Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Apa Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Membeli Web Hosting

$
0
0

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi secara ringkas berkenaan beberapa hal yang perlu anda lihat dan semak dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk melanggan mana mana pakej web hosting yang anda mahukan. Kalau anda adalah seorang blogger baru, mungkin ada beberapa hal teknikal atau terma terma yang anda kurang jelas. Dan di artikel ini juga nanti saya akan cuba meringkaskan secara mudah faham akan hal hal tersebut sebelum anda memilih membeli web hosting yang anda rasakan adalah tepat mengikut kehendak anda.

Ada orang tanya, apa itu domain? Apa itu hosting? Apa beza blog dengan website dan sebagainya. Sebagai blogger lama, persoalan ini sebenarnya mudah difahami. Cumanya hendak menceritakannya kembali ianya sedikit rumit. Baiklah, kita terus kepada persoalan asas. Apa itu domain? Domain adalah nama blog/wesbite anda. Kalau anda buka website https://www.kosmo.com.my, maka domain tersebut adalah “kosmo”. Jelas?

Pastikan anda memilih pakej yang berbaloi sebelum anda membeli web hosting Malaysia

Pastikan anda memilih pakej yang berbaloi sebelum anda membeli web hosting Malaysia

Persediaan Sebelum Membeli Web Hosting Malaysia

Apa itu hosting? Ianya adalah tempat di mana laman website anda ditempatkan untuk di “online” kan. Anda kena langgan hosting dari mana mana syarikat yang menyediakan servis perkhidmatan web hosting. Anda perlu melanggan secara bulanan atau tahunan. Kalau di Malaysia ini, kebiasaannya blogger akan melanggan dan membeli web hosting untuk tempoh setahun terus paling kurang. Dan selama setahunlah website anda akan online dan terpapar di Google. Jelas?

Apa beza antara blog dengan website pula? Pada asasnya ianya sama sahaja. Cumanya panggilan terma yang berbeza ini untuk menunjukkan fungsi dan peranan yang sedikit berbeza. Website biasanya lebih ke arah kandungan yang berbentuk umum, professional atau yang menawarkan apa apa servis. Kalau blog pula adalah website yang ke arah peribadi (personal) yang menceritakan tentang pendapat dan pandangan sendiri.

Ini adalah pakej harga web hosting dari hosting provider ServerFreak Malaysia

Ini adalah pakej harga web hosting dari hosting provider ServerFreak Malaysia

Sebelum anda membeli pakej web hosting yang anda mahukan, anda perlu melihat beberapa perkara. Dan di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum melanggan apa apa pakej membina website/blog dengan mudah ini.

Senarai Kriteria Memilih Web Hosting

  1. Storage – ruang untuk digunakan ketika anda upload gambar ke blog anda. Kalau boleh biarlah 1GB ke atas. Lagi banyak anda berblogging dan upload gambar, lagi banyak space ruang yang anda perlukan
  2. Bandwidth – sama macam anda gunakan internet data. Lagi lama anda layari website, lagi banyak data habis digunakan. Cumanya laman website anda bukan dilawati oleh anda sahaja tetapi dilawati oleh penguna internet. Jadi ada kuota data bulanan iaitu “bandwidth” yang perlu anda pantau. Sebab kalau bandwidth ini habis, maka website anda tidak akan online. Cadangan saya, sila pastikan bandwidth anda minima 20GB sebulan

Dua kriteria di atas ini adalah yang paling utama sebelum anda memilih membeli pakej web hosting yang anda mahukan itu. Dan kriteria yang terakhir adalah berkenaan soal harga. Jangan bimbang, untuk pakej membeli web hosting yang paling murah boleh anda dapatkan dengan yuran langganan RM100 setahun. Bagi saya RM100 untuk setahun adalah tersangat murah. Kalau kita bahagi 12 bulan pun, sebulan baru kena bayar dalam RM9 sahaja. Murah bukan?

Website Penyedia Pakej Web Hosting Terbaik Malaysia

  • NetKL – kalau hendak pakej webhosting murah, sila pilih ini
  • ServerFreak  – kalau mahukan servis blogging yang pantas, sila pilih ini

Sebenarnya di Malaysia ada sangat banyak syarikat yang menawarkan servis perkhidmatan untuk membina dan hosting website/blog anda. Cumanya dari pengalaman saya sendiri, 2 syarikat di atas ini adalah yang paling terbaik dan juga murah setakat ini. Kalau anda tidak tahu cara untuk membeli dan membuat website/blog, anda boleh gunakan khidmat saya iaitu “servis buat blog” di sini. Saya akan tolong buatkan untuk anda dengan sedikit cas bayaran upah. Bye.

The post Apa Yang Perlu Kita Lihat Sebelum Membeli Web Hosting appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles