Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Cara Gunakan Paypal Untuk Beli Barang Online Dari Luar Negara

$
0
0

Saya kerap mendapat pertanyaan dari pembaca yang mungkin baru hendak pertama kali membeli barang secara online di website eCommerce luar negara contohnya di Amazon atau di Aliexpress. Masalah yang berlaku adalah, mereka tidak tahu bagaimana hendak membuat bayaran. Kalau di Malaysia, selalunya kita ada pilihan mahu bayar pakai kad debit seperti Maybank, CIMB, Public Bank atau lain lain. Tetapi diluar negara, pilihan itu tidak ada. Kepada anda yang mempunyai masalah seperti ini, mari saya jelaskan kepada anda secara ringkas.

Ya, memang tiada pilihan untuk kita beli barang online dari luar negara menggunakan kad debit Malaysia kita. Pilihan yang ada selalunya adalah kad kredit dan juga paypal. Selalunya, antara 2 inilah kaedah pembayaran online yang paling popular di dunia. Dan saya pasti, kebanyakkan website online shopping memang ada menawarkan salah satu kaedah pembayaran tersebut. Anda memang kena ada dan punyai salah satu kaedah pembayaran ini. Kalau tiada, anda memang tidak boleh untuk membeli barang secara online. Muktamad.

Fungsi attach kad debit tempatan Malaysia ke akaun Paypal

Fungsi attach kad debit tempatan Malaysia ke akaun Paypal

Bagaimana Paypal Membantu Membuat Belian Online Tanpa Kad Kredit

Saya faham, bukan semua orang mempunyai kad kredit. Jadi pilihan yang ada adalah anda perlu membuka akaun paypal. Paypal adalah sebuah website online payment merchant yang menjadi perantara antara online banking anda untuk anda berurusan membeli belah secara online dari seluruh dunia. Dengan kata lain, anda boleh beli barang secara online menggunakan paypal. Dan tahukah anda, dari mana paypal mendapat duit untuk membuat bayaran produk yang anda ingin beli itu? Ianya adalah dari kad debit atau kad kredit anda. Kad debit? Ya betul. Anda boleh gunakan kad debit anda dengan syarat mestilah melalui paypal.

Sebenarnya di dalam sistem paypal. Mereka akan meminta akaun kad debit atau kad kredit untuk di sertakan (attach) sebagai medium pembayaran. Kalau anda tidak mempunyai kad kredit. Maka anda attach sahaja kad debit anda dalam sistem paypal. Dan semasa anda ingin membuat bayaran menggunakan paypal. Sistem paypal akan mengambil (deduct) duit anda dalam akaun kad debit anda. Dan akaun debit anda pun akan digunakan untuk membuat pembelian online melalui paypal. Anda jelas? Jadi tiada masalah sebenarnya. Mudah cerita, anda perlu daftar paypal sekarang juga dan lakukan setting untuk menggunakan kad debit anda sebagai perantara. Register, klik pada “Wallet” dan klik pada “Link a bank account”. Ikuti arahan yang diberikan dan siap. Saya harap, perkongsian ringkas ini membantu menyelesaikan masalah anda. Sekian.


>>> Register Paypal Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Cara Gunakan Paypal Untuk Beli Barang Online Dari Luar Negara appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles