Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Kasut Safety Shoes Yang Bagus Dan Murah

$
0
0

Kalau anda bekerja dalam sektor swasta amnya seperti perkilangan, kebanyakkannya memang akan mewajibkan pekerjanya untuk memakai kasut bercirikan keselamatan. Ada yang bertujuan untuk tahan hentakkan, tidak mudah licin, selamat dari arus elektrik, cas elektrostatik sekirangan kerja di kilang elektronik dan sebagainya. Mudah cerita, tujuan utama adalah kerana mahu memberikan keselamatan lebih terhadap kaki pekerja. Antara 2 kasut bercirikan keselamatan adalah seperti safety shoes dan juga safety boots. Harap anda dapat bezakan antara “shoes” dan juga “boots” ya. Kalau majikan anda mewajibkan anda untuk memakai kasut safety, di manakah tempat yang boleh anda cari dan beli? Dan berapa pula harganya.

Saya bekerja dalam sektor perkilangan industri elektronik. Jadi ada 2 jenis kasut yang saya perlu beli. Yang pertama adalah kasut safety boots yang keras pada hadapan jari kaki. Ini penting bagi melindungi kaki saya sekiranya saya perlu mengangkat atau memindahkan produk yang berat. Jadi sekurang kurangya kasut sebegini dapat memberikan sedikit perlindungan dan kurang kecederaan sekiranya berlakunya kemalangan. Dan kasut yang kedua pula adalah “esd shoes” yang dibuat khas bagi membuang cas cas elektrostatik yang boleh merosakkan komponen elektronik.

Harga kasut keselamatan safety yang dijual di pasaraya

Harga kasut keselamatan safety yang dijual di pasaraya

Beli Kasut Safety Shoes Online

Jadi sememangnya ada sebab kenapa majikan kita menyuruh kita untuk memakai kasut safety sebegini. Cumanya kebanyakkan majikan memang akan membekalkan dan memberikan kasut safety ini secara percuma. Malah kalau rosak mereka akan menggantikan kasut safety yang lama dengan yang baharu. Tetapi ada juga company syarikat yang hanya memberikan kasut safety sepasang sahaja untuk setiap 1 tahun. Kalau sudah rosak sebelum masanya, para pekerja kena membeli atau membayar sendiri kasut safety yang baharu tersebut. Kalau terpaksa beli, mahalkah harganya?

Pelbagai jenis design dan jenama kasut safety yang banyak dijual di website Lazada Malaysia

Pelbagai jenis design dan jenama kasut safety yang banyak dijual di website Lazada Malaysia

Senarai Website Yang Menjual Kasut Safety Shoes/Boots

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan saiz, jenis, design dan fungsi untuk anda pilih
  • 11Street – pilihan terbaik selepas Lazada jika anda tidak jumpa apa yang anda cari
  • Amazon – kalau sukakan produk buatan luar negara, anda boleh beli di sini
  • Aliexpress – China sekarang banyak juga produk kasut dengan rekaan yang menarik

Gambar pertama di atas adalah gambar sebenar kasut safety yang saya ambil di pasaraya. Rata rata harga yang dipaparkan adalah dalam RM59 sepasang. Kalau saya buat carian di Lazada Malaysia misalnya, kasut safety boots/shoes ada yang di bawah RM50 dan di atas RM50. Lihat pada kualitinya. Kalau anda ada masa, boleh cari di pasaraya shopping complex yang terdekat dengan rumah anda. Kalau malas, anda lawat sahaja laman website eCommerce yang saya kongsikan di atas ini untuk anda cari dan beli kasut safety yang anda mahukan secara online melalui internet. Apa pun selamat bekerja dengan selamat. Bye

The post Kasut Safety Shoes Yang Bagus Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles