Prudential BSN Takaful Insurance - Siapa disini (pembaca) ada personal insurance (insurans peribadi)? Soalan ini bagaimanapun ianya berbalik kepada keperluan, kekuatan kewangan dan juga kefahaman bagi pandangan aku. Dulu kawan aku pernah bagitahu aku yang “kenapa perlu medical card? Sebab kau nak masuk hospital tanpa bayar duit ker? Kalau sebab itu baik kau pergi hospital kerajaan, bayar pun RM1 jer, kira free lah. Buat apa perlukan medical card ni. Lagipun hospital kerajaan sekarang pun dah terbaik dan semua boleh buat, kiranya nak apa semua ada”. Itulah kata kata yang membuat aku tersentak sedikit dan dalam masa yang sama ada benarnya. Aku setuju.
Apa yang dikatakan adalah betul dan sebab itulah kenapa aku menjelaskan ianya bergantung kepada Keperluan, Kekuatan Kewangan dan juga Kefahaman seseorang itu. Ada orang awal awal dah tolak apabila mendengarkan akan “personal insurance”. Kerana apa? Kerana persepsi yang negatif iaitu membazir dan juga tidak nampak keperluan menggunakannya kerana “tidak sakit”. Aku pun sama begitu waktu dulu. Tidak boleh nak salahkan siapa kerana keperluan untuk menggunakan insurans peribadi ini dilihat sebagai salah satu bebanan tambahan setiap bulan yang di rasakan mahal. Aku setuju kalau ianya memang mahal
Aku dulu pernah ada personal insurance pada tahun 2007/2008. Dan kebetulan sudah setahun aku mengggunakannya dan Malaysia mengalami kegawatan ekonomi menyebabkan aku sebagai “pekerja swasta” menerima kesan ketara didalam bab gaji. Kesan kepada gaji menyebabkan aku “terminate” dan tidak lagi menggunakan insurans peribadi akibat bebanan kewangan.

Prudential BSN Takaful Medical Card
Keperluan Prudential BSN Takaful Bagi Swasta
Kini aku mengambil semula polisi personal insurance. Kenapa aku memerlukannya. Jawapan mudah yang boleh aku beri adalah aku adalah seorang pekerja swasta. Ada beza antara pekerja awam dan swasta. Bagi pekerja disektor awam kerajaan, kecil atau besar gaji korang, kalau korang mengalami sakit, selalunya kos akan ditanggung atau paling kurang korang hanya membayar sedikit dan ditambah lagi dengan jaminan kerja dan skim pencen. Berbeza pula bagi swasta, mungkin syarikat yang besar mampu menanggung kos rawatan tetapi bukan dalam tempoh yang lama dan kalau korang bekerja disyarikat biasa, faham faham sahaja lah. Tiada jaminan kerja dan perlindungan yang sewajarnya. Maka salah satu jalan bagi mengurangkan kesan kepada kewangan, maka insurans peribadi ini dilihat menarik lebih lebih kepada sektor swasta. Maka aku mengambil dan memilih polisi dari Prudential BSN Takaful
Apa Ada Pada Prudential BSN Takaful Medical Card
Aku mengambil polisi dari Prudential BSN Takaful adalah kerana tawaran Saving dan juga Medical Card yang disediakan. Senang cerita aku membayar untuk “MENYIMPAN” dan juga untuk mendapat benefit kelebihan “MEDICAL CARD” untuk rawatan di hospital. Bagi pekerja swasta, apabila “cuti”, maka cuti itu tidak bergaji jika masuk hospital kerana sakit kerana polisi medical card dari Prudential BSN Takaful akan membayar wang seperti gaji setiap hari kepada korang jika masuk wad di Hospital KPJ sebagai contoh. Kalau korang dimasukkan kedalam wad selama 5 hari maka korang akan mendapat duit untuk 5 hari. Bukankah ini sangat baik dan sangat membantu bagi pekerja swasta apabila terpaksa cuti untuk tidak bekerja.
Aku tidak mahu menjelaskan secara terperinci akan kegunaan dan keperluan insurans Prudential BSN Takaful ini. Cumanya point dan isi penting kenapa aku memerlukan dan suka dengan insurans peribadi dari Prudential BSN Takaful dan ditambah dengan medical kad yang disediakan adalah “Simpanan” dan juga “Benefit Hospital”. Dua point Kelebihan Prudential BSN Takaful ini sudah cukup untuk aku membuat keputusan dan bersetuju menggunakan personal insurance ini. Korang bagaimana. Ada yang pakai atau ada yang pakai dari product insurance selain Prudential BSN Takaful?
Hubungi Agen Prudential BSN Takaful Bahagian Pulau Pinang ;