Kajian Senarai Email Pengguna Blogger Malaysia – Semalam semasa aku membelek belek website servis Murah.my, aku terperasan pelbagai servis yang ditawarkan. Antara yang menarik perhatian aku lagi lagi bagi seorang blogger yang ingin terlibat didalam “internet marketing” adalah tentang tawaran “email blaster”. Apa itu email blaster? Email blaster adalah satu kaedah yang menggunakan semacam software untuk menghantar email ke beratus ratus kepada prospek yang diingini. Tetapi bukan itu yang aku nak cerita. Baca dibawah ini.
Bila terfikir dan teringat pasal email, aku terfikir, ada “internet marketer” iaitu pemain atau bisnes online, mereka mencuba pelbagai cara untuk mempromosikan product mereka seperti melalui blog, facebook, twitter, iklan di google, iklan di facebook, dan juga kaedah email. Yep, tepat sekali. Sepanjang aku berblogging, antara kelemahan aku didalam apa apa pemasaran online adalah kaedah pemasaran online melalui email. Aku langsung tidak tahu dan tidak faham bagaimana ianya berfungsi untuk meningkatkan jualan.

Email Blogger Malaysia
Soalan pertama aku adalah, bagaimana mereka mendapatkan senarai email pengguna Malaysia? Bukan satu dua, tetapi ratusan malah mendekati ribuan atau lebih aku tidak tahu. Jadi dengan menggunakan sedikit kepakaran yang tidak didedahkan kepada blogger umum, nampaknya internet marketer mampu me-viralkan product beliau ke ratusan email pengguna yang beliau targetkan. Aku lemah didalam bab dan hal ini.
Statistik Pengguna Email Blogger Malaysia
Jadi kesimpulannya, aku terfikir ingin membuat kajian melalui blog aku sendiri. Apa aku buat? Aku telah “browse” komen di blog aku sebanyak 50 muka surat. Didalam 50 halaman komen itu telah aku ambil copy paste semua senarai email para komen yang komen diblog aku. Dibawah ini adalah analisis dan statistik yang aku buat berdasarkan 50 halaman komen di blog aku:
1. 60 para komen (blogger) menggunakan email dari Gmail
2. 27 para komen (blogger) menggunakan email dari Yahoo
3. 5 para komen (blogger) menggunakan email dari Ymail
4. 4 para komen (blogger) menggunakan email dari Hotmail
5. 9 para komen (blogger) menggunakan email dari Hosting/domain sendiri
Jadi, berdasarkan kajian ringkas terhadap 50 halaman komen di blog aku sendiri, aku dapat rumuskan majoriti blogger menggunakan akaun gmail berbanding yahoo mail. Malah kita dapati pengguna akaun gmail adalah 2x ganda dari akaun yahoo mail. Aku sendiri sebagai pengguna kedua dua akaun. Dengan kata lain, product google seperti gmail, analytic, G+, adsense, webmaster dan sebagainya dari pihak google menyebabkan google mail lebih digemari kerana membawa semua product didalam satu akaun sahaja. Aku sendiri menyukai google.
Kebaikkan lain apabila aku membuat statistik ini, secara tidak langsung aku telah berjaya mengumpulkan 105 senarai email yang aku dapati dari blog aku ini. Dan senarai ini aku simpan didalam list untuk kegunaan masa hadapan nanti. Manalah tahu apabila aku ingin mewar war kan sesuatu tentang berita, entry, product, contest atau apa apa sahaja boleh terus sahaja aku hantar email kepada 105 blogger yang aku dapat ini. Mudah dan senang bukan. Jangan risau aku tidak akan men-spam atau mendedahkan email rakan rakan blogger. Kita jadi blogger biar berhemah dan professional. Kawan suka, blog pun ceria…