Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Kedai Buku Online Melayu Popular Diskaun Hebat

$
0
0

Kedai buku online melayu – Sekarang sudah mula trend terkini ramai suka untuk membeli buku secara online. Semua ini adalah gara gara dari kempen promosi berterusan dari pihak BookCafe.com.my. Saya sendiri sudah terbeli sebanyak 12 buah buku kerana kempen promosi yang hebat mereka lakukan. Yang menarik sudah tentulah kerana diskaun hebat yang mereka tawarkan. Sehingga kini, saya merasakan hampir tiada bulan yang tidak ada promosi yang mereka jalankan. Kalau kena dengan tarikh atau hari khas tertentu, anda boleh dapatkan buku dengan harga RM1 dan juga diskaun hebat sebanyak 50% dan ke atas. Wow.

Kalau anda buat carian di internet, saya pasti anda akan menemui beberapa kedai buku online yang menjual buku yang anda mahukan. Tetapi kalau anda mahu beli buku dengan harga promosi, saya galakkan anda untuk ke kedai buku online melayu dari BookCafe.com.my ini. Saya tahu, setiap kedai buku online ada kelebihannya masing masing. Kadang kala buku yang anda mahukan itu tiada di kedai tersebut. Maka anda mencarinya di kedai lain. Tapi beri dahulu kesempatan buat BookCafe.

Website kedai buku online melayu dari BookCafe menawarkan diskaun paling tinggi

Website kedai buku online melayu dari BookCafe menawarkan diskaun paling tinggi

Toko Kedai Buku Online Melayu Malaysia Popular

Pengalaman saya membeli buku di kedai buku online melayu BookCafe ini adalah baik. Proses penghantaran hanya mengambil masa 3-5 hari bekerja sahaja. Buku yang sampai adalah baik dan yang lebih menarik ianya di balut dengan bungkusan “bubble wrap” yang akan memastikan buku tidak akan basah terkena air. Saya sangat berpuas hati. Untuk pengetahuan anda, BookCafe ini adalah di bawah rangkaian syarikat popular iaitu PTS Media Group Sdn Bhd. Anda pernah dengar bukan?

Jualan buku di Malaysia nampak semakin rancak semula apabila pihak syarikat pengeluar buku bahasa melayu mula mengambil berat akan keperluan berniaga di atas talian internet. Kini sudah puluhan ribuan buku terjual secara online. Malah proses belian juga pantas dan memudahkan. Yang paling baik, ianya membantu industri bisnes online untuk berkembang dengan lebih baik di Malaysia ini.

Website Yang Menjual Buku Penulis Melayu Secara Online

  • BookCafe – sebuah website portal buku terbaik dan terbesar di Malaysia
  • Lazada  – ada sangat banyak koleksi buku pelbagai genre kategori di Malaysia

Tidak semua tempat tinggal ada toko kedai buku. Dan ramai pula yang kurang rajin untuk berjalan untuk membeli buku walaupun suka membaca buku. Jadi dengan adanya kedai buku online melayu sebegini, maka ianya membantu anda dan saya sendiri untuk membeli buku yang disukai hanya dari rumah secara online. Jadi apa yang anda tunggu lagi, mari lawat kedai buku online sekarang dengan klik link di atas ini. Selamat membeli buku secara online.

The post Kedai Buku Online Melayu Popular Diskaun Hebat appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles