Beberapa hari lepas saya ada ternampak akan promosi pembukaan pejabat usahawan untuk cawangan Pulau Pinang. Saya sendiri sudah lama mengenali syarikat “usahawan” ini sejak beberapa tahun lepas kerana pernah menerima tugasan advertorial untuk mereview serba ringkas akan syarikat mereka ini. Dan tahniah buat mereka kerana sehingga ke hari ini mereka masih bertahan malah mengembangkan syarikat mereka pula ke daerah negeri yang lain. Anda berminat untuk mendapatkan dan beli mesin heat press untuk bisnes t-shirt?
Apakah syarikat usahawan ini. Nama usahawan ini bukan nama umum tetapi nama syarikat ini sendiri iaitu USAHAWAN. Mereka mempunyai pelbagai produk mesin dan peralatan siap guna untuk para usahawan beli dan boleh terus menjalankan perniagaan tanpa masalah. Jika anda mahu menjual makanan seperti Waffle dan juga Takoyaki, pihak mereka ada peralatan memasak tersebut. Anda hanya perlu sediakan modal, bayar, belajar serba sedikit dan boleh terus mulakakan bisnes anda.
Clik here to view.

Dapatkan beli mesin heat press murah secara online
Beli Mesin Heat Press Di Internet
Tetapi ada satu peralatan yang menarik perhatian saya sejak beberapa tahun lepas iaitu mesin cetak baju. Saya memang teringin sangat untuk mempunyai perniagaan menjual baju t-shirt. Ini kerana saya bebas untuk menentukan corak dan design apa yang saya mahukan dan juga apa yang pembeli mahukan. Purata keuntungan sehelai baju t-shirt biasanya RM10-RM25. Saya boleh beli mesin heat press kalau saya ada bajet dan juga masa.
Pernah saya mendengar yang seorang internet marketer mampu menjual baju t-shirt dengan keuntungan RM30 sehelai. Dan beliau tidak pernah gagal mendapat pembeli sehari minima 3 helai t-shirt. Dengan kata lain, beliau boleh dikatakan sehingga kini tidak pernah gagal untuk menjana pendapatan secara online dengan menjual t-shirt yang bukan dari bisnes beliau sebanyak RM3000 sebulan. Tolong jualkan orang punya pun sudah dapat RM3K sebulan. Kagum?
Oleh sebab itulah saya terfikir jika saya boleh menjalankan bisnes t-shirt ini dengan saya sendiri yang mengeluarkan t-shirt ini. Saya boleh menjual sendiri atau saya boleh menjemput agen menjual produk saya. Dan sejak dari dulu memang saya terfikir hendak beli mesin heat press ini. Dari pihak Usahawan nampaknya, mereka menjual mesin heat press cetak baju ini dengan harga dalam lingkungan RM2k -RM2.7K. Modal sudah ada. Yang belum ada ada kesediaan, masa dan perancangan. Kalau anda hendak dapatkan heat press machine yang lagi murah, saya cadangkan anda lawat website di bawah ini.
Website Yang Menjual Heat Press Machine
- Lazada – ada beberapa mesin cetak baju jenis heat press dijual di sini
- Ezbuy – saya perasan, mesin heat press dijual agak murah di sini
- Amazon – di website ini memang ada sangat banyak mesin cetak t shirt ini
- Aliexpress – kebanyakkan mesin heat press memang dari China, lihat di sini
Adakah anda salah seorang yang sedang mengintai peluang buat duit dengan menjual baju t-shirt cetakkan anda sendiri? Sedang terfikir hendak beli mesin heat press di mana? Anda sebenarnya boleh memesan mesin heat press ini untuk di pos ke rumah anda. Jangan risau, pembelian anda ini adalah dari dalam Malaysia. Oleh itu, jika ada masalah apa apa anda boleh terus menghubungi pihak penjual mesin heat press ini. Kalau anda mahu melihat maklumat lanjut tentang beli mesin heat press ini, anda boleh klik link di atas ini sekarang juga. Selamat berbisnes.
The post Beli Mesin Heat Press Untuk Bisnes Online T-Shirt appeared first on eCommerce In Malaysia.