Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Cara Borong Barang China Secara Online

$
0
0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia yang mahu berniaga secara online. Kalau dulu sebelum ini antara masalah yang paling kerap kita dengar adalah tentang tidak ada barang atau tidak tahu hendak berniaga atau menjual apa. Dan masalah tersebut nampaknya sedikit selesai apabila ramai mula sedar yang masalah produk boleh sahaja mereka beli atau ambil dari negara China. Namun bukan semua orang boleh pergi ke negara China, mencari dan membeli di sana. Kebanyakkan akan belajar dan mengambil peluang untuk borong barang China secara online melalui website di internet. Anda tahu caranya?

Kali ini kita tidak mahu bercerita tentang pergi ke negara China dan anda borong sendiri di sana. Kita mahu berkongsikan dengan anda tentang cara untuk anda borong barang China secara online sahaja. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh sahaja membeli barang buatan dari negara China melalui internet sahaja. Yang penting anda tahu di website manakah yang boleh anda pesan barangan tersebut. Anda kena tahu website eCommerce “wholesale” yang dipercayai untuk anda memesan produk barangan yang anda mahukan.

Antara produk murah dari Taobao China yang dijual melalui website eCommerce Lazada Malaysia

Antara produk murah dari Taobao China yang dijual melalui website eCommerce Lazada Malaysia

Website Untuk Borong Barang China Melalui Internet

Sebagai permulaan, anda janganlah terus pesan borong secara besar. Anda boronglah secara kecil kecil dahulu. Selepas berjaya dapat barang dan membina hubungan dengan pemborong dengan yakin, barulah anda boleh meningkatkan pesanan anda sedikit demi sedikit. Ini adalah langkah terbaik bagi mengurangkan risiko anda kena tipu oleh penjual dari negara China. Maklumlah dunia internet, anda bukan boleh kenal siapa penipu dan siapa yang jujur berniaga dengan anda. 

Anda boleh borong barang China secara pukal dan juga murah di website Alibaba

Anda boleh borong barang China secara pukal dan juga murah di website Alibaba

Di China terdapat banyak sekali website untuk anda borong barang China secara terus melalui internet. Namun saya akan perkenalkan anda dengan beberapa laman website sahaja untuk anda fokus dengannya. Di bawah ini adalah antara website yang saya cadangkan iaitu.

Senarai Website Untuk Borang Barang Murah Dari China

  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. 
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba.
  • Taobao – website untuk beli barang murah China paling terbaik
  • 1688 – website borong barang China murah yang popular
  • TMall – website borong barang China murah yang popular
  • JD – website borong barang China murah yang popular
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
  • EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM
  • TaoBao+Lazada – anda boleh beli barang dari Taobao melalui Lazada Malaysia

Sekarang anda sudah tahu apakah laman web borong barang China yang selalu orang Malaysia akan lawat jika mereka ingin mengimport produk barangan secara banyak (pukal) dengan harga jauh lebih murah untuk dijual semula di Malaysia. Anda lawat setiap website di atas kemudian bandingkan harga yang mereka tawarkan. Dan kemudian anda banding semula harga yang dijual oleh peniaga di Malaysia. Saya pasti anda akan terkejut dengan jumlah peratusan keuntungan yang mereka dapat. Jika mereka boleh, saya pasti anda juga boleh. Bye.


>>> Dapatkan eBook Panduan TaoBao Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Cara Borong Barang China Secara Online appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles