Saya sudahpun memiliki alat hiburan permainan terkini iaitu Virtual Reality Headset yang kita sebut sebagai VR Headset Gear. Dalam bahasa mudahnya orang Malaysia selalu sebut alat ini sebagai VR Box sahaja. Ianya digunakan untuk menonton video 3D atau bermain permainan games di smartphone dengan merasai dunia 3D. Bayangkan anda bermain games di smartphone dan anda merasakan seolah olah anda berada dalam permainan tersebut. Menarik bukan? Saya sudah membeli vr box dan menggunakannya. Apa yang boleh saya katakan? Ianya sangat menarik.
Saya belum lagi gunakannya vr box ini untuk bermain games di smartphone. Saya gunakan vr box ini lebih kepada menonton video. Salah satu video yang saya tonton adalah video Insidious VR iaitu sebuah filem seram pendek. Apabila saya menggunakan vr box dan menonton video tersebut. Saya memang merasakan saya dalam dunia filem seram tersebut. Saya adalah watak utama dalam filem tersebut. Ada orang duduk di depan saya dan bercakap kepada saya dan kemudiannya menjadi gila dan saya ternampak hantu. Memang seram!!! Memang real.
Website eCommerce Yang Menjual VR Box Untuk Anda Membeli VR Box Malaysia
Di atas ini adalah gambar sebenar yang saya snapshot di skrin smartphone saya. Gambar video VR memang terbahagi kepada 2. Dan apabila anda menggunakan alat vr box itu, barulah video akan menjadi satu gambar sahaja dan anda sudahpun merasai yang anda dalam dunia video tersebut. Bayangkan watak dalam video tersebut berkomunikasi dengan anda. Dan anda adalah watak utama. Kalau watak dalam video tersebut mahu membunuh anda dengan pisau. Apa yang akan berlaku kepada anda? Anda akan automatik merespon untuk mengelak kerana anda merasakanya ianya seperti sebenar (real). Itu yang saya rasakan. Dan itulah sebab kenapa ramai yang teruja untuk membeli vr box ini.
Cara Guna VR Box Malaysia
Ramai juga yang tanyakan soalan iaitu cara menggunakan VR Box. Pertama sekali, vr box yang saya beli ini adalah dari jenis yang asas (basic) dan ianya berharga murah sahaja. Fungsi paling asas yang boleh vr box Malaysia ini lakukan adalah menonton video jenis VR. Di mana hendak mencari video VR ini? Anda boleh cari Google Play atau terus tonton di Youtube. Gunakan Vr box untuk bermain games di smartphone? Jawapannya ya boleh TETAPI hanya untuk games yang tidak terlalu susah yang memerlukan alat remote tambahan.
Kalau game tersebut hanya fokus kepada peralatan VR box sahaja, maka bolehlah. Lihat gambar kedua di atas ini. No “1” adalah tempat anda melihat video VR. Dan No “2” adalah tempat anda meletakkan smartphone anda di situ. Mainkan video vr dan tonton. Mudah bukan! Gambar ketiga ini adalah gambar sebenar saya sedang menggunakan dan memakai Virtual Reality Headset dan sedang menonton video dalam keadaan 3D. Kalau anda tertarik dan berminat hendak membeli vr box ini, sila klik link di bawah ini. Selamat menyelami dunia 3D. Bye
>>> Dapatkan Set VR Box Murah Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Pengalaman Membeli VR Box Malaysia Online Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.