Salah satu alat yang menyebabkan pengguna komputer (pc) terasa puas apabila menggunakannya adalah papan kekunci (keyboard). Kepada anda yang menggunakan komputer desktop pasti faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Kalau keyboard komputer anda rosak, dan anda gantikan dengan keyboard yang baharu yang mungkin rendah kualitinya, saya pasti anda akan terasa perbezaannya ketika menggunakannya. Ketika jari jari anda mula menaip, anda akan terasa apakah anda suka ataupun tidak dengan papan kekunci tersebut.
Di pasaran sekarang buat masa ini ada 3 jenis sambungan yang ditawarkan. Ianya adalah seperti sambungan dalam bentuk wayar USB, bluetooth dan juga wireless (wifi). Kalau anda menggunakan komputer desktop dan lebih selesa menggunakan keyboard komputer di depan komputer, maka untuk keperluan anda rasanya lebih sesuai gunakan keyboard dari jenis berwayar bersambung. Biasanya inilah keyboard yang selalu orang gunakan termasuk diri saya sendiri.
Mencari Keyboard Komputer Pilihan Terbaik
Kalau anda seorang pengguna PC yang suka menonton movie atau bermain game dan lebih selesa gunakan keyboard komputer dari jauh, maka pilihan papan kekunci yang baik bagi anda adalah dari jenis sambungan secara bluetooth atau wifi. Biasanya papan kekunci sebegini adalah untuk anda yang suka bergerak dan tonton skrin monitor anda dari jauh. Jadi mahu tidak mahu anda tetap memerlukan keyboard komputer jenis portable mudah alih seperti itu.
Ada pro dan kontra jika anda gunakan keyboard komputer tanpa wayar sebegitu. Pro nya adalah ianya memudahkan anda. Kontra nya pula adalah anda perlu peka dengan kapasiti bateri semasa samada masih banyak atau tidak. Ini kerana sambungan jarak jauh secara bluetooth atau wireless memang akan bergantung kepada tenaga bateri yang dibekalkannya.
Website Yang Menjual Keyboard/Papan Kekunci
- Lazada – ada banyak pilihan keyboard komputer murah di sini
- 11Street – ada banyak papan kekunci keyboard yang berkualiti dan cantik di sini
- Amazon – berminat mendapatkan keyboard untuk PC dari luar negara di sini
Antara beberapa perkara yang anda perlu lihat sebelum membeli mana mana keyboard komputer adalah seperti jenis sambungan, brand jenama, harga, kualiti, ketahanan tulisan abjad dari pudar, khas untuk gaming atau tidak, untuk desktop pc atau laptop atau tablet dan juga tentang mempunyai touchpad atau tidak. Inilah antara perkara yang menjadi pertimbangan sebelum memilih dan mencari mana mana keyboard papan kekunci untuk komputer di rumah anda. Dari pengalaman saya sendiri, keyboard komputer dari jenama Logitech memang terbaik, sedap dipakai dan harganya pula tidak mahal mana.
The post Keyboard Komputer Yang Sedap Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.