang Malaysia lagi bagus. Anda berpeluang menjana pendapatan dalam bentuk USD dollar. Dan kalau tukar kepada ringgit Malaysia anda memang akan untung dengan banyak. Kalau tidak yakin hendak ambil barang dari lubuk supplier China, anda boleh dapatkan barang dari pembekal di Malaysia juga. Saya sudah kongsikan di atas ini. Apa pun selamat mencuba, berjaya buat duit dan menjana komisen pendapatan sebagai peniaga online. Bye

The post Lubuk Supplier China Untuk Dropship Dan Bisnes Online appeared first on eCommerce In Malaysia.

Cara Mendapatkan Baucer Lazada Malaysia

$
0
0

Tahukah anda, salah satu keseronokkan membeli belah secara online misalnya di website eCommerce Lazada Malaysia adalah, anda boleh membeli produk dan barangan dengan harga berkali kali lebih murah. Biasanya, memang produk barangan yang dijual di internet sedikit lebih murah dari apa yang dijual di kedai kedai atau pasaraya. Namun, kadang kala, harga yang sedia ada lebih murah itu boleh anda dapatkan dengan harga lagi murah dari yang sedia ada. Caranya bagaimana? Anda pasti pernah dengar tentang kupon (coupon), baucer Lazada (voucher Lazada), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code) betul? Berminat mendapatkannya?

Tahu tidak kenapa peniaga atau penjual online ini memberikan tawaran promosi seperti ini? Sudah tentu mahu melariskan produk mereka dan menjana untung. Kadang kala anda pasti terfikir, bagaimanalah peniaga online ini boleh untung kalau jual dengan harga murah seperti itu. Jangan bimbang. Itu adalah urusan mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat. Dan mereka sudah pasti tidak akan memberikan penawaran untuk mereka rugi. Untung kecil tidak mengapa. Asalkan produk mereka terjual dan ramai yang membeli. Maka mereka tetap akan mencapai target keuntungan yang mereka mahukan itu.

Contoh sebenar kod baucer Lazada yang terpapar di website eCommerce Lazada Malaysia

Contoh sebenar kod baucer Lazada yang terpapar di website eCommerce Lazada Malaysia

Cumanya kaedah seperti memberikan kupon (coupon), baucer Lazada (voucher), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code) hanyalah sebuah kaedah dalam berniaga sahaja. Yang lebih best, peniaga untung dan anda sebagai pembeli juga untung berkali kali ganda kerana berjaya membeli dan mendapatkan barang dengan harga lebih murah dan jimat dari pembelian biasa. Anda pasti hendak tahu, bagaimanakah hendak mendapatkan baucer Lazada ya. Ok saya akan kongsikan 4 tips yang perlu anda tahu dan perlu buat sekiranya anda seorang pembeli barang di Lazada dan mahukan lebih penjimatan.

4 Tips Membeli Lebih Murah Dan Jimat Di Lazada

  1. Subscribe Email Lazada – pergi ke website Lazada Malaysia. Dan langgan subsriber mereka dengan memasukkan email anda. Anda akan dapat notifikasi terkini tentang baucer Lazada untuk anda membeli belah
  2. Download Apps Lazada – muat turun aplikasi Lazada di Google PlayStore misalnya, dan aktifkan dengan memasukkan no tel anda. Anda akan mendapat notifikasi tentang baucer Lazada sekiranya ada 
  3. Like Facebook Lazada – Facebook page Lazada kerap menghebahkan kod promosi terkini mereka untuk menggalakkan pembeli membeli di Lazada
  4. Lawat Laman Web Lazada – kalau anda selalu kerap membuka dan melawat website Lazada, anda akan nampak iklan kod baucer Lazada. Lihat contoh pada gambar pertama di atas ini.

Ini adalah kaedah yang biasa yang rasanya semua orang perlu tahu sekiranya serius mahu membeli di Lazada dengan menggunakan baucer Lazada. Namun selain baucer (voucher), anda juga kaedah membeli lebih murah di Lazada menggunakan kupon (coupon), promosi (deal) dan juga diskaun (discount code). Untuk cara ini, saya menyarankan anda untuk melawat website di bawah ini pula kalau anda berminat hendak mencuba.

Dapatkan baucer Lazada dalam bentuk DEAL di website eCommerce Shopback Malaysia

Dapatkan baucer Lazada dalam bentuk DEAL di website eCommerce Shopback Malaysia

Senarai 5 Website Deal/Voucher/Coupon/Cashback/Discount Malaysia

  • FAVE – Banyak barang ditawarkan harga murah di sini
  • EasyDeal – Laman deal diskaun terbaru di Malaysia
  • Milkadeal – Anda dapat “cashback” jika membuat pembelian di sini
  • Shopback – Laman baucer popular di Malaysia
  • Streetdeal – Memberikan deal dan diskaun terbaik

Saya telah kongsikan kepada anda akan 2 tips dan juga teknik yang boleh anda cuba pakai. Pembeli yang bijak selalunya akan terfikir begini “kalau ada harga yang jauh lebih murah, kenapa perlu membazir duit untuk membayar harga yang lebih mahal untuk produk yang sama”. Setuju? Saya harap perkongsian ini bermanfaat kepada anda dan share jika ianya juga berguna kepada rakan rakan anda yang lain. Bye.

The post Cara Mendapatkan Baucer Lazada Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.

Mesin Pancing Terpakai Untuk Dijual

$
0
0

Website ini telah mendapatkan “queries” tentang mesin pancing terpakai. Saya terfikir juga kenapa ada orang yang mahu mencari alat mesin pancing yang terpakai (second hand). Adakah kerana mahu mendapatkan alat memancing yang murah murah atau mahu mencari peralatan memancing yang sangat berkualiti tetapi mahal harganya dipasaran. Dan oleh kerana tidak mampu, maka perlu mencari yang terpakai kalau ada yang mahu menjual. Boleh jadi juga. Oleh kerana saya bukan pemancing tegar, maka saya kurang tahu tentang alatan peralatan memancing yang bagus bagus untuk digunakan oleh para pemancing tegar.

Di Malaysia, salah satu website yang paling dicadangkan jika anda ingin mencari produk atau barangan terpakai yang dijual adalah di website mudah.my. Ini sahajalah website yang patut semua rakyat Malaysia tahu. Anda hendak cari rumah terpakai, kenderaan terpakai, produk barangan terpakai termasuk alat memancing yang terpakai pun rasanya pasti ada dijual di website mudah.my ini. Dan hasil carian saya di mudah.my memang menemukan saya dengan pelbagai mesin pancing terpakai ini dijual di sini. 

Anda boleh beli dan dapatkan mesin pancing terpakai murah di mudah.my

Anda boleh beli dan dapatkan mesin pancing terpakai murah di mudah.my

Berbaloikan Untuk Membeli Mesin Pancing Terpakai

Kalau anda lihat gambar di atas ini, memang ada banyak mesin pancing terpakai dijual di mudah.my. Kalau anda berminat dipersilakan untuk mendapatkannya. Namun saya lebih mencadangkan anda untuk membeli sahaja peralatan memancing yang baharu. Bagi saya yang baru lebih baik. Dan anda sendiri pun pasti terasa puas memiliki barang pancing yang baru milik diri sendiri. Malah lebih berbaloi rasanya. Harganya pula tidaklah mahal mana. Anda mahu mencari mesin pancing yang berjenama dan harga tidak mahal pun ada juga. Caranya anda kena cari dan beli secara online. Berminat?

Dapatkan mesin pancing bukan jenis terpakai dan baru di website eCommerce 11street

Dapatkan mesin pancing bukan jenis terpakai dan baru di website eCommerce 11street

Senarai Website Yang Menjual Mesin Pancing

  • Lazada – hendak mudah, beli sahaja di lazada. Ada sangat banyak mesin pancing murah
  • Ezbuy – anda boleh beli barang pancing dari China melalui website Malaysia
  • 11Street  – website selain Lazada yang banyak juga menjual pelbagai mesin pancing
  • Amazon – ada sangat banyak mesin pancing yang bagus berkualiti dijual di sini
  • Aliexpress – hendak lagi murah, beli mesin pancing terus di China secara online

Hasil carian dan survey saya dapati banyak sahaja mesin pancing yang baru yang dijual dengan harga murah. Itu sebab kena beli secara online untuk dapatkan barang dengan harga lebih murah. Kalau anda tetap mahu mencari mesin pancing terpakai dipersilakan. Kalau mahu beli mesin pancing dan peralatan memancing yang baru dengan kos rendah, senarai website di atas ini adalah website yang saya paling cadangkan untuk anda lawati dan cari produk berkaitan memancing yang anda inginkan. Malah ada sangat banyak pilihan. Selamat mencuba.

The post Mesin Pancing Terpakai Untuk Dijual appeared first on eCommerce In Malaysia.


Beli Telefon Secara Ansuran Dan Murah

$
0
0

Sudah banyak kali juga si isteri mengomel mahukan sebuah smartphone jenama Apple iaitu iPhone. Kalau tengokkan harga iPhone 8 atau iPhone X, memang tidak sangguplah untuk saya membeli sebuah telefon pintar dengan harga sebegitu. Kalau dulu, sebuah smartphone dengan harga RM2000 pun saya sudah merasakan ianya sangat mahal. Apatah lagi kalau harganya mencecah RM3000 – RM5000 sebuah. Dengan harga sebegitu, anda boleh beli barang lain yang lebih berbaloi. Tetapi kalau ada duit tiada salahnya. Kalau tetap mahukan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi tetapi tidak mampu, caranya anda perlu beli telefon secara ansuran. Berminat.

Saya memang kurang berminat kalau beli barang secara hutang hutang begini. Bukan kerana berlagak kaya. Tetapi tidak sanggup untuk berasa rugi. Anda pasti pernah mendengar Courts, AEON credit dan lain lain bukan. Tempat ini adalah tempat yang boleh anda beli barang dengan bayaran secara hutang bulanan iaitu ansurans (instalment). Kalau anda perhati bayaran yang dikenakan terhadap anda, lepas sahaja anda habis bayar, anda akan dapati yang anda telah membayar berkali kali ganda dari harga asal produk barangan tersebut. Mungkin anda akan membayar 2 kali lebih mahal dari harga asal. Anda sanggup?

Contoh sebenar iklan untuk beli telefon secara ansuran di Lazada Malaysia

Contoh sebenar iklan untuk beli telefon secara ansuran di Lazada Malaysia

Tips Beli Telefon Secara Ansuran Zero Interest

Saya tidak katakan anda tidak berhak untuk membeli mana mana telefon pintar smartphone yang mahal mahal secara hutang kalau anda tiada wang atau bajet yang mencukupi. Cumanya saya mencadangkan anda untuk beli telefon secara ansuran dengan menggunakan kad kredit. Contohnya di website eCommerce Lazada Malaysia misalnya, anda boleh membeli mana mana mobile phone yang anda mahukan secara instalment bayar bulan bulan. Anda boleh pilih samada mahu membayar dalam masa 6 bulan atau 12 bulan. 

Anda juga boleh beli telefon secara ansuran instalment di website 11Street

Anda juga boleh beli telefon secara ansuran instalment di website 11Street

Malah dengan menggunakan kad kredit di Lazada, anda boleh beli telefon secara ansuran dengan cas ZERO INTEREST. Maknanya, anda kalau habis bayar anda tetap membayar dengan harga yang sama kalau anda membeli secara cash tunai. Jadi sudah tentu ini adalah kaedah yang paling terbaik dan paling menjimatkan yang perlu anda pilih. Di Lazada buat masa ini, hanya kad kredit Maybank yang diterima untuk digunakan bagi pembelian barang secara ansurans. Kalau anda tiada kad kredit, saya sarankan anda memohon kredit kad secara online dengan membaca artikel ini.

Senarai Website Yang Menawarkan Pembelian Secara Ansuran

  • Lazada – buat masa ini hanya kredit kad maybank di terima
  • 11Street – kredit kad Public Bank, Maybank dan American Express di terima

Sebenarnya, teknik beli telefon secara ansuran dengan zero interest di Lazada dan juga 11Street lebih menjimatkan wang anda berbanding anda membeli mana mana telefon pintar smartphone melalui pakej telco seperti Maxis, Celcom mahupun Digi. Ini adalah cara bagaimana anda boleh memiliki smartphone idaman anda walaupun anda tiada bajet yang besar. Apa apa pun selamat mencuba.

The post Beli Telefon Secara Ansuran Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Set Katil Bilik Tidur Yang Murah

$
0
0

Salah satu peralatan dalam rumah seperti perabot apabila anda pindah ke rumah baharu atau baru membeli rumah, anda pasti mahukan satu set bilik tidur yang lengkap. Seperti katil, tilam, meja solek dan juga almari. Salah satu cara untuk memiliki set katil bilik tidur yang murah adalah dengan membelinya secara “SET LENGKAP” sekaligus. Jangan beli asing asing. Kalau anda beli katil dahulu, kemudian baru tilam dan selepas itu baru beli almari baju. Anda akan dapati yang anda telahpun membelanja lebih dari sepatutnya.

Bila kita cakap tentang set lengkap di bilik tidur, ianya adalah peralatan seperti katil, almari, meja solek dan juga meja kecil. Tilam biasanya dijual berasingan kerana kualiti tilam akan bergantung kepada kehendak pembeli samada mahukan yang bagus atau yang biasa biasa sahaja. Dari pengalaman saya melakukan survey di kedai perabot, satu set lengkap katil bilik tidur tidak termasuk tilam biasa dijual dengan harga dalam lingkungan RM1500 – RM3000. Harga seperti ini adalah harga yang normal pada tahun ini.

Set bilik tidur lengkap yang murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Set bilik tidur lengkap yang murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Set Katil Bilik Tidur Termasuk Almari Dan Meja Solak Yang Murah

Saya sendiri baru baru ini berpengalaman membeli set lengkap bilik tidur. Harga set katil bilik tidur lengkap tanpa tilam pun sudah berharga RM2600. Apabila campur tilam, harga keseluruhan menjadi RM3400. Memang sedikit agak mahal, tetapi ianya berbaloi untuk jangka panjang. Ini kerana material almari yang ditawarkan sangat berkualiti, tahan lama, tidak mudah menjadi kuning, papan kayu yang keras dan jaminan warranty yang lama. Rasanya anda bersetuju kalau saya katakan set bilik tidur memang kita mahu pakai lama.

Beli set katil bilik tidur berkualiti dan cantik di 11Street

Beli set katil bilik tidur berkualiti dan cantik di 11Street

Saya juga sempat ke kilang yang membuat katil. Mereka hanya membuat katil sahaja tanpa tilam. Kalau anda berminat untuk “custom made” dan beli katil sahaja, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM350 – RM750. Kalau anda berminat boleh hubungi saya. Ianya khas untuk anda yang dari Penang sahaja. Anda bolehlah berjimat kalau anda lebih berminat untuk membeli katil dan tilam sahaja. Jadi dengan cara membeli terus dari kilang, anda dapat membeli dengan harga jauh berkali kali ganda lebih murah.

