Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 727

Bagaimana Penjual Online Memperoleh Barang Cina

$
0
0

Kalau mengikut tajuk di atas, rasanya anda tersalah faham akan tentang bagaimana penjual online kita di Malaysia ini dapat barang barang yang mereka jual murah di “China” dan bukannya dari “cina”. Harap anda dapat bezakan antara kedua dua. Saya akan jelaskan kepada anda sebentar sahaja lagi malah selepas ini anda pun dapat membeli barangan dari China dengan harga murah seperti penjual online. Saya juga akan kongsikan pengalaman rakan saya sendiri membeli barang cina.

Secara umumnya, penjual online di Malaysia boleh mengambil barang dari China dengan harga murah dari pembekal yang ada di Malaysia. Kalau di Malaysia, tempat yang boleh anda borong dengan harga murah adalah seperti di GM Plaza di Klang Selangor. Mereka sudah mengimport banyak barang dari China untuk di bawa ke Malaysia. Sebagai penjual, mereka boleh beli dari pemborong ini dan membuat jualan di kedai mereka atau secara online. Dan anda pula membeli dari mereka ini iaitu melalui peniaga online ini.

beli barang cina secara online

beli barang cina secara online

Cara Peniaga Internet Memperoleh Barang Cina

Itu adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi peniaga online yang tinggal berdekatan dengan pemborong yang ada di Malaysia ini. Bagaimana dengan mereka yang tinggal jauh atau tiada pemborong berdekatan? Jadi jalan yang terbaik bagi penjual online ini mendapatkan barang cina adalah dengan memborong terus barang dari China secara online. Bagaimana? Mereka iaitu peniaga ini selalunya akan membeli melalui website website “wholesale” di China melalui internet. Anda sudah nampak?

Tetapi persoalannya pasti anda hendak tahu akan website wholesale dari China yang manakah yang dipercayai untuk membeli barang cina dengan harga murah atau harga borong bukan? Kalau itu yang anda mahukan, saya akan berkongsi dengan anda akan senarai website borong cina yang dipercayai dan popular di kalangan peniaga online bagi menjual barang dari cina terus kepada anda. Lihat senarai di bawah ini.

Senarai 10 Laman Web eCommerce China

  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
  • Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
  • Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
  • Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
  • Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
  • EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM

Apa yang peru anda buat adalah dengan klik dan melawat laman website online shopping wholesale dari China yang saya kongsikan dengan anda. Dan anda boleh terus membeli barangan dari china yang anda mahukan secara online. Dan barang tersebut akan di pos terus ke rumah anda tanpa masalah. Cuma masa penghantaran yang di ambil agak lama sedikit mengikut servis parcel yang anda gunakan. Kini anda sudah tahu. Anda sendiri boleh beli barang cina dengan harga murah terus dari china. Selamat membeli belah.

The post Bagaimana Penjual Online Memperoleh Barang Cina appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 727

Trending Articles