Ada orang tanya, susahkah hendak buka kedai online. Mereka tanya macam mana hendak buat website macam kedai online, macam mana hendak upload gambar, macam mana hendak dapatkan rupa kedai online yang macam ini macam itu, macam mana hendak buat rupa kedai nampak cantik dan pelbagai lagi soalan. Sebenarnya soalan soalan seperti ini hanya layak dan boleh ditanya untuk 5 tahun lalu. Jika anda tanya soalan ini sekarang, semua persoalan persoalan itu telahpun di selesaikan dengan adanya penyedia servis langgan membina kedai online. Inilah cara paling mudah untuk anda mempunyai kedai online sendiri.
Apabila kita bercakap tentang “membuka kedai”, maka akan ada kos bulanan yang terlibat. Kalau anda membuka kedai offline di luar sana, anda perlu membayar sewa kedai. Biasanya dalam lingkungan RM500, RM1000 sebulan atau lebih. Jadi sama juga halnya dengan kedai online. Anda perlu membayar kos bulanan untuk terus menggunakannya. Tetapi kos bulanan untuk memiliki dan buka kedai online tidaklah semahal kedai offline. Paling murah anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM50 sebulan. Murah bukan?
Bagaimana Cara Buka Kedai Online Dengan Cepat
Kalau 5 tahun lalu, anda kena pandai tentang domain, hosting, bina website, theme website, design website, plugin dan pelbagai lagi untuk membina kedai online yang lengkap dengan ciri ciri keselamatan dan juga sistem pembayaran online. Tetapi dengan hanya melanggan pakej bina dan buka kedai online ini, anda tidak perlu lagi mengetahui atau ambil tahu akan hal hal teknikal yang memeningkan untuk membina sebuah kedai online (online store). Anda hanya perlu bayar dan terus guna sahaja.
Penyedia Servis Bina Kedai Online
- Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
- Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini
Sistem bina kedai online zaman sekarang sangat moden. Anda bayar langganan bulanan, dan anda sudah boleh terus guna dan buka kedai online. Cara ini paling mudah dan murah sebenarnya. Anda boleh terus upload gambar produk dan kedai online anda terus siap dan cantik. Siap ada pelbagai theme untuk mencantikkan kedai online anda. Sistem penerimaan dan pembayaran online pun sudah siap. Malah ada fungsi sosial media untuk membantu memudahkan anda mempromosikan produk secara sosial media. Klik mana mana satu pakej online store yang anda mahukan di atas untuk mula buka kedai online anda sekarang juga. Selamat mencuba.
The post Cara Buka Kedai Online Paling Mudah appeared first on eCommerce In Malaysia.