Website Yang Menjual Set Bilik Tidur Lengkap/Murah

  • Lazada – di sini ada sangat banyak pilihan untuk anda
  • 11Street – di sini pula ada banyak pilihan bayaran ansurans

Dan salah satu cara yang paling mudah dan murah untuk anda mendapatkan set katil bilik tidur termasuk tilam, almari dan juga meja solek, saya cadangkan anda untuk melakukan survey dan membeli set bilik tidur tersebut secara online. Di atas ini adalah website cadangan saya kepada anda. Saya juga telah melihatnya. Ada sangat banyak set katil termasuk almari, meja kecil dan meja solek yang cantik cantik yang dijual dengan harga agak murah. Jadi anda tidak lagi perlu berpenat ke kedai. Malah anda boleh membuat pembelian katil bilik tidur secara ansurans kalau anda mahu. Menarik bukan? Cubalah lihat sekarang. Bye.

The post Set Katil Bilik Tidur Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Portable Hard Drive Yang Bagus

$
0
0

Kalau anda perasan, dari tahun ke tahun, perkembangan ruang storan seperti hard disk dan juga flash drive berkembang dengan ketara. kalau dulu sebuah hard disk boleh support sehingga 100GB, kemudian 250GB, 500GB dan kemudian menjadi 1TB. Sekarang rata rata portable hard drive biasanya dijual dalam lingkungan kapasiti 1TB dan juga 1TB. Satu ruang data yang sangat besar untuk menyimpan pelbagai data digital. Adakah pada zaman teknologi digital dan juga smartphone kini kita memerlukan sebuah storan penyimpan data yang besar seperti ini? Masih relevankah? Apa maksud saya?

Ya kita setuju yang rangkaian internet di Malaysia semakin baik. Dengan kata lain, lebih ramai rakyat Malaysia menonton video misalnya terus secara online streaming. Dan aktiviti muat turun mungkin semakin perlahan. Jadi tidak diperlukan lagi kapasiti yang bersaiz besar seperti ini. Akan tetapi teknologi kamera pula berkembang. Kualiti tangkapan gambar dan rakaman video semakin baik. Gambar dan video yang semakin berkualiti ini pula memerlukan ruang storan yang lebih besar. Dan biasanya kita akan memindahkan data seperti gambar dan juga video ke komputer betul?

Antara jenama external hard disk yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Antara jenama external hard disk yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Portable Hard Drive Berkualiti Dan Murah

Gambar dan juga video yang bersaiz besar ini pasti akan memakan ruang kapasiti hard disk drive anda. Dan bila tiba masanya, ruang hard disk anda akan mula penuh dan anda nampaknya akan memerlukan sebuah portable hard drive yang baharu. Dan kapasiti storan seperti 1TB dan ke atas ini adalah sebuah kapasiti yang biasa bagi zaman kini. Bagaimana dengan harganya pula? Dari semakan saya melalui website di internet, harga pasaran bagi portable hard drive kini tidaklah semahal mana. Malah lebih murah berbanding tahun tahun terdahulu.

Banyak portable hard drive berkualiti dan juga cantik dijual di website eCommerce 11Street

Banyak portable hard drive berkualiti dan juga cantik dijual di website eCommerce 11Street

Antara brand portable hard disk yang patut anda pilih adalah seperti jenama Seagate, Western Digital (WD), Toshiba, Maxtor, AData dan juga Samsung. Dari pengalaman saya secara peribadi, saya sukakan produk dari jenama Maxtor kerana tahan lasak disebabkan mempunyai sistem anti gegaran. Mungkin jenama lain pun ada sistem seperti ini. Jenama Samsung pun saya pernah pakai. Biasanya brand external hard disk seperti ini memang dipercayai ramai.

Website Yang Menjual External Hard Disk

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan external hard drives di sini
  • 11Street – ada banyak juga pilihan portable hard drive di sini
  • Amazon – mahukan portable hard drive yang berkualiti ada di sini

Tapi ingat ya, jika anda sudah beli portable hard drive terbaik yang anda mahukan. Kalau boleh, sila keluarkan sedikit bajet untuk membeli “cover” atau “pouch” untuk melindungi external hard drive anda dari hentakkan. Maklumlah ianya mudah dipindah atau dialihkan ke mana mana. Melainkan kalau anda beli yang sudah siap diberikan perlindungan anti gegaran. Sayang gambar, video, fail atau lain lain aplikasi yang anda simpan banyak banyak dalam hard disk hilang begitu sahaja kalau ianya rosak. Jadi perlu jaga baik baik. Di atas ini saya kongsikan dengan anda laman website yang anda menjual portable hard drive berharga murah yang anda mahukan. Bye.

The post Portable Hard Drive Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.

Perkembangan Prestasi Crypto Dogecoin Untuk Tahun 2018

$
0
0

Masa mula mula hendak beli krypto Dogecoin ini memang terasa lawak. Mana tidaknya, ketika saya membuat carian berkenaan matawang digital Dogecoin, saya dapati asal asal ianya dicipta bukannya serius. Pencipta Dogecoin iaitu Jack Palmer hanya mahu membuat matawang gimik terhadap Bitcoin. Maka terlahirlah Dogecoin untuk meniru Bitcoin dengan logo “Dog” yang disebut sebagai Shiba Inu dan ianya dijadikan “meme” dalam membentuk Dogecoin. Malah saya sendiri tidak yakin dengan prestasi crypto Dogecoin kerana harganya yang murah dan tidak naik naik dari tahun ke tahun.

Tetapi dari pencarian maklumat di internet, ada juga berita terkini mengenai crypto Dogecoin ini. Salah satu berita tersebut adalah pihak developer (dev) dikatakan mahu meneruskan update terkini sistem Dogecoin dan akan memperkenalkan ciri ciri yang lebih baru dan terkini. Dari berita tersebut saya merasakan ianya seperti ada “peluang” untuk coin ini berkembang dan mendapat permintaan pada masa hadapan. Memang berasa tidak pasti. Tetapi tutup mata dan beli sahaja.

Harga terkini matawang digital crypto Dogecoin pada Jan 2018

Harga terkini matawang digital crypto Dogecoin pada Jan 2018

Berbaloikah Untuk Anda Beli Crypto Dogecoin Pada Tahun Ini?

Ketika itu harga 1 Dogecoin baru berharga USD0.0001 sahaja. Dan saya sempat membelinya ketika ianya sudah menjadi USD0.001. Dan ketika artikel ini ditulis iaitu pada Jan 2018, harga 1 Dogecoin sudahpun menjadi USD0.01. Kepada yang sempat membeli Dogecoin ketika harganya sangat murah dalam kuantiti yang banyak pasti kini sudah berjaya membuat untung yang sangat besar. Dan kepada yang lambat seperti saya, terpaksa menunggu dan berharap yang harga Dogecoin di tahun 2018 dan ke atas akan terus naik dan naik lagi untuk merasai profit.

Berapa jumlah Dogecoin yang saya ada sekarang? Saya pernah mempunyai sebanyak 120K Dogecoin. Malah saya pernah menjualnya kembali kerana merasakan ianya sebuah coin yang tidak berkembang dan tidak berprestasi baik. Dan jumlah Dogecoin yang saya sempat simpan sehingga ke hari ini adalah sebanyak 80K sahaja dan pada harga USD0.01214 (12 Jan 2018) ini, nilai keseluruhan Dogecoin milik saya ini adalah berharga USD971.

