Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Bercuti Di Bukit Merah LakeTown Waterpark

$
0
0

Sebenarnya saya pernah berkunjung ke bukit merah Perak ini sebelum ini tetapi hanya membuat lawatan ke Pulau Orang Utan Perak untuk melihat orang utan secara lebih dekat. Dan pada raya ke-5 pada tahun ini, semasa perjalanan pulang dari Johor ke Pulau Pinang, tiba tiba isteri saya memberikan idea untuk mencuba dan bermandi manda di kolam buatan di bukit merah laketown waterpark Perak. Oleh kerana sudah hampir dekat dengan lokasi tersebut, saya terus bersetuju dan membelokkan kereta ke susur keluar untuk bermandi manda di kolam buatan bukit merah tersebut. Ketika kami masih belum mempunyai anak buat masa ini, inilah masanya yang paling sesuai kami menghabiskan masa bersama.

Berapa harga tiket untuk masuk ke bukit merah laketown waterpark ini? Ada 2 pakej yang disediakan. Saya hanya ambil pakej biasa sahaja. Pakej yang biasa adalah tiket kemasukkan ke kawasan waterpark iaitu kawasan untuk bermandi manda dan juga ecopark iaitu kawasan untuk melihat binatang. Anda tidak boleh pilih ke waterpark sahaja. Memang pakej tersebut disekalikan sekali. Kalau hari biasa, harga tiket adalah RM45-RM50 seorang. Oleh kerana promosi hari raya, harga tiket adalah RM30 seorang.

Pintu masuk ke bukit merah laketown waterpark

Pintu masuk ke bukit merah laketown waterpark

Apa Yang Ada Di Bukit Merah LakeTown Waterpark

Ada kos kos tambahan lain yang anda akan kena selain dari kos membeli tiket kemasukkan. Kos kos tambahan tersebut adalah seperti kos parking kereta, kos menyewa pelampung besar dan kos untuk locker simpan barang beg anda. Kos parking adalah wajib. Kos pelampung dan locker adalah mengikut keperluan anda samada mahu atau tidak. Jadi apakah yang menarik yang ada di kawasan bukit merah laketown waterpark ini? Di bawah ini saya ringkaskan mengikut apa yang saya nampak ada di sediakan di bukit merah laketown waterpark ini iaitu;

Perkara Menarik Di Bukit Merah LakeTown Waterpark

  • Waterpark – kawasan untuk bermandi manda. Ada 3 kawasan kolam mandi besar
  • Ecopark – kawasan untuk melihat hidupan binatang
  • Pulau Orang Utan – sebuah pulau untuk melihat kehidupan mamalia orang utan
  • Basikal – boleh menyewa basikal untuk menaiki basikal
  • Ada kawasan tempat makan yang biasa dan juga buffet
  • Ada kedai cenderahati
  • Ada kayak, canoe
Kawasan ecopark untuk melihat binatang di bukit merak Perak Malaysia

Kawasan ecopark untuk melihat binatang di bukit merak Perak Malaysia

Website Untuk Membooking Tiket Bas/Hotel

Rasanya ada lebih banyak lagi perkara menarik di bukit merah laketown waterpark. Lagi pula saya hanya mengambil pakej biasa yang hanya menawarkan 2 tempat untuk dilawati. Kalau anda ambil pakej lebih besar, ada 5 kawasan yang anda perlu lawati dan cuba. Jadi sudah tentu lebih berbaloi. Setelah ke sana secara ringkas, apakah tanggapan, review dan rating yang boleh saya berikan untuk bukit merah laketown waterpark ini? Adakah ianya menyeronokkan? Sesuai untuk keluarga? Kalau anda sukakan suasana mandi manda yang santai dan tidak bersesak sesak dengan orang lain, tempat ini sesuai untuk keluarga anda. Skor rating markah yang saya boleh berikan untuk bukit merah laketown waterpark ini adalah 3.5/5. Bye

The post Bercuti Di Bukit Merah LakeTown Waterpark appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles