Zaman sekarang, kalau kita bertanya apakah telefon pintar smartphone keluaran dari China yang berkualiti tinggi. Kita akan sebut ianya adalah seperti Huawei, Oppo, Vivo dan juga Xiaomi. Dan antara ke semua brand jenama ini, hanya Xiaomi yang paling berjaya dalam memberikan penawaran harga yang paling rendah dan menarik. Namun, smartphone Xiaomi juga mengeluarkan smartphone dalam 2 kategori iaitu Xiaomi Mi untuk prestasi tinggi dan Xiaomi Redmi bagi kelas pertengahan, sederhana dan ke bawah. Pada kali ini, pihak Xiaomi telah melancarkan smartphone Xiaomi Mi Note 3 mereka. Anda berminat?
Samsunglah yang memulakan trend smartphone yang bersiri “NOTE” dengan kategori saiz skrin yang lebih lebar, luas dan besar. Dan pihak Xiaomi juga adalah mengeluarkan kategori ini. Saya sendiri adalah pemilik Xiaomi Redmi Note 3. Walaupun ianya dalam siri kelas pertengahan sederhana. Jujur cakap, saya berpuas hati dengan prestasi bateri dan cpunya yang bagi saya sudah cukup berkuasa. Tiada lag. Itu baru tentang Xiaomi dengan kelas redmi. Bagaimana dengan Xiami dalam kelas “Mi” yang berprestasi tinggi ini seperti Xiaomi Mi Note 3 ini?

Spesifikasi Xiaomi Mi Note 3
Beli Smartphone Xiaomi Mi Note 3
Ada 2 perkara bagi saya yang saya kurang berpuas hati dengan Xiaomi Redmi Note 3 saya iaitu prestasi kamera yang kurang memuaskan dan kualiti rakaman audio yang kurang bagus. Rata rata pengguna memang mengatakan kamera Redmi Note 3 tidak bagus. Saya jenis yang suka rakam suara ketika berhibur karaoke. Kualiti rakaman memang out. Tetapi kita boleh faham, kategori redmi note 3 memang pada tahap sederhana. Bagaimana pula dengan Xiaomi Mi Note 3 pula? Sudah tentu kamera diberikan sentuhan yang baik. Kalau tidak, tidak mungkin diberikan sistem dwi-kamera. Malah pembesar suaranya pula adalah STEREO. Memang terbaik.
Spesifikasi Handphone Xiaomi Mi Note 3
- Saiz skrin 5.5 inch
- CPU dari Snapdragon 660 Octa-core
- GPU dari Adreno 512
- Saiz RAM adalah sebanyak 6GB RAM
- Internal storage adalah 64/128 GB
- Kamera belakang Dual 12 MP. Kamera hadapan 16 MP
- Sistem audio adalah Stereo
- Kapasiti bateri dengan saiz 3500 mAh
- Harga jualan di Malaysia di anggarkan sekitar RM1612
Website Untuk Membeli Xiaomi Mi Note 3
- Lazada – website Lazada memang mudah untuk beli produk Xiaomi
- 11Street – salah website yang ramai orang Malaysia gunakan
- Amazon – website luar negara yang terpercaya untuk membeli smartphone
Ramai yang merasakan kapasiti bateri seperti tidak cukup. Anda kena faham, apabila penggunaan chipset CPU yang baharu, itu bermakna cpu tersebut lebih berkuasa dan lebih jimat penggunaan bateri berbanding sebelumnya. Dan dengan sistem pengecasan pantas, masalah bateri cepat habis adalah masalah kecil. Dari pandangan saya, rekaan design Xiaomi Mi Note 3 memang sangat cantik. Harganya pula tidak melebihi paras RM2000 dan ke atas tetapi dapat menikmati spesifikasi hampir setanding dengan apa yang diberikan oleh telefon pintar flagship. Berminat? Dapatkan smartphone anda secara online dengan klik link di atas ini. Bye.
The post Xiaomi Mi Note 3 Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.