Website Untuk Membeli Dogecoin

  • C-cex – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • CoinExchange – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • Binance – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin
  • Cryptopia – ada banyak matawang digital dijual di sini termasuk Dogecoin

Website Untuk Membeli Bitcoin

  • Luno – anda boleh beli Bitcoin dan Ethereum di sini
  • Remitano – anda boleh beli Bitcoin dan Ethereum di sini
  • LocalBitcoin – anda boleh beli Bitcoin di sini
  • Kodinar – anda boleh beli Bitcoin, Ethereum, Ripple dan PitisCoin di sini. Ketika daftar, sila masukkan email “moham29577@yahoo.com” pada ruangan referral email

Adakah selepas ini harga crypto Dogecoin akan terus melonjak naik lagi? Tidak ada jawapan tepat untuk pertanyaan seperti ini. Boleh jadi akan terus naik dan boleh jadi ianya menurun kembali. Namun, pada tanggapan penganalisis matawang digital cryptocurrency, krypto Dogecoin adalah salah satu digital currency yang dijangka akan terus naik lagi dalam tahun 2018 dan seterusnya. Jika kajian ini adalah benar, ianya adalah masa yang paling sesuai untuk anda membeli dan menambah jumlah Dogecoin yang anda miliki sekarang. Tunggu apa lagi? Beli Dogecoin sekarang melalui link di atas ini. Bye

The post Perkembangan Prestasi Crypto Dogecoin Untuk Tahun 2018 appeared first on eCommerce In Malaysia.

Cara Nak Jual Dan Beli Ripple

$
0
0

Kepada anda yang terlibat dalam jual beli matawang digital cryptocurrency dan juga token iaitu crypto-token, anda pasti sudah tahu bagaimana proses pembelian, jualan termasuk senarai website tempat untuk jual beli pelbagai digital coin betul? NAMUN, kita tidak boleh menafikan yang diluar sana ramai juga individu yang tidak tahu cara untuk membeli dan menjual coin yang mereka inginkan. Dan pada kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda tentang cara untuk beli Ripple dengan mudah. Harap anda dapat ikutinya dengan baik.

Sebelum itu, perlu ada fahami yang kaedah atau panduan beli Ripple ini boleh anda pakai dan gunakan untuk membeli mana mana matawang digital krypto yang lain juga. Mudah cerita, memang penulisan ini adalah tentang cara jual beli Ripple. Tetapi kaedah ini juga sama sahaja terpakai dengan coin coin yang lain. Dan Ripple ini hanya sebagai contoh sahaja. Dan selepas ini saya pasti dengan yakin anda akan tahu di website manakah yang menjual digital coin sekian dan sekian. Ok!

Melihat matawang digital crypto currency di website CoinMarketCap

Melihat matawang digital crypto currency di website CoinMarketCap

Website Untuk Beli Ripple

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan transaksi jual beli apa apa matawang digital termasuk Ripple akan menggunakan Bitcoin atau Ethereum sebagai pertukaran. Mudah cerita, kalau anda mahu beli Ripple, Dash, Monero, Deuscoin, Dogecoin, PitisCoin, Tron, Stellar, Litecoin, Cardano, Denta dan sebagainya, anda perlu membeli dan membayar menggunakan Bitcoin atau Ethereum. Dengan kata lain, sebelum anda membeli mana mana matawang selain dari Bitcoin, anda perlu membeli dan memiliki Bitcoin atau Ethereum dahulu. Jelas?

Page penerangan tentang prestasi harga semasa Ripple

Page penerangan tentang prestasi harga semasa Ripple

Untuk membeli Bitcoin, saya sarankan anda baca artikel ini – [ Cara Beli Bitcoin ]. Ada beberapa website yang saya cadangkan di dalam artikel tersebut untuk beli Bitcoin dan juga Ethereum. Secara peribadi, saya menyarankan anda beli Bitcoin/Ethereum di website LUNO atau Remitano ok. Saya pernah guna kedua dua website ini dan ianya memang mudah untuk urusan jual beli bagi orang Malaysia. Kalau tidak faham juga cara beli, sila tonton video di bawah ini.

Selepas memiliki Bitcoin atau Ethereum. Anda perlu transfer digital money ini ke website tempat jual beli Ripple. Setiap coin memiliki alamat address yang berbeza. Sila transfer Bitcoin ke wallet Bitcoin juga. Dan sila transfer Ethereum ke wallet Ethereum. Jadi jangan tersilap alamat wallet yang dihantar. Di bawah ini saya kongsikan dengan anda video cara transfer Bitcoin dari LUNO ke wallet Bitcoin di website C-cex.com.

Tempat untuk jual beli pelbagai matawang digital cryptocurrency kita sebut ianya sebagai “CRYPTO EXCHANGER”. Ada banyak website exchange untuk krypto di internet. Dan tidak semua matawang digital ada di setiap website exchange. Jadi anda perlu semak di manakah coin tersebut dijual. Dalam contoh ini kita akan cek di website exchange manakah Ripple di jual

Cara Check Ripple Dijual Di Mana

  • CoinMarketCap – sila klik dan lawat website ini. 
  • Sila klik pada nama coin yang anda ingin semak. Sila klik Ripple
  • Pada halaman penerangan Ripple, sila klik pada MARKETS (lihat gambar kedua di atas)
  • Ketika anda klik pada menu “Markets”, ianya memaparkan senarai website exchange yang ada jual dan beli Ripple. Jelas. (lihat gambar ketiga di atas)
Antara website exchange yang boleh anda beli Ripple dengan mudah

Antara website exchange yang boleh anda beli Ripple dengan mudah

Di atas ini adalah cara untuk ketahui senarai website yang menjual matawang digital yang anda ingin beli atau jual termasuk Ripple ini. Untuk memudahkan anda, di bawah ini saya kongsikan terus senarai website yang menjual Ripple.

Senarai Website Jual/Beli Ripple

  1. Bithumb – antara website exchange untuk crypto yang popular
  2. Binance – antara website exchange untuk crypto yang popular
  3. Bittrex – antara website exchange untuk crypto yang popular
  4. Kodinar – ini adalah wallet dari Malaysia. Anda boleh menyimpan Bitcoin, Ethereum, Ripple, Pitiscoin termasuk token di bawah Erc20. Ketika daftar, sila masukkan email “moham29577@yahoo.com” pada bahagian referral email. Anda juga boleh membeli Ripple melalui wallet ini.

Kalau anda lihat gambar ketiga di atas ini, ada sangat banyak website yang menawarkan platform mereka untuk transaksi jual beli Ripple dengan mudah. Kalau anda masih tidak faham bagaimana untuk menyemaknya, tonton sahaja video di atas ini yang telah saya sediakan untuk anda. Saya harap selepas ini tiada lagi isu tidak tahu hendak beli di mana, tidak pandai beli dan sebagainya. Selamat mencuba ok.

The post Cara Nak Jual Dan Beli Ripple appeared first on eCommerce In Malaysia.

Laptop Bawah RM2000 Untuk Pelajar Dan Mahasiswa

$
0
0

Sebagai seorang pelajar di pengajian tinggi seperti di Universiti, Politeknik, Kolej dan sebagainya pasti tidak boleh lari dari menggunakan komputer dalam urusan menyiapkan kerja tugasan rumah yang kita sebut sebagai “assignment”. Dan kepada pelajar atau mahasiswa yang tidak mempunyai komputer atau laptop pasti akan berasa sukar untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Mereka mungkin terpaksa meminjam komputer/laptop rakan atau pergi ke pusat komputer yang berdekatan. Apakah sesebuah komputer atau laptop itu mahal harganya? Dalam masalah ini, saya akan berkongsikan dengan anda tentang cara mencari dan memilih laptop bawah rm2000 yang sesuai dengan anda.

Zaman saya belajar di universitu dahulu iaitu 10 tahun lalu. Sesebuah laptop yang dianggap murah atau “biasa” spesifikasinya selalunya dalam lingkungan harga RM2000 ke atas. Agak susah hendak mendapatkan laptop atau notebook yang lebih murah dari itu. Kalau ada laptop yang murah bawah RM2000 pun kami takut untuk membelinya. Ketika itu kami merasakan laptop dengan CPU pemproses “Celeron” sangat sangat rendah kemampuannya. Dan laptop dengan CPU dari jenama “AMD Athlon” sangat sangat tidak bagus kerana mudah panas dan cepat rosak. Itu apa yang kami fikir ketika itu.

Pilihan laptop bawah rm2000 yang murah sangat banyak di website eCommerce Lazada Malaysia

Pilihan laptop bawah rm2000 yang murah sangat banyak di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Laptop Bawah RM2000 Murah Dan Baru Secara Online

Sudah 10 tahun berlalu. AMD bukan seperti dulu. Sekarang ianya sama sama hebat seperti Intel. Malah AMD masih mampu memberikan tawaran harga murah kepada sistem cpu pemproses mereka berbanding Intel. Dan Intel pula masih memberikan sesuatu yang sama seperti sebelum ini iaitu kualiti. Namun apabila kita bercakap mahu menggunakan laptop hanya untuk membuat tugasan tugasan yang biasa. Rasanya laptop bawah rm2000 pun sudah lebih dari mencukupi. Malah sekarang ada sangat banyak piihan laptop baru yang murah yang juga terbaik.

Website 11Street Malaysia juga adalah tempat untuk mencari laptop murah yang berkualiti

Website 11Street Malaysia juga adalah tempat untuk mencari laptop murah yang berkualiti

Ada beberapa perkara yang mahu saya kongsikan dengan anda sebelum anda memilih mana mana laptop bawah rm2000 yang anda inginkan. Ini perlu anda lihat dahulu berdasarkan keperluan anda. Setiap orang berbeza akan tujuan dan keperluan mereka. Saya tidak mahu anda berasa rugi setelah membeli laptop yang anda inginkan. Kriteria yang ingin anda lihat adalah seperti ini iaitu;

  • CPU –  Kalau boleh sila pastikan CPU dari jenis Core i3, i5, i7 dan ke atas
  • RAM – Sila pastikan RAM minima adalah 4GB dan ke atas
  • Skrin – Biasanya skrin lebih kecil lebih mahal. Terpulang kepada pilihan anda
  • Jenis Skrin – Pilih skrin jenis LED dan bukannya LCD
  • DVD reader – Bagi saya zaman sekarang dvd tidak perlu. Terpulang
  • GPU – Untuk yang mahukan sistem grafik yang baik, sila baca artikel ini – [ Kad Grafik Laptop ]
  • Storan – hard disk kapasiti yang 500GB dan ke atas
  • Aksesori – Ada webcam, usb port, hdmi port, sd card reader, speaker/mic input
  • Windows – Kalau boleh sila dapatkan Windows 7 dan ke atas
  • Condition – Jangan beli yang “recon” atau “refurbished”. Sila dapatkan yang baharu
Terdapat banyak laptop notebook murah berkualiti di website Amazon

Terdapat banyak laptop notebook murah berkualiti di website Amazon

Website Yang Menjual Laptop Murah Bawah RM2000

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan laptop/notebook baru yang murah di sini
  • 11Street – anda juga boleh mencari laptop murah idaman anda di sini
  • Amazon – dapatkan laptop yang berkualiti dari luar negara di sini
  • AliExpress – dapatkan laptop dari China yang berkualiti di sini

Laptop biasa biasa yang bawah RM2000 sudah sangat memadai untuk tugasan biasa biasa. Kalau anda seorang pelajar jurusan grafik dan multimedia, maka anda perlu pilih laptop bawah rm2000 yang menawarkan GPU yang lebih berkuasa. Kalau anda lebih sukakan kepada hiburan, maka pilih lah laptop yang mempunyai skrin yang besar dan sistem audio yang baik. Kalau wang adalah masalah utama anda, maka anda belilah laptop bawah rm2000 ini dengan kaedah ansurans atau simpan duit sedikit demi sedikit. Jangan risau, laptop murah yang baru yang berharga RM1100 pun ada. Apa yang saya kongsikan di atas ini adalah cadangan sahaja. Anda mungkin boleh rendahkan spesifikasi laptop yang anda inginkan berdasarkan wang bajet anda. Bye

The post Laptop Bawah RM2000 Untuk Pelajar Dan Mahasiswa appeared first on eCommerce In Malaysia.

Kenapa Anda Patut Membeli Xiaomi Redmi Note 5 Pro

$
0
0

Kepada anda yang meminati telefon pintar jenama Xiaomi kelas pertengahan pasti tidak sabar untuk memiliki Xiaomi Redmi Note 5 bukan? Saya sendiri adalah pemilik dan pengguna Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan saya masih menggunakannya sehingga kini dan masih berpuas hati menggunakannya. Akan tetapi kepada anda yang menggunakan Xiaomi Redmi Note 4 misalnya, apakah ianya sesuatu yang berbaloi sekiranya anda beralih kepada Xiaomi Redmi Note 5? Jawapannya sudah tentu tidak berbaloi. Ianya sangat berbaloi kalau anda beralih menggunakan Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Kenapa?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya pihak Xiaomi telah mengeluarkan 2 jenis modal Redmi Note 5 ini iaitu Xiaomi Redmi Note 5 dan juga Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Kalau anda pengguna Xiaomi Redmi Note 4, dan mahu beralih kepada Xiaomi Redmi Note 5, bagi saya proses naik taraf sebegini kurang berbaloi untuk anda kerana anda menghabiskan wang anda untuk proses naik taraf yang kecil. Ini kerana, pemproses CPU yang digunakan pada Xiaomi Redmi Note 4 dan juga Xiaomi Redmi Note 5 adalah sama iaitu Snapdragon 625.

Senarai warna untuk Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Senarai warna untuk Xiaomi Redmi Note 5 Pro

Review Xiaomi Redmi Note 5 Pro Malaysia

Akan tetapi jika anda mahu membeli dan mendapatkan Xiaomi Redmi Note 5 Pro, saya memang menggalakkannya. Ini kerana pemproses CPU yang terdapat pada Xiaomi Redmi Note 5 Pro adalah dari jenis Snapdragon 636 yang terbaru yang prestasinya 40% lebih tinggi dari SD 630. Jadi anda boleh menjangkakan yang prestasi smartphone anda itu nanti akan lebih pantas dan sudah pasti lebih menjimatkan penggunaan kuasa bateri telefon anda. Menarik bukan.

