Beberapa hari lepas saya dan isteri mengambil kesempatan pada hari cuti untuk bersiar siar ke Pulau Orang Utan (Orang Utan Island) di Bukit Merah Lake Town Perak. Kami bercadang untuk ke sana kerana belum pernah lagi ke sana dan memang saya sendiri sukakan sesuatu yang “baru” yang belum pernah saya lawati lagi. Jadi kami mengambil keputusan untuk ke pulau orang utan untuk melihat sendiri binatang/haiwan tersebut secara dekat.
Rasanya orang tahu yang spesis orang utan ini adalah salah satu spesis yang terancam. Jadi memang memerlukan penjagaan khas dan rapi bagi memastikan spesis orang utan tidak akan pupus di masa hadapan. Bayangkan, di pulau yang dibina khas untuk orang utan itupun hanya menempatkan cuma 20 orang utan sahaja. Apa yang anda fikirkan? Itu menunjukkan yang jumlah orang utan sangat sangatlah sedikit.
Clik here to view.

Jeti Pulau Orang Utan Perak
Bersiar Siar Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Perak
Kadang kala ada orang bertanya. Kenapa perlu dipulihara akan spesis seperti orang utan ini? Tahukah anda, yang banyak spesis kehidupan seperi flora dan fauna yang sudah pupus dan hanya boleh dilihat di dalam buku buku sejarah dan sains sahaja. Boleh jadi orang pun akan anggap yang haiwan/binatang tersebut hanyalah mitos. Keadaan yang serupa juga akan berlaku di masa hadapan jika kita tidak serius menjaga haiwan seperti orang utan ini. Jadi dengan adanya pulau orang utan ini sedikit sebanyak mencegah kepada kepupusan haiwan ini.
Clik here to view.

Menaiki bot untuk ke Orang Utan Island
Untuk ke pulau orang utan ini, anda harus melalui lebuh raya (highway) dan terus masuk ke simpang susur keluar “Bukit Merah” di negeri Perak. Dan selepas keluar dari toll, anda belok ke kanan dan sebelah kanan anda akan nampak pintu masuk ke bukit merah.Teruskan perjalanan anda sehingga sampai ke bukit merah. Di dalam Bukit Merah Lake Town tersebut akan ada jeti. Anda terus ke jeti dan buat pembelian tiket di jeti tersebut.
Clik here to view.

Zon pendidikan orang utan Malaysia
Harga Tiket Bot Ke Orang Utan Island Perak
Harga tiket pada hari minggu biasa adalah RM30 bagi dewasa. Di sebabkan promosi, harga tiket ke pulau orang utan untuk orang dewasa pada hari minggu adalah RM20 seorang dan RM10 pada hari biasa. Harga tiket bagi kanak kanak adalah separuh dari harga tiket dewasa. Anda akan menaiki bot yang mana akan membawa anda dari jeti di bukit merah perak ke pulau orang utan. Perjalanan menaiki bot tidak lama. Lebih kurang 10 minit sahaja.
Clik here to view.

Gambar orang utan bernama Adam Hensem
Website Untuk Membooking Tiket Bas/Hotel
- Bus Online Ticket – laman web juga menawarkan tiket bas, feri atau keretapi
- Booking Flight Online – Sila beli tiket kapal terbang di sini jika mahu flight
- Booking Motel/Hotel Online – Sila booking bilik hotel anda di sini
- Booking Room/Villa Online – Sila booking homestay, rumah atau bilik di sini
- Booking Ferry Ticket Online – Sila beli tiket feri dan booking di sini
Clik here to view.

Orang utan di pulau orang utan Bukit Merah
Kalau anda datang dari jauh dan berhajat untuk ke Bukit Merah Laketown Water Park atau ke Eco Park atau ke Orang Utan Island. Sudah tentu anda mahu membuat persediaan seperti beli tiket bas dan juga tiket hotel penginapan yang terdekat dengan bukit merah ini betul? Sila buat persediaan awal dengan tempat tiket secara online melalui link di atas ini.
Clik here to view.

Pintu masuk ke kawasan hutan pulau orang utan island
Apa yang ada di pulau orang utan? Anda akan di beri sedikit penerangan ringkas tentang orang utan. Dan kemudian akan ada pekerja staff yang akan menemani anda untuk melawat kawasan persekitaran pulau orang utan tersebut. Kawasan tidak terlalu luas. Kecil sahaja. Dan selepas itu anda boleh beli makan makan, ke bilik pemeran untuk menonton video ringkas berkenaan orang utan dan tunggu bot tiba untuk pulang ke jeti bukit merah semula. Tiada apa yang terlalu menarik kecuali anda datang ke orang utan island semata mata untuk melihat orang utan dari jarak dekat sahaja. Kepada yang berminat boleh singgah ke pulau orang utan ini. Selamat melancong dan bersiar siar.
The post Pengalaman Melancong Ke Pulau Orang Utan Island appeared first on eCommerce In Malaysia.