Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Cara Membeli Barang di Lazada Malaysia

$
0
0

Adakah anda pernah membeli barang di Lazada Malaysia. Pada kali ini saya ingin kongsikan pengalaman pertama saya dengan anda bagaimana mudahnya membeli barang di Lazada ini. Hasil pengalaman ini adalah untuk membuktikan yang anda boleh yakin pembelian secara online terutamanya di Lazada adalah pembelian atas talian internet yang selamat. Sudah lama sebenarnya saya ingin membeli barang di Lazada disebabkan ramai rakan blogger berbuat begitu.

Beberapa hari lepas saya membuat keputusan untuk membeli barang di Lazada Malaysia. Tidak tahu hendak membeli apa sebenarnya. Jadi saya hanya “browse” dan melihat pelbagai produk dan mula rasa tertarik untuk mendapat beg dompet lelaki yang baru. Pembelian yang dirasakan bermanfaat kerana beg dompet yang pakai sekarang pun rasanya sudah berumur lebih dari 7 tahun seingat saya. Dan sudah ada bahagian yang mula koyak. 

Pengalaman saya membeli barang di Lazada Malaysia untuk mencari beg dompet murah

Pengalaman saya membeli barang di Lazada Malaysia untuk mencari beg dompet murah

Bagaimana Membeli Barang Di Lazada Online

Gambar di atas adalah beg dompet yang saya beli di Lazada. Anda boleh membayar menggunakan paypal, debit kad ataupun credit kad. Disebabkan saya mempunyai akaun paypal, saya memilih membeli membeli beg dompet tersebut menggunakan paypal sahaja. Ini kerana akaun paypal saya sudah di “attach” dengan debit kad. Jadi pengalaman membeli barang di Lazada menjadi mudah dengan adanya paypal ini. Ini cara saya. Kalau anda mahu membeli dengan cara anda, di persilakan. 

Sebenarnya saya sangat jarang membeli belah secara atas talian internet ini. Maksud saya, saya jarang membeli barang di website online shopping sebegini. Seperti yang saya katakan tadi, disebabkan ramai blogger pernah membeli di sana. Jadi ianya menjadi testimoni yang kuat kenapa saya membeli di Lazada. Ramai orang dapat barang tiada kes penipuan berlaku. Barang saya telah di hantar terus sampai rumah. Walaupun sudah 2 kali gagal hantar kerana saya tiada di rumah. Mereka tetap menghantar kali ke3 dan memastikan saya ada di rumah dengan menghubungi saya.

Beli beg dompet jenama St Bernard Short Wallet Black di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli beg dompet jenama St Bernard Short Wallet Black di website eCommerce Lazada Malaysia

Untuk membeli barang di Lazada adalah begini.

  1. Lebih baik daftar dahulu untuk membeli di kemudian hari. Daftar di sini – [ Lazada ]
  2. Pastikan semasa mendaftar anda terus mengupdate alamat rumah anda yang betul
  3. Klik pada mana mana barang yang anda minati iaitu klik “Buy Now”
  4. Kemudian tekan “Proceed To Checkout” jika anda mahu terus pembelian
  5. Pilih jenis pembayaran samada credit card, paypal atau apa. Isikan maklumat
  6. Akhir sekali tekan “Place Your Order”

Please Set Video Quality At 720p HD For Clear Video

Ini adalah pembelian saya yang pertama kali dengan Lazada. Dan selepas melihat barang yang lain, saya rasanya akan membeli barang di Lazada untuk kali yang kedua dan seterusnya. Harga yang ditawarkan boleh dikatakan murah. Banyak barang di berikan potongan harga. Lagi lagi kalau ada perayaan atau hari umum akan ada lebih banyak potongan harga. Saya harap anda berpuas hati dengan artikel ini dan nantikan penulisan saya tentang membeli barang di Lazada Malaysia yang lain pula nanti. Selamat membeli belah.

The post Cara Membeli Barang di Lazada Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles