Saya telah membuat pembelian satu alat iaitu usb wifi adapter beberapa hari lepas di Lazada Malaysia. Apakah fungsi alat ini dan kenapa saya ingin menggunakannya? Seperti kita semua maklum, kepada pengguna komputer desktop yang lama dan pengguna modem internet streamyx. Sambungan internet kepada komputer anda kebiasaannya adalah menggunakan kabel LAN betul? Saya pasti majoriti pengguna menggunakan kabel LAN untuk menggunakan internet di komputer mereka. Masalah terjadi apabila komputer anda terletak jauh dari modem internet anda. Hendak sambung dan tarik kabel LAN panjang panjang nampak semak dan tidak menarik. Ini yang terjadi kepada saya.
Bayangkan, lubang soket sambungan kabel telefon berada di ruang tamu. Jadi sudah tentu, modem streamyx juga perlu diletakkan di sebelah telefon rumah. Dan komputer saya pula berada di bilik. Jadi ianya kurang praktikal untuk saya menyambung wayar kabel LAN panjang panjang dari ruang tamu ke bilik saya. Jadi alternatif yang boleh saya fikirkan adalah dengan mendapatkan usb wifi adapter. Iaitu satu alat berbentuk pendrive, dengan antaramuka (interface) USB yang mana saya hanya perlu cucuk pasang pada port usb. Mudah bukan?
Beli USB Wifi Adapter Murah Online
Dan alat usb wifi adapter pula akan berperanan untuk menerima signal internet dalam bentuk wireless iaitu wifi. Rasanya anda pun tahu yang modem internet streamyx mempunyai dua fungsi sambungan iaitu melalui sambungan wayar kabel LAN dan juga sambungan secara wifi. Dan jika pemasangan wireless usb adapter itu dipasang dengan betul, maka komputer desktop saya akan berjaya mendapat sambungan internet melalui teknik wireless (wifi). Harap anda faham ya. Apakah kekurangan menggunakan alat seperti ini? Kekurangannya adalah, sambungan internet tidaklah sebaik menggunakan sambungan melalui kabel LAN. Itu sahaja.
Website Yang Menjual Wireless USB Adapters
- Lazada – ada sangat banyak pilihan usb wireless adapter yang murah
- Amazon – anda juga boleh dapatkan wireless usb adapter berkualiti di sini
Dan apakah kelebihan menggunakan usb wifi adapter seperti ini? Kelebihan yang paling utama adalah ianya memudahkan urusan memindahkan komputer ke mana sahaja dan tidak memerlukan penyambungan secara wayar. Dan kekurangan yang saya sebutkan di atas tadi bukanlah satu masalah yang besar dan secara kebiasaannya anda tidak akan terasa perbezaan yang ketara pun ketika menggunakan internet. Gambar di atas ini adalah gambar sebenar bagaimana saya memasang alat usb wifi adapter ini di port usb pada komputer desktop saya dan saya berpuas hati dengan fungsinya. Produk ini tidak mahal, anda boleh dapatkan USB Wifi Adapter ini melalui link di atas ini. Selamat mencuba.
The post Pengalaman Beli USB Wifi Adapter Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.