Dalam dunia blogging di Malaysia, kebanyakkan “orang Malaysia” sangat kurang membelanjakan wang untuk membeli dan mendapatkan aplikasi samada berbentuk standalone software atau web base application untuk membantu pemasaran atau meningkatkan trafik di blog. Ramai lebih rela menggunakan yang percuma atau aplikasi yang tidak sah. Tetapi nasib baik dalam satu bab ini iaitu web hosting, orang Malaysia sanggup untuk mengeluarkan wang untuk membeli domain dan hosting tersebut. Itupun disebabkan bayarannya secara tahunan dan harga pakej pula mampu milik. Sebab itulah pakej web hosting murah menjadi antara yang paling ramai diminati oleh blogger Malaysia.
Sebenarnya, sesiapa pun pasti sukakan sesuatu yang murah asalkan ianya tetap menawarkan servis yang terbaik. Begitu juga dengan promosi dari servis penyedia web hosting murah Malaysia ini. Kalau murah tetapi servis sangat mendukacitakan pun tidak bagus juga. Dalam dunia blogging, web hosting yang bagus dapat memberikan jaminan blog akan 99% sentiasa online, tidak selalu down, loading blog lebih cepat dan dalam masa yang sama harga pakej hosting tidak mahal. Ini yang selalu orang mahukan.
Senarai Web Hosting Murah Di Malaysia
Ada satu soalan penting yang saya mahu berikan kepada anda. Satu pakej web hosting Malaysia yang agak mahal langganan tahunannya. Dan ianya memberikan servis yang terbaik. Kalau anda berblogging biasa biasa sahaja, dan kalau buat duit online pun hanya suka suka dan dapat sedikit sahaja. Maka tindakkan anda itu adalah membazir wang sahaja. Kalau ada pakej web hosting murah tetapi tetap memberikan servis yang terbaik, kenapa tidak melanggan sahaja dari pakej web hosting murah ini betul? Anda setuju?
Website Penyedia Pakej Web Hosting Terbaik Malaysia
- NetKL – kalau hendak pakej webhosting murah, sila pilih ini
- ServerFreak – kalau mahukan servis blogging yang pantas, sila pilih ini
Di atas ini saya kongsikan 2 link website dari 2 syarikat penyedia web hosting murah yang paling popular di Malaysia ini. Ada sangat banyak lagi penyedia web hosting yang lain di Malaysia ini. Kadang kala orang suka gunakan apa yang orang lain pernah gunakan. Mereka hendak tahu pengalaman sebenar bagaimana prestasi hosting tersebut. Dan dari pengalaman saya sendiri, 2 jenama web hosting untuk blog di atas ini adalah yang paling bagus sekali dalam hal hal berkaitan dengan perkhidmatan bantuan selepas jualan dan dalam masa yang sama menawarkan pakej harga web hosting murah. Selamat mencuba.
The post Web Hosting Murah Malaysia Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.