Kepada anda yang baru pertama kali hendak balik kampung atau pergi melancong dengan menaiki kapal terbang, pasti akan melalui pengalaman untuk membeli tiket kapal terbang. Dan cara yang paling mudah untuk membeli tiket flight adalah secara online. Di Malaysia ada syarikat penerbangan MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Cumanya yang paling murah adalah AirAsia yang lebih dikenali sebagai tiket penerbangan tambang murah yang paling popular di Malaysia dan juga dunia. Jadi saya akan ajar anda cara untuk beli tiket kapal terbang dari AirAsia sebagai contoh ok.
Untuk pengetahuan anda, lapangan terbang adalah satu tempat atau rumah persinggahan bagi pelbagai jenis kapal terbang. Jadi kalau anda pergi ke lapangan terbang mana mana pun di Malaysia, semuanya adalah tempat untuk pelbagai kapal terbang seperti MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Jadi anda jangan terkeliru dan bertanya di mana airport untuk kapal terbang MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan sebagainya. Semuanya diletakkan di airport yang sama sahaja. Nanti kalau anda singgah ke airport, di situ nanti ada pelbagai ruang penerbangan untuk pelbagai syarikat penerbangan. Jelas ya.

Contoh kalau anda beli tiket kapal terbang melalui website Airpaz
Cara Beli Tiket Kapal Terbang Di Internet
Mudah cerita, kalau anda tinggal di Pulau Pinang. Dan hanya ada satu sahaja lapangan terbang iaitu Penang International Airport (PIA). Kalau anda beli tiket kapal terbang dari MAS, AirAsia, Malindo, Firefly dan juga lain lain. Maka tempat untuk anda pergi tetap sama iaitu di Penang International Airport (PIA). Jelas ya. Saya ingin jelas perkara ini terdahulu kerana merasakan ianya penting untuk anda ketahui dan faham dahulu sebagai orang yang baru pertama kali hendak naik kapal terbang. Ok? Jelas?
Di bawah ini saya kongsikan link untuk membeli tiket kapal terbang secara umum dahulu. Bukan dari website AirAsia secara direct. Saya bimbang kalau tujuan anda mahu beli tiket flight dari syarikat selain AirAsia. Website ini akan memaparkan pelbagai harga tiket kapal terbang termasuk AirAsia. Jadi anda bolehlah pilih mahu dapatkan tiket flight yang murah berdasarkan hasil carian ya.
Panduan Membeli Tiket Flight AirAsia
- AirAsia – sila klik untuk membuka website rasmi (official) AirAsia Malaysia
- Origin – sila pilih dari airport mana anda hendak naik flight
- Destination – sila pilih destinasi airport ketibaan anda
- Depart date – tarikh anda naik kapal terbang dari Origin
- Return date – tarikh anda balik semula ke Origin dari Destination
- Adult – pilih berapa orang hendak naik kapal terbang dan kemudian tekan “Search”
- Depart – sila pilih masa untuk anda bertolak pergi. Ada banyak harga yang berbeza
- Return – sila pilih masa untuk anda balik semula. Ada banyak harga yang berbeza

Pengalaman pertama kali naik kapal terbang AirAsia
- Kemudian sila klik “Continue” pada bar sebelah kanan
- Notifikasi akan keluar meminta anda Log In. Anda boleh pilih “Continue as guest”
- Guest details – isi nama dan tarikh lahir yang betul dan tepat termasuk jantina dan klik “Continue”
- Checked baggage – sila pilih mahu ambil ruang baggage/luggage atau tidak
- Pick A Seat – sila pilih tempat duduk (seat) yang anda mahukan.
- Travel Insurance – anda hendak ambil atau tidak terpulang kepada anda
- Contact details – sila isikan maklumat dengan betul dan tepat termasuk emergency contact
- Booking details – sila semak semua maklumat penerbangan anda itu betul dan tepat
- Payment – ini adalah step terakhir. Sila buat bayaran secara online

Kertas Boarding Pass perlu dicetak print dahulu sebelum naik kapal terbang
- Web Check in – Selepas membuat bayaran. Anda akan mendapat detail maklumat berkenaan tiket booking number AirAsia anda pada email anda. Akan ada menu bertulis “Web Check-in“. Anda kena klik dan ikuti arahan sehingga selesai dan cetak (print) tiket tersebut. Proses ini adalah untuk mendapatkan “Boarding Pass”. Ini adalah langkah WAJIB. Dengan tiket boarding pass yang telah anda print itulah nanti akan dibenarkan anda untuk menaiki penerbangan. Anda juga boleh print tiket boarding pass anda di terminal airport. Tetapi dikhuatiri ramai orang guna dan anda terlambat untuk melakukan hal tersebut. Bimbang nanti ianya akan menyusahkan anda pula.
Sila dengar akan peringatan ini. Ianya wajib. Untuk anda naik kapal terbang, sila pastikan anda telah ada dan print “Boarding Pass” anda. Tiket kapal terbang bukan pass kebenaran untuk naik kapal terbang. Tiket kapal terbang hanyalah “tiket” semata mana. Yang penting adalah kertas Boarding Pass anda. Kalau anda ada ambil ruang untuk meletakkan baggage, sila selesaikan ini dahulu. Selepas selesai barulah anda pergi ke kawasan untuk pelepasan. Kalau tiada ambil ruang bagasi, anda boleh terus ke bahagian pelepasan. Ingat YA, yang penting kalau hendak naik kapal terbang wajib kena ada Boarding Pass dan bukannnya tiket kapal terbang. Jelas? Bye.
The post Beli Tiket Kapal Terbang AirAsia Secara Online appeared first on Wanwidget.