Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Betulkah Kuali Tefal Tidak Melekat Apabila Menggoreng

$
0
0

Dulu dulu saya selalu juga tonton tv dan rancangan memasak. Dan yang selalu saya perasan adalah penggunaan periuk dan juga kuali yang tidak melekat. Pada masa itu kita terfikir yang periuk kuali jenis macam ini pasti mahal harganya. Hanya orang kaya dan berduit sahaja yang mampu membelinya. Itu adalah apa yang saya fikir sehingga ke hari ini. Pada ketika ini, saya banyak juga perasan akan iklan dari jenama TEFAL. Mereka menjual periuk dan kuali buatan Itali yang dikatakan terbaik dan sudah tentu tidak melekat ketika menggoreng makanan. Menarik. Dan kebetulan isteri mengajak membeli kuali tefal di Rantau Panjang Kelantan.

Ibu mertua saya ada membeli kuali jenama tefal ini di zon bebas cukai Rantau Panjang Kelantan. Dan beliau beli ketika itu dengan harga RM50 sahaja. Memang murah. Dan isteri saya pula berkeinginan untuk mendapatkan kuali brand tefal ini juga. Oleh kerana laluan hendak balik ke kampung di Terengganu juga melalui jalan yang sama ke Rantau Panjang, saya mengikuti juga keinginan isteri untuk membeli kuali tefal tersebut. Hendak juga lihat betulkah memang tidak melekat kalau kita menggoreng makanan. Itu niat saya.

Saya beli periuk kuali Tefal murah di Rantau Panjang Kelantan

Saya beli periuk kuali Tefal murah di Rantau Panjang Kelantan

Kuali Tidak Melekat Adalah Kuali TEFAL

Dan setelah sampai ke sana. Kami beli 1 kuali tefal dengan harga RM75. Kenapa berbeza harga dengan apa yang ibu mertua saya beli? Bila di check kembali, rupanya rekaan design dan model kuali tefal yang ibu mertua saya beli dengan apa yang isteri saya beli adalah berbeza. Model kuali tefal yang isteri saya beli adalah yang paling terbaru. Jadi saya boleh terima akan perbezaan harga tersebut. Kita tidak mahulah kalau kita nanti ditipu oleh peniaga. Alhamdulillah, pembelian tersebut berbaloi.

Website Yang Menjual Kuali Tefal

  • Lazada – website official Tefal di Malaysia adalah di website Lazada
  • 11Street – ada banyak produk tefal dijual secara bundle di sini
  • Amazon – anda juga boleh dapatkan periuk tefal ori di sini

Setelah sampai ke rumah. Yang pertama saya cuba goreng adalah menggoreng telur. Jujur cakap memang tidak melekat. Dan selepas itu saya gunakan kuali tefal untuk menggoreng ikan pula pada ke esokkan harinya. Memang tidak melekat. Selalunya kita akan ada masalah untuk menggoreng ikan kerana ikanlah yang selalu melekat di kuali kita. Dan ketika menggunakan kuali tefal tersebut, memang ikan tidak melekat langsung. Boleh dibalik balikkan dengan mudah. Dan dari pengalaman ringkas ini, saya sudah jatuh hati dengan periuk dan kuali brand jenama TEFAL. Tidak mahal sebenarnya. Dan untuk membeli kuali tefal ini dengan harga murah, saya cadangkan anda untuk mendapatkannya secara online melalui link website di atas ini. Selamat mencuba.

The post Betulkah Kuali Tefal Tidak Melekat Apabila Menggoreng appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697