Begini, mari saya kongsikan sedikit fakta buat anda. Di China, website eCommerce terbesar adalah Alibaba Group. Dan website Alibaba ini menjual barang di website mereka secara pukal (banyak) dan harga yang dijual juga lebih mahal dan pelanggan mereka lebih kepada “western market”. Tetapi di bawah jenama Alibaba ini terdapat website Aliexpress, Taobao, TMall dan juga website eCommerce 1688. Anda boleh baca pengalaman beli di Aliexpress di sini dan di artikel ini saya mahu berkongsikan dengan anda tentang Taobao sahaja.
Website Taobao mensasarkan pembeli boleh membeli barang secara online dalam jumlah yang kecil atau sedikit. Anda mahu beli satu barang pun boleh. Dan dalam masa yang sama, anda juga akan dapat membeli dengan harga yang jauh lebih murah dari apa yang ditawarkan di Alibaba dan Aliexpress. Pelik tetapi benar, beli sedikit tetapi tetap berharga jauh lebih murah. Itulah dia TaoBao.
Panduan Mudah Membeli Di Taobao Dari Malaysia
TETAPI, masalah utama Taobao adalah websitenya hanya dalam bahasa cina sahaja. Tiada setting untuk memilih bahasa English. Kepada anda yang bukan berbangsa cina atau tidak tahu membaca dalam tulisan cina, ini akan menyebabkan anda tidak boleh membeli di Taobao kerana masalah bahasa ini. Jadi apakah ada cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ini? YA ADA!!! Sebab itu saya mahu perkenalkan anda dengan EzBuy Malaysia ini.
EzBuy adalah sebuah website yang dibina oleh agen Taobao dari Malaysia yang bertujuan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia khususnya untuk membeli barang dari Taobao dengan mudah tanpa perlu ke website Taobao. Website EzBuy sudah mengimport gambar dari laman Taobao termasuk harganya sekali dan dipaparkan di website eCommerce EzBuy dalam Ringgit Malaysia.
Jadi, apabila anda melawat EzBuy, anda sebenarnya sedang melawat Taobao dan sedang membeli produk dari negara China dengan harga murah/borong. Jadi kepada anda samada pembeli atau peniaga, anda boleh terus melawat website ini untuk memborang barang dari China secara online dengan mudah dan meyakinkan. Jangan bimbang, kos yang anda akan kena ketika membeli di Taobao dan EzBuy adalah lebih kurang sahaja. Mereka telah memudahkan anda. Jadi tunggu apa lagi. Jom beli sekarang.
>>> Lawat Web EzBuy Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post EzBuy – Cara Mudah Membeli Di eCommerce Taobao TMall 1688 appeared first on eCommerce In Malaysia.