Jadi, apakah spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang perlu anda ketahui dan menjadi sebab kepada anda mungkin baru beralih arah memilikinya. Mari lihat spesifikasinya di bawah ini.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Pro

  • Skrin – 5.99 Full HD+ with 18.9 ratio
  • CPU – Snapdragon 636 (Octa-core 1.8 GHz Kryo 260)
  • GPU – Adreno 509
  • RAM – 4GB/6GB
  • Storage – 64GB for internal/256GB with microSD
  • Camera Back – Dual: 12 MP (f/2.2, 1.25 μm) + 5 MP (f/2.0, 1.12 μm)
  • Camera Front – 20 MP (f/2.2, 1/2.8″, 1 μm), LED flash, 1080p
  • Battery – 4000mAh

Website Yang Menjual Smartphone Xiaomi

  • Lazada – website Lazada memang mudah untuk beli produk Xiaomi
  • 11Street – salah website yang ramai orang Malaysia gunakan
  • Amazon – website luar negara yang terpercaya untuk membeli smartphone
  • GearBest – ada sangat banyak smartphone dijual di sini termasuk Xiaomi

Sebenarnya ada banyak perkara yang orang mahu tahu tentang telefon pintar kategori sederhana dari brand Xiaomi ini. Akan tetapi apa yang saya kongsikan di atas ini adalah apa yang paling orang mahu tahu dan cari berkenaan Xiaomi Redmi Note 5 Pro ini nanti. Macam biasa. Mereka tahu tahu tentang saiz skrin, jenis CPU, jumlah RAM, kapasiti storan, kemampuan kamera dan juga jumlah kapasiti bateri. Yang lain lain hanya tambahan sahaja. Dan sudah tentulah perkara lain tentang Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang orang mahu tahu adalah berkenaan harganya pula setelah memasuki pasaran Malaysia. Jangkaan harga adalah dalam RM1050 untuk versi 6GB dan RM850 untuk versi 4GB. Sekian.

The post Kenapa Anda Patut Membeli Xiaomi Redmi Note 5 Pro appeared first on eCommerce In Malaysia.


Kerusi Makan Bayi Yang Kecil Dan Yang Tinggi

$
0
0

Kebanyakkan rumah keluarga yang mempunyai anak kecil atau bayi biasanya akan ada kerusi jenis beroda yang boleh kita letakkan anak kecil dalam kerusi tersebut. Mereka akan bergerak ke sana kemari dengan menolak nolak kaki kecil mereka. Dan kerusi mainan sebegini boleh membantu anak kecil untuk bergerak aktif. Namun agak kurang sesuai jika digunakan untuk memberi makan. Makan sambil berjalan (bergerak) dengan kerusi akan menyukarkan para ibu bapa untuk menyuapkan makanan kepada anak kecil mereka. Atas sebab itu, saya merasakan setiap rumah memang patut kena ada kerusi makan bayi yang sesuai. Setuju?

Mungkin anda kurang faham dengan apa yang saya ingin ceritakan. Kalau anda pergi ke kedai makan, biasanya akan ada “kerusi makan bayi” betul? Orang dewasa akan gunakan kerusi biasa. Dan anda akan ambil kerusi kecil yang tinggi untuk letakkan anak kecil anda supaya boleh makan dengan mudah dan tidak bergerak ke sana ke mari betul? Itulah kerusi yang saya maksudkan. Namun bagaimana dengan rumah anda? Adakah di rumah anda juga ada kerusi sebegitu untuk bayi atau anak kecil anda? Sebenarnya ada banyak sahaja kerusi yang dibuat khas untuk bayi makan dengan mudah.

Kerusi makan bayi pelbagai jenis di website eCommerce Lazada Malaysia

Kerusi makan bayi pelbagai jenis di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Kerusi Makan Bayi Murah Online

Dari survey yang saya lakukan. Ada 2 jenis kerusi bayi yang direka khas untuk bayi atau anak kecil anda ketika makan. Yang pertama adalah dari jenis rendah. Ini sesuai kalau anda ingin menyuapkan makanan kepada anak anda sambil anda duduk. Dan yang kedua adalah dari jening tinggi yang mana ianya sesuai untuk meletakkan anak anda ketika anda bersama keluarga makan di meja makan. Dan yang penting kedua dua jenis kerusi makan bayi ini lebih bagus jika tidak mempunyai roda. Jadi ianya dapat tetap di tempat yang sama dengan keadaan tetap dan kukuh.

Kerusi baby yang cantik cantik ada dijual di website 11Street Malaysia

Kerusi baby yang cantik cantik ada dijual di website 11Street Malaysia

Mahalkah harga bagi sebuah kerusi makan bayi ini? Terpulang kepada reka bentuk, saiz dan juga material yang digunakan. Ada kerusi bayi yang dibuat dari plastik, besi dan juga kayu. Ada saiz kecil dan besar. Ada yang rendah dan juga tinggi. Mudah cerita, ianya berbalik kepada bajet wang anda sendiri. 

Website Yang Ada Menjual Kerusi Bayi Untuk Makan

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan kerusi bayi di sini
  • 11Street – kerusi baby untuk makan yang cantik dan berkualiti ada di sini
  • Ezbuy – banyak pilihan kerusi makan untuk baby yang unik di sini
  • Amazon – kerusi makan bayi yang cantik dan berkualiti ada di sini
  • AliExpress – ada sangat banyak kerusi makan bayi cantik dan murah dari China di sini

Di mana hendak beli kerusi makan bayi ini? Biasanya ada dijual di mana mana pasaraya shopping complex. Namun, kerusi makan untuk bayi atau anak kecil ini bukan seperti pakaian yang perlu anda risaukan tentang saiznya. Anda juga boleh beli dan dapatkan kerusi makan bayi ini secara online melalui website yang saya kongsikan di atas ini. Anda boleh mencari, membuat survey untuk melihat sendiri kerusi makan anak anda yang anda sukai dengan mudah. Saya harap anda jumpa apa yang anda inginkan untuk anak anda. Bye

The post Kerusi Makan Bayi Yang Kecil Dan Yang Tinggi appeared first on eCommerce In Malaysia.

Modem Wifi Yang Sesuai Di Pasang Simkad

$
0
0

Rasanya semua orang tahu yang modem internet yang paling popular di Malaysia adalah modem streamyx. Dan yang kedua adalah modem untuk Unifi. Ini adalah pilihan sambungan internet yang paling ramai dipakai oleh rakyat Malaysia untuk rumah kediaman. Bagaimana pula dengan sambungan internet berbentuk broadband? Untuk broadband, anda perlu melanggan pakej internet biasanya dari syarikat telekomunikasi mobile seperti Maxis, Celcom, Digi dan juga UMobile. Dan majoritinya akan menggunakannya pada telefon mereka. Tetapi apakah ada modem wifi yang bertindak sebagai hotspot dengan menggunakan talian internet dari simkad telefon? Jawapannya YA ADA.

Mungkin ada yang kurang faham. Mari saya jelaskan. Apabila anda melanggan pakej data dari mana mana syarikat telco. Mungkin ada di antara anda yang melanggan pakej tersebut kerana mahukan pelan kuota data yang besar dan mahu dikongsikan dengan ramai ahli keluarga misalnya. Saya bagi contoh mudah. Anda melanggan pakej Digi Postpaid Plan yang berharga RM150 sebulan. Pakej tersebut menawarkan unlimited internet dengan unlimited tethering hotspot sekali. Kalau anda bandingkan dengan pakej RM140 streamyx dengan Digi ini, sudah tentu pakej dari Digi ini lebih menarik. Kenapa?

Modem Wifi Untuk Mobile Yang Bagus Di Website eCommerce Lazada Malaysia

Modem Wifi Untuk Mobile Yang Bagus Di Website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Modem Wifi Untuk Mobile Internet (Mifi) Murah Online

Streamyx hanya boleh dipakai dan digunakan di rumah anda sahaja. Sedangkan pakej dari Digi ini membolehkan anda membawa dan menggunakan ianya di mana mana sahaja yang terdapat line rangkaian Digi. Malah kelajuan mobile broadband Digi lebih laju berbanding streamyx yang hanya terhad kepada kelajuan 4Mbps sahaja. Jelas? Akan tetapi untuk anda berkongsi internet melalui hotspot tethering melalui smartphone anda untuk jangka panjang adalah tidak digalakkan. Smartphone anda akan cepat panas dan kehabisan bateri. Malah boleh rosak pula. Sebab itulah di cadangkan anda untuk menggunakan modem wifi yang sesuai.

