Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beg Dompet Lelaki Yang Cantik Dan Berkualiti

$
0
0

Pengalaman saya memakai dan menggunakan beg dompet sebenarnya sudah agak lama. Seingat saya, saya pertama kali membeli dan memiliki beg dompet lelaki adalah pada usia 19 tahun iaitu ketika mahu masuk ke universiti. Mungkin ramai orang lelaki sudah menggunakan beg dompet lebih awal dari itu. Saya bukan jenis orang yang fokus kepada jenama mahal dan juga kualiti semata mata. Bagi saya, memiliki beg dompet adalah untuk keperluan dan tidak ada orang mahu tengok pun kita pakai beg dompet yang bagaimana dan macam mana. Itu adalah pandangan sayalah.

Namun kita tahu, lain orang lain pandangan mereka. Selepas berkahwin, isteri saya memang tidak boleh tengok atau tidak tahan melihat beg dompet saya yang kelihatan uzur dan nampak buruk. Koyak sedikit pun beliau tidak suka. Kata beliau, selepas berkahwin, suami kena jaga penampilan. Kata beliau, kalau suami nampak selekeh, takut orang cakap isteri tidak pandai jaga suami. Saya hanya mampu tersenyum sahaja. Suka juga orang ambil berat pasal kita sampai macam tu sekali. Bagaimana dengan anda?

Antara corak rekaan beg dompet lelaki yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Antara corak rekaan beg dompet lelaki yang ada dijual di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Beg Dompet Lelaki Yang Bagus Dan Murah Online

Isteri ada belikan saya sebuah beg dompet lelaki yang baharu. Dan ianya agak berjenama juga. Dan ianya berharga di atas RM100. Dari pengalaman saya, walaupun ianya agak cantik dan sedikit mahal dari pandangan saya, ianya tetap “rosak” dan mula terkoyak setelah setahun saya menggunakannya. Agak kelakar juga. Beg dompet yang saya sendiri beli ketika zaman bujang yang berharga di bawah RM100 boleh pula bertahan hampir 8 tahun lamanya. Pelik juga dibuatnya. Saya tidak ingat akan jenis materialnya. Yang pasti ianya terasa berkualiti dan juga berharga murah.

Anda juga boleh menjadi wallet lelaki yang anda mahukan di website Shopee Malaysia

Anda juga boleh menjadi wallet lelaki yang anda mahukan di website Shopee Malaysia

Sebenarnya apakah keperluan menggunakan beg dompet ini? Kalau dulu dulu saya tidak merasakan ianya terlalu penting pun. Selepas meningkat remaja dan sudah bekerja. Rupa rupanya ada banyak dokumen tentang diri sendiri yang perlu dibawa ke mana mana seperti Kad Pengenalan (IC) dan juga lesen memandu. Dua benda ini wajib dan perlu dibawa ke mana mana ketika kita keluar dari rumah. Malah ianya menjadi lebih penting kerana kita hendak simpan duit wang kita dengan lebih teratur dan juga selamat.

Website Yang Menjual Beg Dompet Untuk Lelaki

  • Lazada – ada banyak pilihan beg dompet untuk lelaki yang berharga murah di sini
  • Zalora – kalau pilih kualiti dan tidak kisah dengan harga, sila dari beg dompet di sini
  • 11Street – ada banyak pilihan beg dompet untuk lelaki yang berharga murah di sini
  • Shopee – ada banyak pilihan wallet lelaki yang murah di bawah RM100 di sini
  • Amazon – dapatkan beg dompet lelaki dari luar negara yang berkualiti di sini

Zaman sekarang rasanya beg dompet sudah menjadi kemestian bagi orang lelaki dan juga perempuan. Kita perlu bawa pengenalan diri dan juga wang dengan selamat. Maka beg dompet diperlukan. Ianya tempat kita menyimpan pelbagai resit atau kertas nota yang penting untuk tujuan tertentu. Kad kad juga perlu disimpan dan disusun dengan baik. Cuma nasihat saya, kalau ada bajet, jangan cari beg dompet lelaki yang terlalu murah kerana takut cepat koyak. Ada sahaja beg dompet untuk lelaki yang berharga di bawah RM100 dan juga masih berkualiti. Kalau ada bajet wang lebih, anda mahu beli beg dompet lelaki di atas harga RM100 pun boleh juga. Bye.

The post Beg Dompet Lelaki Yang Cantik Dan Berkualiti appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles