Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Barang Murah Dari China

$
0
0

Anda terpaksa bersetuju dengan saya kalau saya katakan yang dulu dulu kalau kita hendak beli barang murah dari China kita mesti pergi melawat ke negara China contohnya ke GuangZhou. Anda kena ada modal dan pergi sendiri di kilang kilang di China bagi menjalankan urusniaga deal untuk terus mendapatkan harga pembekal iaitu harga borong dan juga murah. Tetapi kini anda sudah boleh untuk tidak berbuat demikian. Anda boleh mencari dan mendapatkan produk barang murah dari China secara online melalui internet sahaja. Mudah bukan?

Saya cakap cakap macam ini saya pernah ke beli barang China secara online? Saya sudah berpengalaman membeli produk barangan China melalui website di internet. Antara barang yang pernah saya beli adalah “seluar jeans”. Ada beberapa website eCommerce online shopping China yang selalu saya gunakan. Nanti akan saya kongsikan dengan anda di bawah ini nanti. Sebelum itu anda pasti hendak bertanya dan hendak tahu apakah harga barang di China betul betul murah? Atau lebih kurang sama sahaja dengan harga yang dijual di Malaysia. Mohon pencerahan? Ya boleh. Mari baca penjelasan saya ini.

Anda kini boleh beli barang Taobao online di website eCommerce Lazada Malaysia

Anda kini boleh beli barang Taobao online di website eCommerce Lazada Malaysia

Website Untuk Dapatkan Barang Murah Dari China Secara Online

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan barangan dan produk kegunaan di rumah anda yang dijual di Malaysia adalah datangnya dari negara China. Kedai dua ringgit, baldi, alat skrew driver, selipar, kasut murah, beg tangan murah, pakaian, jam tangan murah tidak berjenama, sudu, pinggan mangkuk, tupperware, barang barang di kedai diy/hardware dan pelbagai lagi semuanya datang dari negara China. Anda rasa rasa orang cina di Malaysia boleh buat untung dengan berniaga sebab apa? Sebabnya adalah kerana mereka beli barang murah dari China dan kemudian menjual harga pasaran di Malaysia. Mudah buat untung. Begitulah caranya.

Beli barang dari China harga rendah dan murah melalui internet

Beli barang dari China harga rendah dan murah melalui internet

Beli Barang Dari China Melalui Website Malaysia

Aliexpress salah satu website barang murah dari China popular

Aliexpress salah satu website barang murah dari China popular

Beli Barang Dari China Melalui Website China

  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • 1688 – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • TMall – boleh beli satu barang dengan harga borong murah

Murah sangatkah beli barang murah dari China? Ada yang murah sedikit sedikit dan ada yang murah sangat sangat. Anda baca sahaja tulisan tulisan lain artikel dalam blog ini berkenaan produk dan barang dari China. Anda akan dapati memang kebanyakkan barang dari China itu murah. Kalau anda sebagai pembeli anda akan dapat berjimat dengan banyak. Kalau anda sebagai seorang peniaga, anda akan berkemampuan untuk membuat untung dengan mudah. Saya harap perkongsian senarai website di atas ini memberikan anda akses ke laman web online shopping untuk anda mencari dan mendapatkan barang murah dari China yang anda inginkan dengan mudah. Selamat mencuba.

The post Beli Barang Murah Dari China appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles