Salah satu benda yang agak penting dalam rumah kita adalah JAM. Ada jam tangan, jam meja, jam dalam telefon pintar dan juga jam di dinding. Kalau hendak melihat jam, hendak tahu sujdah pukul berapakah waktu sekarang ini, saya lebih suka melihat jam dinding. Ianya mudah dilihat, jelas dan terus tahu waktu semasa tanpa perlu saya tercari cari jam yang lain. Kalau anda jenis seorang yang suka menghias rumah pula, saya pasti anda akan mencari jam untuk dinding yang cantik pada pandangan mata anda betul?
Saya pernah ke kedai yang menjual barang aksesori perhiasan dalaman rumah. Dan salah satu barang yang mereka jual adalah jam dinding. Ada sangat banyak jenis reka bentuk jam dinding yang mereka tawarkan. Saya sendiri tertarik dan asyik melihat jam tersebut. Namun ada satu benda yang saya merasa sedikit kurang berminat iaitu berkenaan harga. Rata rata harga yang mereka tawarkan agak mahal. Tetapi kita sedia maklum, bukan selalu orang datang ke kedai hendak beli jam. Kena bayar gaji pekerja dan juga sewa kedai.
Beli Jam Dinding Cantik Dan Murah Secara Online
Jadi alternatif yang boleh kita lakukan untuk membeli jam di dinding yang cantik tetapi murah adalah melalui internet. Dari apa yang saya cuba bandingkan, ternyata ianya memang sedikit lebih murah. Malah anda boleh lihat banyak pilihan jam dinding sampai rambang mata dibuatnya. Cumanya samada anda ada bajet atau tidak sahaja. Sesetengah orang sukakan jam di dinding jenis klasik atau moden atau mininal atau tampak mewah.
Cuma ada satu tips yang ingin saya kongsikan kepada anda berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau anda mahukan apa apa jam termasuk jam dinding anda tahan lama. Kalau boleh, sila gunakan bateri jam jenis AA yang berkualiti dan berjenama. Jangan beli bateri yang terlalu murah dan tiada jenama. Kalau boleh sila elakkan. Kenapa?
Website Yang Menjual Jam Dinding
- Lazada – ada banyak pilihan jam dinding yang murah murah di sini
- 11Street – ada banyak jam dinding yang cantik dan berkualiti di sini
- Amazon – jika mahu beli jam dinding dari luar negara sila dapatkan di sini
- AliExpress – ada banyak jam dinding cantik dan murah dari China di sini
Berdasarkan pengalaman saya, bateri jam seperti saiz AA yang murah dan tiada jenama biasanya akan mudah cepat karat dan mengeluarkan sejenis minyak bahan kimia. Bila itu berlaku, tempat letak bateri anda akan berkarat dan juga rosak. Sedangkan bateri jam yang berjenama pun tidaklah mahal mana. Di sebabkan mahu lagi murah, anda hanya akan menyebabkan jam dinding anda tidak dapat dipakai dalam tempoh lama. Harap anda ambil berat berkenaan hal ini ok. Bye
The post Jam Dinding Untuk Rumah Yang Minimalis Dan Cantik appeared first on eCommerce In Malaysia.