Kepada pembaca, sebelum saya bercerita lanjut, izinkan saya memberikan penjelasan akan beberapa hal. Artikel ini adalah tentang pengalaman saya buat pertama kali membuat tempahan bilik hotel melalui internet. Iaitu tentang bagaimana saya saat pertama kali booking hotel dengan Agoda. Rasanya semua orang tahu apa itu Agoda. Dan kepada yang tidak tahu, ringkasannya adalah, agoda adalah sebuah website eCommerce yang dibina bagi membantu para pelancong travel seperti saya dan anda untuk mencari mana mana bilik hotel dengan membuat perbandingan harga. Dan dari perbandingan harga, anda akan membuat keputusan samada untuk menempah bilik hotel tersebut ataupun tidak.
Saya baru sahaja berkahwin. Saya dan isteri saya telah merancang untuk pergi bercuti (honeymoon) bersama sama buat pertama kali. Dan destinasi pilihan kami adalah di Cameron Highlands Pahang Malaysia. Ada sangat banyak destinasi pilihan yang kami mahukan. Tetapi, atas desakkan masa yang terhad, maka destinasi terdekat dan yang paling ringkas sudah tentu adalah di Cameron Highlands. Saya dan isteri bersama sama membuka, melihat, menggunakan dan membuat carian hotels yang sesuai dan berdekatan dengan Cameron Highlands untuk menginap selama 2 hari 1 malam dengan membuat tempahan booking hotel melalui laman web Agoda.
Booking Hotel Dengan Agoda Mudah Online
Apa yang saya perasan dan sedar setelah menggunakan laman carian hotel Agoda ini? Pertama sekali, paparan harga booking hotel dengan Agoda ini tidak termasuk cas GST. Anda boleh membuat bayaran tertangguh iaitu membuat bayaran setelah sampai ke hotel tersebut. Dan harga hotel pada hari minggu lebih mahal berbanding hari biasa. Setelah membuat carian hotel yang kami mahukan, saya terus booking hotel dengan Agoda dan membuat bayaran secara online. Mudah cerita, saya telahpun membuat bayaran tempahan bilik hotel melalui website Agoda.
Website Booking Perlancongan Patut Anda Tahu
- Agoda – Website carian perbandingan hotel paling popular
- Hotels – Website carian perbandingan hotel paling popular selepas Agoda
- Trivago – Website carian perbandingan hotel paling popular terkini
- Airbnb – Website carian bilik untuk di sewa seluruh dunia
- Bus Online Ticket – Website carian tiket bas express, ferry dan juga keretapi
- Airpaz – Website carian perbandingan tiket kapal terbang penerbangan
Seperti yang saya jelaskan di awal tadi. Artikel ini adalah tentang pengalaman saya pertama kali booking hotel dengan Agoda. Setelah saya ke sana nanti dan balik dari percutian. Saya akan kongsikan dengan anda pula tentang pengalaman saya tidur di bilik hotel Century Pines Resort di Tanah Rata. Saya telah memilih bilik Century Pines Resort jenis “Deluxe” yang berharga RM300 untuk semalam. Ini adalah harga bagi hari minggu. Kalau anda pergi hari biasa, maka harga bilik hotel lebih murah. Nantikan artikel pengalaman saya di Cameron Highlands. Dan rancang percutian anda dari awal untuk lebih lancar. Klik link “Agoda” di atas untuk booking hotel dengan Agoda sekarang juga. Selamat bercuti
The post Pengalaman Booking Hotel Dengan Agoda appeared first on eCommerce In Malaysia.