Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Website China Untuk Beli Barang Dari China Yang Murah

$
0
0

Sebenarnya ramai yang tidak tahu berapakah harga produk yang mereka beli secara online di Malaysia yang dijual di media media sosial. Untuk pengetahuan anda kebanyakkan produk adalah 75% atau lebih dari negara China. Apabila saya membuat sedikit kajian antara harga yang dijual dari wholesale website China dengan penjual dari Malaysia, harganya jauh bagai langit dan bumi. Kalau anda mahu jimat, kenapa tidak terus membeli di China secara online sahaja?

Kalau anda seorang peniaga online di Malaysia, mendapatkan produk barangan yang anda mahu jual terus dari pembekal adalah perlu untuk meminimakan kos pelaburan dan seterusnya dapat memaksimakan keuntungan yang bakal anda jana. Jikalau anda seorang pembeli, anda boleh sahaja membeli dari peniaga di Malaysia, asalkan harganya masih relevan dan mampu dimiliki. Susah juga untuk anda beli hanya 1 barang dari China kecuali anda seorang peniaga yang membeli secara pukal.

Website China Aliexpress paling popular dan dikenali di Malaysia

Website China Aliexpress paling popular dan dikenali di Malaysia

Senarai Website China Untuk Beli Borong Murah

Mari saya jelaskan kepada anda. Ada 3 cara untuk membeli barang dari China iaitu membeli terus dengan melawat China, membeli dari pembekal barang China di Malaysia atau anda sendiri membeli sahaja di website China. Dengan membuat pembelian melalui internet, anda boleh mendapat barang dengan lebih murah dan menjimatkan. Barang memang sedia murah tetapi boleh dijimatkan lagi dengan pembelian melalui internet.

Website eCommerce China yang fokus kepada teknologi iaitu GearBest

Website eCommerce China yang fokus kepada teknologi iaitu GearBest

Di bawah ini adalah senarai laman website China yang dipercayai untuk anda membeli barang dari China secara online. Sebenarnya ada banyak lagi laman web wholesale China yang boleh anda kunjungi. Tetapi apa yang saya senaraikan adalah antara yang popular di China.

Senarai 10 Laman Web eCommerce China

  • Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
  • Aliexpress – website kedua popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana banyak
  • Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
  • Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
  • Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
  • Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
  • Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
  • Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
  • GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
  • EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM

Tetapi dari antara semua, laman TaoBao yang paling baik sekali untuk anda beli barang secara sedikit dan juga paling murah. Namun kekurangan yang ada adalah ianya dalam bahasa cina. Atas sebab itulah di hasilkan panduan Ebook Rahsia TaoBao ini yang ditulis sendiri oleh orang cina Malaysia untuk membantu anda membeli dengan selamat dan mudah di Taobao dengan jayanya walaupun ianya dalam bahasa cina. Kalau anda mahu, dapatkan ebook ini dengan klik banner di bawah ini. Selamat mencuba.


>>> Dapatkan eBook Panduan TaoBao Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Website China Untuk Beli Barang Dari China Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles