Saya ingin bocorkan sedikit rahsia. Saya dan anda atau kita semua tahu, salah satu website merchant online shopping di Malaysia yang popular di kalangan orang Malaysia adalah Lazada Malaysia. Saya sendiri sudah berkali kali berpengalaman membeli di Lazada. Dan semua pengalaman tersebut adalah baik. TETAPI, mungkin anda perasan, ada sesetengah barang akan sampai lambat ke rumah anda. Lambat bukan kerana lambatnya perkhidmatan pos kurier. Tetapi kerana barangan tersebut dihantar dari luar negara ke rumah anda. Contohnya barang tersebut dari China. Anda beli di Lazada. Dan peniaga di Lazada pula tolong anda beli barang dari China. Sebenarnya itu yang berlaku. Anda tahu?
Anda kena faham, peniaga online di Lazada ada yang mempunyai stok di Malaysia. Dan ada sesetengahnya mereka membuat dropship dengan produk dari Malaysia dan juga luar negara. Dan produk dari luar negara memang memakan masa 2-4 minggu untuk sampai ke rumah anda. Semasa anda beli di Lazada, memang akan dinyatakan anggaran masa barangan tersebut akan sampai ke rumah anda. Kalau anggaran masa shipping lama, maka confirm-lah yang ianya di pos dari luar negara.
Beli Barang Dari China Online Untuk Borong Barang Harga Murah
Jadi saya selidik barang yang saya beli di Lazada yang di pos dari luar negara di website eCommerce dari China. Saya menjumpai produk yang sama. Ada di Lazada dan ada juga di website online shopping China. Dengan kata lain, ini menunjukkan barangan yang saya beli di Lazada sebenarnya adalah dari China. Soalan yang saya boleh berikan kepada anda adalah, kenapa tidak saya terus beli barang dari China sahaja betul? Dan anda pasti akan tanya saya berapakah perbezaan harga yang di jual di Lazada dengan dari China. Sudah tentu berbeza. Kalau anda beli barang dari China melalui internet ianya menawarkan harga lebih murah.
Senarai 10 Website Merchant Online Shopping China
- Alibaba – website china paling popular dan paling besar. Kena beli secara pukal banyak
- Aliexpress – website popular selepas Alibaba. Boleh beli dalam kuantiti sederhana (popular)
- Taobao – boleh beli satu barang dengan harga borong murah
- Dx.com – menjual pelbagai gadget yang murah
- Everbuying – menjual barangan elektrik yang murah
- Chinabuye – menjual banyak gadget unik menarik pada harga sangat rendah
- Dinodirect – menawarkan pelbagai barangan dari China
- Geekbuying – syurga bagi peminat gadget
- GearBest – menjual barangan elektronik yang berkualiti dan sedikit mahal
- EzBuy – beli barang China dari website Malaysia dengan mudah dengan harga RM (popular)
Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website merchant online shopping yang popular dari China. Kalau anda mahukan produk barangan tersebut, dan anda tahu ianya dari China, nasihat saya, anda beli sahaja barangan tersebut dari China secara online. Kalau anda tidak yakin, saya mencadangakan anda untuk membeli barang dari China tetapi melalui website Ezbuy Malaysia. Website ini adalah website agen yang menjadi perantara untuk beli barang dari China tetapi melalui website dari Malaysia dengan harga ringgit Malaysia. Jadi ianya memudahkan anda. Berminat. Sila klik, lawat dan beli belah secara online. Bye.
The post Cara Beli Barang Dari China appeared first on eCommerce In Malaysia.