Antara Jenama Modem Mifi Yang Berkualiti Dan Bagus Di Website 11Street Malaysia

Antara Jenama Modem Mifi Yang Berkualiti Dan Bagus Di Website 11Street Malaysia

Untuk pengetahuan anda, modem wifi yang sesuai untuk dimasukkan dan dipasangkan simkad adalah dari jenis MiFi. Apa maksud mifi ini? Ianya adalah dari singkatakn “Mobile Wifi Hotspot” modem. Mudah cerita, kalau anda ingin mencari modem yang boleh dipasangkan dengan simkad untuk melakukan wifi hotspot, anda kena cari modem jenis mifi. Jelas? Ini penting untuk anda ketahui sekiranya di tempat tinggal anda tiada sambungan streamyx dan juga Unifi. Jadi dengan cara ini anda boleh memasang sambungan internet di rumah anda dengan menggunakan modem wifi dari jenis mifi. Harap maklum.

Website Yang Menjual Modem Mifi Untuk Simkad

  • Lazada – ada sangat banyak modem mifi yang boleh anda pilih
  • 11Street – anda juga boleh dapatkan modem wifi untuk mifi di sini
  • Amazon – dapatkan mobile wifi modem terbaik dan berkualiti di sini
  • AliExpress – dapatkan modem murah untuk simkad anda di sini

Ada 2 jenis. Mifi yang pertama direka khusus untuk bersifat mudah alih (portable). Maka anda boleh bawa modem ini ke mana mana termasuk diletakkan dalam beg atau poket seluar anda. Mifi yang kedua pula dari jenis yang berwajar yang mempunyai palam soket elektrik untuk anda menyambungkan dengan kuasa elektrik dari soket elektrik rumah anda. Terpulang anda mahukan yang mana mengikut ke sesuaian anda. Berapakah harga modem wifi untuk mifi ini? Ada yang berharga murah di bawah RM100 dan berharga mahal sehingga ratusan ringgit. Sebelum membeli modem wifi jenis mifi ini, sila pastikan samada ianya support 3G dan juga 4G termasuk kemampuan capaian muat turun/muat naik yang ianya boleh support. Bye

The post Modem Wifi Yang Sesuai Di Pasang Simkad appeared first on eCommerce In Malaysia.

Mop Pengelap Lantai Yang Moden Dan Terkini

$
0
0

Salah satu perkara yang wajib dibuat bagi rumah yang mempunyai lantai berbentuk mozek adalah kekerapan dalam mengelap lantai. Bukanlah bermaksud yang lantai biasa seperti lantai simen, lantai dengan tikar getah atau lain lain tidak perlu untuk dilap. Cumanya lantai berbentuk mozek biasanya akan lebih mudah nampak kesan kotor dan mudah melekit akibat dari kesan tapak kaki, butir makanan yang berterabur dan kesan dari wap masakan di dapur rumah anda. Jadi sudah tentu salah satu barang iaitu produk yang wajib ada di rumah anda adalah alat seperti pengelap lantai iaitu mop lantai. 

Dulu semasa bujang dan menyewa di rumah sewa yang menggunakan pelapik lantai jenis tikar getah, saya jarang merasakan kekotoran pada lantai. Dan saya juga sangat jarang memasak. Kalau terasa kotor pun hanyalah disebabkan habuk. Dan selepas berkahwin dan berpindah ke rumah baru yang mempunyai lantai jenis mozek, memang terasa sangat sangat akan keperluan kekerapan untuk mengemop lantai. Kalau lantai mozek kotor, kita akan nampak dengan jelas ianya tidak berkilap dan nampak melekit. Itu dalam keadaan belum ada anak. Kalau sudah ada anak, memang kena kerap lap lah dengan mop pengelap lantai.

Pelbagai jenis bentuk dan rekaan pengelap lantai mop yang dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Pelbagai jenis bentuk dan rekaan pengelap lantai mop yang dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Pengelap Lantai (MOP) Murah Online

Tetapi jangan salah faham. Saya tidak bermaksud orang yang rumah ada lantai mozek sahaja kena ada pengelap lantai. Setiap rumah sememangnya wajib ada alat seperti mop lantai ini. Kalau ada apa apa minuman atau makanan yang tumpah ke lantai. Jadi memang perlu ada pengelap lantai untuk tugasan membersihkan lantai. Bukan perlu banyak. Paling kurang setiap rumah ada sebatang mop pun jadilah. Sebab ianya bukan digunakan selalu pun. Sekarang di rumah anda ada pengelap lantai jenis apa?

Promosi mop lantai yang murah di website 11Street Malaysia

Promosi mop lantai yang murah di website 11Street Malaysia

Biasanya orang kita akan menggunakan pengelap lantai mop jenis yang mempunyai “rambu rambu” macam rambut jenis yang berwarna putih betul? Itu adalah batang mop yang biasa kita lihat di mana mana rumah orang termasuk rumah saya sendiri. Ini kerana ianya adalah sejenis pengelap lantai yang paling biasa, paling asas dan yang paling murah yang ada di pasaran. Tetapi pada zaman kini, sudah ada beberapa rekaan design baru yang lebih moden untuk memudahkan tugasan mengelap lantai. Apakah itu?

Website Yang Ada Menjual Mop Lantai

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan dan jenis mop lantai dijual di sini
  • 11Street – ada banyak pengelap lantai yang cantik dan murah di sini
  • Ezbuy – ada banyak pilihan pengelap mop lantai di sini
  • Amazon – di sini ada banyak mop yang berkualiti dengan bakul
  • AliExpress – kalau anda mahu mencari pengemop lantai yang unik ada di sini

Mop pengelap lantai sekarang selalunya akan di datangkan sekali dengan bakul perahan. Kepala mop yang boleh dan mudah ditanggal untuk dicuci dan diganti. Ada kepala mop yang jenis empat segi dan sebagainya. Bagi saya, pengelap lantai yang di datangkan sekali dengan bekas bakul perahan adalah lebih baik. Anda boleh cuci dan perah kain mop dengan mudah tanpa perlu berulang alik ke bilik air. Di atas ini saya kongsikan akan beberapa gambar pengelap lantai jenis moden yang boleh anda cuba dapatkan melalui website yang saya kongsikan ini. Selamat mencuba.

The post Mop Pengelap Lantai Yang Moden Dan Terkini appeared first on eCommerce In Malaysia.

Rak Pinggan Mangkuk Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

$
0
0

Biasanya selepas mana mana pasangan yang baru berkahwin dan berpindah ke rumah baharu. Mereka akan mula membuat kira kira tentang mahu beli barang apa dalam rumah mereka. Salah satunya yang penting adalah seperti perkakas peralatan elektrik misalnya. Itu adalah tentang barangan elektrik yang difikirkan perlu dan wajib ada. Bagaimana pula dengan barangan dalam ruang dapur anda? Salah satu produk yang dirasakan perlu ada adalah produk seperti rak pinggan mangkuk. Kalau rumah baru atau rumah sewa anda hanya ada singki sahaja. Maka mahu tidak mahu memang wajib kena ada rak untuk pinggan dan mangkuk anda. Betul?

