Pernah tidak anda mendapat pesanan dari rakan atau keluarga meminta anda untuk membelikan tiket bas ekspress untuk mereka. Dan anda terasa malas untuk ke stesen bas hanya untuk bertanya samada tiket masih ada atau sudah dijual (sold out). Atau anda sendiri mungkin malas untuk pergi membeli tiket bas. Jadi cara yang mudah adalah dengan membuat panggilan telefon atau beli tiket bas secara online. Saya pasti tidak ramai yang tahu nombor telefon perkhidmatan bas bukan? Jadi mahu tidak mahu, yang paling mudah adalah beli tiket bas melalui internet.
Saya pun membuat carian di internet berkenaan hal ini. Ini kerana saya memang sejak dari dulu membeli tiket bas dengan datang ke kaunter tiket bas. Namun ada satu hal yang sangat menggangu iaitu ulat tiket bas. Walaupun saya katakan tidak mengapa dan saya boleh mencari sendiri, mereka tetap mengikuti dan bertanya hendak ke masa. Jadi saya terfikir apakah tiada perkhidmatan online untuk memesan tiket bas ekspress secara atas talian. Rupanya ada.

Perbandingan harga tiket bas ekspress yang murah dari Cepat & Cekap Express melalui website beli tiket bas online
Beli Tiket Bas Ekspress Online
Katakan anda hendak menaiki bas Transnasional, maka anda perlu ke website Transnasional. TETAPI bukan semua orang tahu akan nama syarikat bas. Bukankah lebih baik kalau ada website yang menghimpunkan kesemua operator bas di Malaysia, dan apabila anda membuat carian lokasi destinasi anda, maka ianya akan menunjukkan perkhidmatan bas yang mana yang menyediakan servis untuk anda. Kalau ada tentu menarik dan menyenangkan anda bukan? YA ADA! Saya akan perkenalkan kepada sebentar lagi.

Anda boleh melihat kerusi (seat) kosong tiket bas ekspress yang anda beli booking melalui BusOnlineTicket
Untuk beli tiket bas secara online, sila lawat website BusOnlineTicket ini. Klik link ini dan buat carian destinasi anda. Saya sendiri sudah memcuba carian di website ini. Saya memilih destinasi dari Butterworth Penang ke Kluang Johor pada tarikh 30 April 2017. Hasil yang dipaparkan menunjukkan adanya 1 perkhidmatan dari keretapi dan 4 perkhidmatan bas ekspress. Ada bas KPB Express, Pacific Express dan juga Cepat & Cekap Express untuk ke Kluang dari Penang. Malah ditunjukkan harga sekali. Anda juga boleh memilih kerusi (seat) yang anda inginkan. Lihat gambar di atas.
Website Untuk Beli Tiket Bas
- Bus Online Ticket – menawarkan tiket bas ekspress, feri dan keretapi
- Catch That Bus – laman web tiket bas yang fokus kepada Malaysia dan Singapore
- Easybook – laman web yang lebih fokus kepada tiket bas express dan perlancongan
Proses beli tiket bas secara online di website eCommerce BusOnlineTicket sangat mudah. Anda buat carian, booking tiket bas, bayar dan cetak tiket bas (jika perlu), itu sahaja. Kini saya sudah tahu cara yang mudah untuk booking tiket bas melalui internet. Saya harap anda juga perlu mengambil kebaikkan teknologi internet ini untuk memudahkan urusan anda beli tiket bas ekspress. Semua dihujung jari sekarang. Jom order tiket bas secara online melalui beberapa laman web booking tiket bas yang saya kongsikan di atas ini. Selamat mencuba.
The post Dapatkan Tiket Bas Ekspress Murah Dan Mudah appeared first on eCommerce In Malaysia.