Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 707

Senarai Pakej Webstore Di Malaysia Untuk Bisnes Online

$
0
0

Memang seronok buat duit secara online. Salah satu cara adalah dengan berniaga di internet menggunakan servis pakej webstore. Perniagaan melalui internet ini orang sebut sebagai bisnes online. Saya sendiri sudah mula berjinak jinak untuk berniaga online melalui Lazada Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan Lazada betul? Website online shopping Malaysia memang banyak yang sudah meningkat naik dan dikenali ramai oleh pengguna internet di Malaysia. Oleh kerana Malaysia sedang ke arah negara yang membuat pendapatan melalui e-dagang (e-commerce), maka akan ada banyak peluang peluang buat duit yang akan terbuka luas dalam dunia ecommerce nanti.

Sebelum itu, suka saya ingin ingatkan kepada anda bahawa, peluang perniagaan online ecommerce di Malaysia akan sangat fokus dan dibantu oleh eCommerce merchant dari China. Ini bukan sesuatu yang pelik kerana pemilik website Alibaba iaitu Jack Ma dari China telah dilantik oleh Perdana Menteri kita iaitu Najib Razak untuk membantu kembangkan dunia industri online shopping di Malaysia. Mudah cerita, anda juga kena belajar dan mahir dalam dunia beli barang dan juga borong dari China melalui internet dan jual ianya kembali di Malaysia atau di pasaran luar. Mahu tidak mahu, anda perlu melanggan pakej webstore dari sekarang.

Dengan pakej webstore dari Easystore, anda boleh membuka banyak kedai online

Dengan pakej webstore dari Easystore, anda boleh membuka banyak kedai online

Senarai Pakej Webstore Yang Di Cadangkan

Apakah pakej webstore ini? Dalam apa apa dunia perniagaan samada secara offline mahupun online. Satu perkara yang anda kena tahu adalah PERSAINGAN. Anda mungkin hendak berniaga di Lazada sahaja. Kalaulah Lazada ditutup, dan kita tidak dapat meramal masa depan, apa yang bakal terjadi dengan bisnes anda? Sudah tentu lingkup dan bungkus betul? Kita tidak mahu ini terjadi. Cara yang paling selamat adalah dengan mempunyai banyak kedai online pakej webstore dari pelbagai platform.

Anda boleh membina Facebook store dengan pakej webstore dari Shopify

Anda boleh membina Facebook store dengan pakej webstore dari Shopify

Penyedia Servis Platform Pakej Webstore Yang Sesuai

  • Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
  • Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini

Di atas ini, mengikut pengalaman saya sendiri, hanya 2 pakej webstore ini sahaja yang paling sesuai untuk peniaga seperti anda dari Malaysia. Kedua dua pakej bina webstore ini tidak mahal bayaran langganan bulannya. Penyedia bina website online store dari Malaysia yang bagus dan murah adalah dari Easystore. Dan pakej bina website online store dari luar negara yang popular dan juga murah adalah dari Shopify. Yang penting ianya popular dan ramai yang menggunakannya. Mulakan perniagaan bisnes online anda dengan melanggan pakej webstore yang saya perkenalkan ini. Selamat mencuba.

The post Senarai Pakej Webstore Di Malaysia Untuk Bisnes Online appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 707

Trending Articles