Selalu juga saya ikuti perkembangan semasa perihal telefon pintar iaitu smartphone android dan juga iPhone. Kalau ikutkan hati, kalau ada duit memang teringin sangat hendak mendapatkan telefon canggih yang mahal mahal. Tetapi kalau lihatkan tawaran harga terkini, smartphone yang dikategorikan sebagai “flagship” ini menjadi terlalu mahal. Kalau beberapa tahun lepas, telefon paling mahal pun dalam sekitar RM2000 lebih sahaja. Untuk tahun 2017, harga smartphone high end sudah menjadi RM3900. Terlalu mahal. Sudah sama harga dengan sebuah laptop berkuasa tinggi. Pilihan yang ada adalah, beli smartphone tersebut dengan kaedah ansuran instalment. Itu sahaja caranya.
Sekarang saya memakai dan menggunakan smartphone Xiaomi Redmi Note 3. Saya cukup berpuas hati. Ini kerana ada 3 faktor kenapa sebab saya memilih smartphone yang diinginakan iaitu skrin bersaiz 5.5 inch, mempunyai kamera dengan megapixel yang bagus dan juga ketahanan jangka hayat bateri yang lama. Alhamdulillah, Xiaomi Redmi Note 3 memang ada semua yang saya mahukan. Cumanya bile bercakap soal kekurangan, Xiaomi Redmi Note 3 memang tidak bagus dari kualiti kameranya. Itu sahaja.
Bagaimana Beli Smartphone Dan Bayar Secara Hutang Ansuran
Jadi kalau saya perlu beralih kepada telefon pintar android yang mempunyai spesifikasi tinggi tetapi tidak berkemampuan dari segi wang bajet. Cara yang boleh saya lakukan untuk memilikinya adalah dengan beli smartphone menggunakan kaedah ansurans iaitu installment. Kalau boleh jangan berhutang dengan kaedah kredit AEON dan sebagainya. Anda akan rugi wang anda dengan “banyak” dalam bentuk interest. Jimatkan hutang anda dengan menggunakan kad kredit. Kalau boleh cari yang berikan pilihan ZERO Interest dan boleh bayar secara instalment 6-12 bulan.
Website Yang Menjual Smartphone Ansuran
- Lazada – buat masa ini hanya kredit kad maybank di terima
- 11Street – kredit kad Public Bank, Maybank dan American Express di terima
Di mana hendak beli smartphone dan bayar secara ansuran? Kalau anda berminat membeli di kedai kedai, anda boleh pergi ke sana. Kalau hendak mudah, saya sarankan anda beli handphone idaman anda itu secara online di website yang terpercaya. Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website yang boleh anda cuba dengan syarat anda mempunyai kad kredit. Jangan bimbang, sudah ramai yang membeli telefon pintar secara online dan ianya selamat tiba di tangan. Kalau anda mahu mencuba, silakan klik pada link di atas ini. Bye
The post Cara Beli Smartphone Dan Bayar Secara Ansuran Instalment appeared first on eCommerce In Malaysia.