Saya dulu baru baru kahwin pun begitu juga. Isteri tanya kepada saya mahu beli barang apa untuk ruang dapur. Dapur memasak jenis gas sudah ada. Peti ais sudah ada. Mesin basuh pun ada. Pinggan, mangkuk dan periuk memasak termasuk sudu dan senduk semua sudah ada. Akan tetapi nampak tidak cantik dan tidak tersusun di sana sini. Maka saya dan isteri pergi ke kedai yang menjual perabot dan barangan dapur dalam rumah. Kami mencari rak pinggan mangkuk yang sesuai dengan saiz ruang dapur rumah sewa kami. Dan kami melakukan survey harga juga supaya mendapatkan harga murah dan berbaloi untuk dibeli.

Ada banyak rak pinggan mangkuk berharga murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Ada banyak rak pinggan mangkuk berharga murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Rak Pinggan Mangkuk Murah Online

Bila anda tanya mahu beli rak pinggan mangkuk yang macam mana dan bagaimana. Anda kena tahu dahulu keadaan ruang dapur anda. Adakah sempit atau luas. Apakah ada kabinet dapur atau tidak. Adakah anda mempunyai banyak pinggan mangkuk periuk atau tidak. Perkara perkara ini perlu anda ambil tahu untuk membantu anda membuat keputusan sebelum membeli rak pinggan mangkuk tersebut.

Rak pinggan yang cantik dan praktikal boleh anda dapatkan di website 11Street Malaysia

Rak pinggan yang cantik dan praktikal boleh anda dapatkan di website 11Street Malaysia

Seperti keadaan rumah sewa kami. Ruang dapur rumah sewa kami agak kecil. Ada kabinet dapur siap dengan singki. Akan tetapi selepas diletakkan dapur memasak di atas kabinet tersebut, ianya hanya cukup cukup muat sahaja dan memang tiada tempat yang sesuai untuk meletakkan rak pinggan yang kecil di atas kabinet tersebut. Atas sebab itu, kami memilih untuk membeli terus rak pinggan mangkuk dari jenis berdiri dan besar untuk dimuatkan terus ke semua pinggan, mangkuk dan juga periuk. Malah boleh diletakkan cawan sekali.

Website Yang Ada Menjual Rak Pinggan Mangkuk

  • Lazada – ada banyak rak pinggan mangkuk yang boleh anda cari di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan rak pinggan yang dapat memikat anda di sini
  • Ezbuy – anda boleh dapatkan banyak aksesori dapur yang menarik di sini
  • Amazon – dapatkan dish rack yang berkualiti dari luar negara di sini
  • Aliexpress – dapatkan rak untuk pinggan mangkuk dari China di sini

Anda mahukan rak pinggan mangkuk samada dari jenis besi atau kayu dan sebagainya. Ianya terpulang kepada wang bajet anda. Kalau bajet kecil, ambil rak yang biasa biasa sahaja dahulu. Kalau anda bajet besar dan ruang dapur yang luas, maka belilah rak yang terus berkualiti dan tahan lama. Adakah penting menggunakan rak pinggan mangkuk untuk dapur rumah anda? Ianya penting kerana ianya dapat mengeringkan pinggan, mangkuk, periuk dan kuali anda selepas anda mencucinya. Ianya akan membuatkan barangan dan peralatan dapur rumah anda menjadi kemas dan tersusun. Berminat? Sila beli dan order melalui website di atas ini. Bye.

The post Rak Pinggan Mangkuk Yang Sesuai Untuk Rumah Anda appeared first on eCommerce In Malaysia.

Rak Buku Untuk Menyimpan Menyusun Buku Di Rumah

$
0
0

Adakah anda seorang ulat buku? Dan suka membaca dan membeli buku? Ataupun anda adalah keluarga yang besar yang mempunyai anak yang ramai. Jika begitu, pasti di rumah anda terdapat banyak buku bacaan dan juga buku buku sekolah anak anda betul? Jadi bagaimanakah anda menyusun dan menyimpan buku tersebut? Di rumah anda ada almari buku? Jika ya, maka baguslah. Jika belum, ada baiknya jika anda dapatkan mana mana rak buku yang sesuai dan cantik sebagai tempat perhiasan buku buku tersebut. Salah satu cara bagi menarik minat membaca adalah dengan menyusun buku buku dengan kemas, teratur dan nampak cantik.

Masalah ibu bapa terhadap anak mereka yang kurang minat membaca mungkin di sebabkan keadaan persekitaran keluarga tersebut. Tiada tempat yang betul untuk meletak buku. Ibu bapa sendiri tidak mewujudkan persekitaran bagi menggalakkan minat membaca. Dan bahan bacaan yang terlalu “ilmiah” untuk anak anak juga adalah penyumbang kepada masalah kurang minat membaca. Orang dewasa sendiri pun memerlukan bahan bacaan yang sesuai dengan mereka untuk menarik minat tersebut.

Rak buku kecil untuk anak anda yang murah terdapat di website eCommerce Lazada Malaysia

Rak buku kecil untuk anak anda yang murah terdapat di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Rak Buku Yang Sesuai Dan Murah Online

Bagi saya, salah satu cara untuk menarik minat membaca bagi golongan dewasa dan juga kanak kanak adalah dengan mempunyai satu almari atau rak khas untuk memaparkan buku dengan menarik? Sesuatu yang tampak menarik memang boleh mengundang rasa minat ke arah tersebut. Jadi salah satu cara yang di rasakan baik adalah dengan mempunyai almari buku atau rak buku. Kalau saya, saya lebih ke arah menyukai rak buku yang bersifat terbuka dan nampak seperti perpustakaan berbanding almari yang bersifat tertutup dan tidak nampak buku.

Bookshelf yang pelbagai jenis ada dijual di website 11Street Malaysia

Bookshelf yang pelbagai jenis ada dijual di website 11Street Malaysia

Anda tidak perlukan rak buku yang besar besar pun. Cukup untuk mendapatkan mana mana rak buku yang agak sesuai dengan keadaan dan ruang dalam rumah anda. Kemudian cuba susun buku tersebut mengikut kategori seperti bahagian ini adalah tempat buku buku untuk ibu dan ayah. Dan tempat yang lain pula adalah untuk anak anak menyusun dan menyimpan buku mereka. Ajar mereka susun buku mengikut kategori. Didik mereka sebegitu supaya mereka sendiri dapat merasakan yang mereka dengan mudah akan mencari buku sekolah mereka mengikut jadual sekolah mereka.

Book rack pelbagai jenis dan cantik banyak dijual di website AliExpress

Book rack pelbagai jenis dan cantik banyak dijual di website AliExpress

Website Yang Ada Menjual Almari/Rak Buku/Majalah

  • Lazada – ada banyak rak almari buku murah di sini
  • 11Street – pilihan book rack agak kurang di sini
  • Ezbuy – di sini terdapat banyak book rack yang cantik cantik
  • Amazon – mahu rak buku yang berkualiti, sila dapatkan di sini
  • AliExpress – ada sangat banyak rekaan rak buku cantik dari China

Saya tidak katakan yang rak buku ini wajib ada bagi setiap rumah. Cuma ini adalah pandangan dan galakkan sahaja. Malah anda tidak perlu risau dengan harganya. Dan hasil survey yang saya lakukan di webite Lazada Malaysia misalnya mendapati yang harga bagi sebuah rak buku yang kecil adalah murah iaitu berharga tidak lebih dari RM100 pun. Yang bawah RM50 pun ada banyak. Rak buku untuk majalah pun ada. Terpulang kepada wang bajet anda. Cuma apa yang saya hendak katakan adalah, jika anda hendak membina minat membaca dalam keluarga anda, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan almari atau rak buku untuk rumah anda. Sekian

The post Rak Buku Untuk Menyimpan Menyusun Buku Di Rumah appeared first on eCommerce In Malaysia.

Viewing all 707 articles
Browse latest View live