Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Speaker Mini Mudah Alih (Portable) Yang Bagus

$
0
0

Ketika zaman zaman saya belajar di Universiti 12 tahun lalu. Pembesar suara yang saya suka beli adalah dari jenis “sub-woofer”. Ketika itu memang speaker jenis macam inilah yang menjadi pilihan. Ini kerana hanya speaker jenis ini yang mampu memberikan kualiti audio bunyi yang memuaskan telinga. Dan hanya selepas itu baru muncul pembesar suara speaker dari jenis kecil beberapa tahun kemudian. Masa itu saya memang terasa teruja dengan kemampuan bunyi dari speaker jenis kecil mini. Nampak kecil tetapi bunyi mengagumkan. Sebab itulah di rumah saya sekarang saya pakai speaker mini sahaja. Kecil dan jimat ruang.

Kepada anda yang meminati musik lagu, mungkin anda terfikir hendak mendapatkan speaker untuk komputer anda dari jenis sub-woofer. Kalau anda ada modal dan sukakan jenis sebegitu dipersilakan. Kalau sukakan bunyi yang memberi kesan detuman, maka memang seeloknya ambil speaker jenis sub-woofer. Namun kepada anda yang masih mahu merasakan kualiti bunyi yang baik tetapi tidak kisah akan feel “dentuman”, maka pilihan terbaik adalah mendapatkan speaker mini sahaja. Berminat?

Pelbagai jenis speaker mini kecil tetapi terbaik yang ada dijual di website Shopee Malaysia

Pelbagai jenis speaker mini kecil tetapi terbaik yang ada dijual di website Shopee Malaysia

Syok Mendengar Lagu Dengan Speaker Mini Kecil Yang Berkualiti

Biasanya speaker mini adalah dari jenis 2 pembesar suara jenis “speaker stereo“. Dan kadang kala dibekalkan sekali dengan sub-woofer bersaiz kecil. Bagi saya 2 pembesar suara sudah memadai. Asalkan ianya mampu memberikan kualiti audio yang saya inginkan. Kalau dengar lagu sampai boleh berasa seolah olah kita yang sedang menyanyikan lagu tersebut. Kalau sampai tahap boleh feel macam itu, rasanya sudah sangat terbaiklah speaker mini tersebut.

Speaker mini jenis bluetooth yang terbaik di website 11Street Malaysia

Speaker mini jenis bluetooth yang terbaik di website 11Street Malaysia

Biasanya speaker mini ciri cirinya adalah seperti bersaiz kecil, ringan dan mudah alih (portable). Ada yang jenis disambungkan pada soket elektrik. Ada yang jenis cukup dengan bekalan kuasa dari palam USB komputer. Dan ada yang boleh dijalankan dengan hanya menggunakan bateri sahaja. Yang lebih terbaik kalau ada fungsi bluetooth yang boleh digunakan secara jarak jauh samada untuk pc komputer atau untuk telefon pintar smartphone anda.

Tahukah anda yang speaker mini juga sesuai kepada anda yang mementingkan penjimatan dalam perbelanjaan dan juga menjimatkan ruang. Selalunya pembesar suara jenis kecil mini ini boleh anda dapatkan dengan harga jualan di bawah RM150. Macam biasa, selalunya lagi mahal sudah tentu lagi baik kualiti bunyinya. Cumanya saya nasihatkan anda ambil speaker mini yang jenis berjenama. Ada branded lebih baik seperti JBL, SonicGear, Sony, Edifier dan juga Xiaomi.

Website Yang Menjual Speaker Mini

  • Lazada – ada sangat banyak speaker jenis stereo kecil yang murah dan bagus
  • 11Street – ada banyak pilihan speaker mini berkualiti mudah alih di sini
  • Shopee – anda juga boleh mencari speaker mini portable di sini
  • Amazon – dapatkan pembesar suara stereo yang berkualiti di sini

Sebelum anda membeli mana mana speaker mini portable yang anda mahukan. Sila pastikan dahulu fokus keutamaan speaker tersebut hendak digunakan pada apa samada komputer atau smartphone. Dan untuk memastikan audio yang dihasilkan adalah baik, sila pastikan speaker mini mudah alih tersebut mampu untuk memperkuat bunyi audio tanpa ianya “pecah suara”. Kalau volume suara makin kuat dan tidak pecah, maka baguslah kualiti bunyi yang mampu dihasilkan nanti. Di atas ini saya berikan senarai laman web yang menjual speaker mini yang anda mahukan. Bye.

The post Speaker Mini Mudah Alih (Portable) Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles