Saya memang tidak berpengalaman menggunakan microwave sejak sebelum kahwin lagi. Dan selepas berkahwin, saya telah mendapat hadiah perkahwin iaitu sebuah microwave. Dan itulah kali pertama saya sendiri menggunakan microwave. Dan sejak menggunakannya, secara peribadi saya berpendapat yang ianya ada kegunaan dan kebaikkanya yang tersendiri. Mudah cerita, bagi keluarga yang sibuk dan kerap menyimpan makanan yang telah dimasak dalam peti ais sangat sangat berguna ketika mahu memanaskan kembali masakan yang disimpan dalam peti sejuk.
Terlebih dahulu perlu saya ingatkan, yang microwave bukanlah satu alat yang terlalu bagus untuk anda kerap menggunakannya. Cuba anda perhatikan maksud di sebalik perkataan “micro” dan juga “wave” ini? Di dalam bahasa melayu, ianya bermaksud gelombang micro. Proses memasak dan memanaskan makanan adalah dengan menggunakan teknologi gelombang micro. Pasti akan ada sebab kenapa ianya dipanggil sebegitu. Dari perkongsian di internet, anda boleh gunakannya tetapi jangan jadikan ianya sebagai satu kelaziman.
Keperluan Menggunakan Microwave
Menurut kajian, proses memanas makanan dari yang sejuk dari peti ais memang agak cepat menggunakan microwave. Kalau anda ada masa, sila panaskan masakan anda menggunakan kuali adalah lebih baik. Malah protein dan nutrien akan lebih terjaga berbanding menggunakan microwave yang jelas merosakkan dan mengurangkan khasiat makanan itu sendiri. Bukan saya yang kata, tapi kajian dari pakar sendiri menunjukkan begitu.
Akan tetapi janganlah anda berasa takut hendak menggunakan microwave pula. Ianya bukan satu kesalahan besar. Yang di nasihatkan adalah mengurangkan kekerapan dalam menggunakannya sahaja. Kalau anda tidak ada masa, anda boleh sahaja panaskan makanan anda menggunakan microwave. Kalau anda ada masa, maka panaskanlah makanan anda menggunakan dapur gas di rumah anda. Itu sahaja. Cuma, janganlah anda panaskan makanan menggunakan ketuhar oven pula, hehe.
Website Yang Ada Menjual Microwave
- Lazada – ada sangat banyak pilihan microwave yang bagus di sini
- 11Street – ada banyak pilihan microwave oven yang berkualiti di sini
- Senheng – di sini juga terdapat banyak microwave yang terbaik untuk anda
- Amazon – ada banyak ketugar gelombang micro berkualiti luar negara di sini
Teknologi ada kebaikkan yang didatangkan darinya. Cumanya anda kena pandai guna dan faham kenapa ianya dilarang atau digalakkan sebegitu. Macam makanan mee segera juga. Boleh sahaja makan, tetapi pakar melarang kita makan mee segera dengan kerap betul tidak? Itulah maksudnya. Saya sendiri di rumah mempunyai microwave untuk saya gunakan ketika hendak cepat. Kalau anda berminat, sila dapatkan microwave anda melalui website di atas ini. Sekian.
The post Panaskan Masakan Mudah Dengan Microwave appeared first on eCommerce In Malaysia.