Untuk tahun 2014 ini aku akan membuat artikel berkala tentang Komisen Affiliate setiap bulan (insyaallah), tentang prestasi buat duit online dari program affiliate. Aku bukanlah pakar didalam affiliate. Dan sumber pendapatan affiliate pula adalah dari blog 100%. Aku tahu diluar sana ada banyak kaedah yang boleh buat duit dengan banyak dan kencang. Aku rasanya belum lagi mampu sampai kesana. Aku memang jenis perlahan. Buat satu persatu dulu. Seperti artikel kau yang sebelum ini, iaitu ada dikalangan blogger sempena tahun 2014 ini ramai juga yang mula ada “blog kedua” yang marketnya untuk tujuan buat duit online.
Alhamdulillah, jumlah keseluruhan komisen untuk bulan Januari ini adalah RM390. Sikit jer kan. Rasanya kawan kawan lain lagi banyak. Tetapi aku bersyukur lah. Ni baru permulaan dan sudah tentu jika aku melalui jalan yang panjang aku akan dapat lebih dari ini. Selepas blog antara target kaedah untuk aku buat duit dengan affiliate adalah dengan melalui mailing list. Kenapa aku rasa begitu? Ini kerana apa yang aku perasan dan sedar, bila jer ada affiliate baru ramai otai yang kata nak “BLAST LIST” dan sebagainya dan selepas itu otai otai tersebut pun terus menduduki carta pertama jualan. So aku rasa itulah rahsianya.

Komisen Affiliate Januari 2014
Komisen Affiliate Dari Blog Malaysia
Blogger seharusnya mempunyai blog dan juga berkebolehan menjual melalui social networking. Aku tidak pakar didalam bidang social networking ni dan hanya tahu cara melalui blog sahaja. Tetapi aku tahu dan sedar yang kaedah lain ada lagi yang hebat. Kalau ada rakan yang pandai boleh sekiranya beri tunjuk ajar kepada kami yang newbie ini.. Untuk pengetahuan korang sebenarnya product affiliate ni ada banyak lagi diluar yang bukannya didalam Ashadee. Cumanya untuk product diluar ni kena cari yang berkredibiliti dan kita tidak mahu nanti kita tidak dibayar apabila ada jualan dari kita. Alhamdulillah setakat ini aku tidak pernah lagi jumpa dengan product affiliate yang tidak membayar komisen affiliate kepada peserta.
Adakah korang blogger baru? Meminati dan ingin belajar tentang selok belok akan cara buat duit dengan affiliate? Korang boleh singgah melalui link yang aku berikan. Dan untuk makluman blogger baru, buat duit online bukan semata mata hanya dengan affiliate sahaja. Ada banyak lagi peluang buat duit. Cumanya yang sinonim dengan blog sudah tentu adalah affiliate. Dan aku “RASANYA” hendak mencuba buat duit dengan affiliate luar negara. Cemburu aku dengan nilai duit USD yang dipaparkan. Korang rasa boleh ke blog Malaysia buat duit dengan afifliate yang bernilai USD nih? Apa apa pun aku bersyukur yang Komisen Affiliate aku untuk bulan Januari ni bernilai RM390. Bye