Kepada anda yang memiliki kenderaan seperti kereta sendiri pasti pernah melalui pengalaman melekat sendiri cukai jalan anda pada cermin hadapan kenderaan anda betul? Apa yang anda rasa? Sukar untuk menampalnya di cermin kereta anda? Dan apa pengalaman anda ketika mencabutnya kembali setelah setahun berlalu untuk menggantikan roadtax cukai jalan yang baharu? Penah mengalami keadaan di mana gam tertanggal dan melekat di cermin kereta anda? Kalau pernah, apakah anda ada terfikir hendak menggunakan pelekat seperti sticker roadtax untuk memudahkan urusan anda?
Begini ceritanya, pada bulan 1 lepas, roadtax cukai jalan kereta saya sudah tamat. Dan saya telah renew roadtax dan telah diberikan pelekat cukai jalan yang baharu untuk saya pasang dan lekatkan di cermin hadapan kereta. Dan sudah tentu saya perlu mencabut atau mengkopek pelekat cukai jalan yang lama. Apabila itu berlaku, nampaknya ada banyak kesan gam yang tertinggal. Dan ini telah mencacatkan permandangan dan saya perlu melekatkan roadtax yang baharu ini pada kawasan yang berbeza.

Kesan gam cukai jalan yang terlekat pada cermin hadapan kereta anda
Dapatkan Sticker Roadtax Murah Online
Bila terfikir kembali, adakah setiap tahun saya perlu melalui masalah yang sama? Ada kesan gam yang tertanggal dan tertinggal pada cermin kereta. Susah pula hendak membersihkannya. Saya bawa kereta saya ke kedai aksesori kenderaan dan meminta mereka menyelesaikan masalah gam yang tertinggal yang sukar saya buang. Anda hendak tahu apa saranan kedai aksesori tersebut kepada saya? Mereka mencadangkan saya menggunakan pelekat sticker roadtax sekarang dan pada tahun tahun akan datang selepas ini. Menarik!!!

Contoh sticker roadtax untuk anda menampal cukai jalan kenderaan anda dengan mudah
Adakah anda tahu apakah sebenarnya “pelekat sticker roadtax” ini? Ianya adalah sebuah helaian seperti plastik tinted seperti pelekat McD pada cermin kereta. Yang mana anda perlu lekatkan roadtax cukai jalan anda pada pelekat sticker roadtax tersebut. Dan selepas itu barulah sticker roadtax tersebut anda lekatkan pada cermin hadapan anda. Teknik ini adalah kaedah yang paling baik supaya anda mudah untuk melekat menampal dan mencabut kembali apabila diperlukan.

Contoh selepas penggunakan pelekat sticker roadtax pada cermin kereta
Gambar pertama di atas adalah gambar kesan gam yang tertinggal dan melekat pada cermin ketika cukai jalan saya tanggalkan. Gambar kedua pula adalah gambar sebenar akan rupa bentuk pelekat sticker roadtax yang saya maksudkan. Dan gambar yang ketiga adalah gambar selepas saya lekatkan road tax cukai jalan saya pada penampal sticker roadtax. Anda faham?
Website Yang Menjual Roadtax Sticker
- Lazada – ada banyak pilihan pelekat cukai jalan di sini
- 11Street – pelekat roadtax juga boleh anda dapatkan di sini
- Shopee – ada banyak pilihan pelekat road tax cukai jalan di sini
Anda sudahpun melihat 3 gambar di atas ini. Saya harap anda tahu dan faham akan kegunaan sticker roadtax untuk memudahkan anda melekat cukai jalan anda dan juga memudahkan menanggal pula selepas 1 tahun kemudian. Kalau anda tidak tahu di mana hendak beli dan dapatkan sticker roadtax ini, sila dapatkan secara online melalui link website yang saya kongsikan di atas ini. Selamat mencuba.
The post Sticker Roadtax Untuk Melekat Cukai Jalan Mudah Di Cermin appeared first on eCommerce In Malaysia.