Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pengalaman Membeli Penyangkut Barang Dinding Rumah Di Lazada

Ruang dapur di rumah sewa kami agak kecil. Jadi ianya sedikit bermasalah untuk meletakkan banyak barang dan perkakasan yang melibatkan dapur. Bila bercakap tentang ruang dapur, mahu tidak mahu anda perlu meletakkan dapur gas memasak, peti ais, rak pinggan mangkuk dan juga peralatan peralatan tambahan yang digunakan untuk memasak seperti minyak, sudip, bekas gula, bekas garam dan lain lain botol kecil. Bagaimana jika ruang terlalu kecil? Maka mahu tidak mahu terpaksa menggunakan dinding rumah untuk mengangkut barang. Dan sebagai jalan penyelesaiannya, saya membeli produk penyangkut barang yang berasaskan pelekap dinding (wall suction) untuk melekat di dinding dapur rumah untuk menggantung barang.

Ada dua hal kepada perlu membeli “wall suction”. Selain kerana ruang yang terhad, arahan yang tidak membenarkan dinding rumah dipaku akan memaksa kita gunakan kaedah sebegini. Nasib baik dinding kawasan kabinet memasak dapur rumah sewa kami adalah berbentuk mozek. Jadi kami boleh beli penyangkut barang yang berbentuk melekap sedut di dinding. Walaupun produk sebegini kurang kuat dan kukuh untuk melekat di dinding tanpa di paku atau di gam. Sekurang kurangnya ianya alternatif bagi anda dan kami untuk mengangkut barangan peralatan memasak di dinding dapur dalam keadaan yang sempit ini.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Beli penyangkut barang di dinding yang murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli penyangkut barang di dinding yang murah di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Penyangkut Barang Dinding Rumah Online

Saya dan isteri telah membuat keputusan mencari produk yang dicipta khas untuk menjadi penyangkut barang dan sesuai digunakan samada di dinding bilik air ataupun di dinding dapur. Di sebakan ianya untuk menyedut dan melekap di dinding mozek yang licin, maka barang yang boleh diletakkan atau disangkut janganlah barangan yang terlalu berat. Gambar di atas adalah penyangkut barang yang kami pilih dan beli secara online di website eCommerce Lazada Malaysia. Harga sangat murah. Tetapi janganlah anda jangkakan ianya berkualiti. Anda kena faham kualiti produk dengan harga yang ditawarkannya. Bagi saya ianya sudah memadai dan praktikal dalam kegunaannya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Rupa sebenar alat produk penyangkut barang yang saya beli dari Lazada Malaysia

Rupa sebenar alat produk penyangkut barang yang saya beli dari Lazada Malaysia

Dan gambar yang kedua di atas ini pula adalah gambar sebenar setelah saya menerimanya dari kurier servis dan memasangnya di dinding dapur betul betul di atas singki. Agak menarik dan kukuh. Sangat membantu untuk isteri saya menyangkut barang barang yang ringan seperti penapis minyak, sudip memasak, kain penyelap dan lain lain. Kepada anda yang berminat dengan alat produk seperti ini, sila klik link di bawah ini sekarang juga. Anda juga boleh beli barangan lain yang anda mahukan di Lazada online. Selamat membeli belah di internet.


>>> Beli Penyangkut Barang Dapur Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Membeli Penyangkut Barang Dinding Rumah Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles