Beberapa hari lepas saya ada menemani rakan sekerja untuk ke kedai handphone. Katanya hendak mencari dan membeli telefon pintar untuk ibu mertua beliau. Faktor utama kenapa ibu mertua beliau mahu tukar telefon baru kerana skrin pecah akibat jatuh. Beliau pun memberikan beberapa keping gambar handphone yang beliau rasakan sesuai untuk ibu mertua beliau. Salah satu yang beliau tanyakan kepada saya adalah model Xiaomi Mi Max 2. Bersaiz skrin yang lebih besar, mudah buat kerja, tahan lama kerana kapasiti bateri yang tinggi. Tetapi beliau tidak jadi ambil Xiaomi Mi Max 2 sebaliknya ambil Xiaomi Redmi Note 5. Kenapa?
Tadi saya ada cerita penyebab masalah kenapa ibu mertua beliau mahu tukar phone baru kerana masalah rosak, skrin pecah akibat terjatuh. Kalau rakan saya membelikan Xiaomi Mi Max 2, ianya memang mempunyai skrin lebih besar tetapi takut ianya lebih mudah untuk terjatuh kerana lebih sukar dipegang dan sudah pasti lebih berat. Cari punya cari, akhirnya rakan saya memilih model smartphone dari brand jenama Xiaomi juga iaitu dari versi Xiaomi Redmi Note 5. Soalannya, kenapa akhirnya beliau memilih Redmi Note 5?

Unboxing Xiaomi Redmi Note 5
Kelebihan Xiaomi Redmi Note 5
Rakan saya adalah pengguna Xiaomi Redmi Note 4. Dan dari pengalaman beliau sendiri, model Xiaomi Redmi Note selain kerana harganya murah, tetapi ianya menawarkan prestasi penggunaan yang baik. Skrin bersaiz 5.5 inch sudah cukup baik dan besar bagi kebanyakkan orang. Untuk model Xiaomi Redmi Note 5, pihak Xiaomi menawarkan saiz skrin sebesar 5.88 inch. Sudah tentu ianya lebih puas untuk dilihat pada skrin.

Xiaomi Redmi Note 5 Keluar Dari Kotak
Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia
- Saiz Skrin – 5.99 FullHD+
- RAM / Internal Storage – 3GB + 32GB / 4GB + 64GB
- CPU – Snapdragon 636 octacore
- GPU – Adreno 509
- Rear Camera – 12MP+5MP
- Front Camera – 13MP
- Batttery – 4000mAh
- Harga (Price) – RM649 / RM779
Berkenaan dengan ketahanan bateri pula, model Xiaomi Redmi Note 3 sehingga Xiaomi Redmi Note 5 memang menggunakan kapasiti bateri sebesar 4000mAh. Dengan chipset cpu yang lebih terkini iaitu jimat penggunaan bateri, sudah tentu jangka hayat penggunaan harian Xiaomi Redmi Note 5 berbanding model Xiaomi Redmi Note sebelum ini pasti lebih tahan lama. Ini adalah salah satu sebab kenapa saya sukakan model Xiaomi Redmi Note ini.
Website Untuk Membeli Pelbagai Smartphone Termasuk Xiaomi
- Lazada – ini adalah website rasmi (official) yang menjual smartphone Xiaomi
- 11Street – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Xiaomi
- Shopee – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Xiaomi
Di Malaysia, Xiaomi Redmi Note 5 juga di sebut sebagai Xiaomi Redmi Note 5 Pro. Kalau anda ada nampak perkataan ini ditulis, sila jangan keliru. Ianya sama sahaja. Biasanya untuk pasaran Malaysia, memang pihak Xiaomi suka menggunakan perkataan “PRO” untuk menunjukkan penggunaan model Xiaomi Redmi Note yang menggunakan pemproses CPU dari jenis Snapdragon berbanding cpu MediaTEK yang lebih murah. Itu sahaja.
Apakah kelebihan Xiaomi Redmi Note 5 berbanding model Xiaomi Redmi Note sebelum ini? Kalau anda pengguna Xiaomi Redmi Note 3 dan juga Xiaomi Redmi Note 4. anda akan perasan yang kualiti tangkapan gambar dan juga rakaman video tidak memuaskan. Untuk model Xiaomi Redmi Note 5 memang pihak Xiaomi berikan perhatian yang lebih untuk kamera mereka. Saya sendiri sudah mencubanya dan saya sangat suka. Kalau anda mahu beli smartphone model Xiaomi dengan lebih murah, dapatkan sahaja melalui internet. Saya sudah berikan link website di atas ini. Selamat menggunakan Xiaomi Redmi Note 5. Bye
The post Beli Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Di Kedai appeared first on Wanwidget.