Anda seorang pelajar student di pengajian tinggi seperti kolej, politeknik atau universiti. Anda dilarang membawa TV ke asrama anda. Dan anda salah seorang yang suka menonton tv? Apakah ada cara untuk menonton rancangan di tv tanpa menggunakan tv? Jawapannya, YA ADA! Anda mempunyai komputer atau laptop? Kalau ada, maka anda memang boleh menonton rancangan tv di komputer anda tanpa masalah walaupun tiada sambungan internet. Caranya adalah dengan menggunakan tv kad (tv card) atau tv tuner dari jenis usb. Sebagai student, cukup sahaja kalau anda beli dan dapatkan tv tuner murah sahaja. Berminat?
Begini ceritanya, ada satu produk nama dia tv kad atau tv tuner. Dan peralatan ini adalah sebuah peralatan elektronik yang di sambung kepada komputer/laptop anda untuk membolehkan komputer laptop anda menjadi sebuah tv. Contoh mudah macam ini, anda pasang papan kad grafik, maka anda boleh bermain games pc di komputer anda. Jika anda pasang papan kad tv tuner, maka anda boleh tonton tv. Dari pengalaman saya, cukup hanya anda dapatkan tv tuner murah untuk menonton rancangan televisyen di komputer anda.
Beli TV Tuner Murah Jenis USB Online
Kalau anda hanya mempunyai komputer desktop, maka anda boleh gunakan tv kad dalam bentuk papan litar yang di pasang pada slot PCI di papan motherboard komputer anda. Atau anda perlu dapatkan tv tuner dalam bentuk USB yang lebih mudah pemasangannya yang hanya perlu dipasang cucuk pada port USB komputer anda. Kemudian anda pasang (install) aplikasi tv yang diberikan dan kemudian klik untuk jalankan aplikasi tv di komputer anda. Anda perlu mencari (scan) siaran seperti tv biasa. Dan jika jumpa siaran ianya akan secara automatik save. Siap. Terus boleh tonton. Selalunya antenna tv juga diberikan sekali dalam bentuk yang kecil.
Website Yang Menjual TV Kad/USB TV Tuner
- Lazada – ada banyak pilihan tv kad/tv tuner yang murah di sini
- Amazon – ada banyak pilihan tv box yang berkualiti di sini
- Aliexpress – kalau anda mahukan tv tuner usb murah ada di sini
Untuk lebih mudah, saya sarankan anda beli sahaja tv tuner murah dari jenis usb stick. Mudah dipasang dan ditanggalkan. Bagaimana dengan kualiti? Sudah tentu tidak boleh bandingkan dengan tv yang sebenar. Kalau siaran kurang jelas, sila sambungkan kepada antenna tv yang lebih elok. Kelebihan selain dari orang tidak tahu yang komputer/laptop anda boleh tonton siaran tv, anda juga boleh merakam siaran tv yang anda tonton tersebut. Memang best. Tension study belajar boleh juga tonton siaran tv di komputer anda. Di mana hendak beli dan dapatkan tv tuner murah ini? Sila klik link di atas dan beli tv tuner komputer ini secara online melalui internet. Selamat mencuba.
The post TV Tuner Murah Untuk Tonton Siaran TV Di Komputer appeared first on eCommerce In Malaysia.