Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pengalaman Membeli Tilam Secara Online Di Lazada

$
0
0

Jiran saya pasti pelik dengan saya, sebab selalu saya tiada di rumah kerana bekerja. Dan beliaulah yang selalu tolong mengambil barang belian saya secara online yang di hantar oleh kurier servis. Dan selepas balik kerja, beliau berikan kepada saya. Dan ada satu barang ini saya terpaksa mengambil cuti dan menunggu di rumah kerana produk yang saya beli di internet ini sangat besar iaitu saya membeli tilam secara online di Lazada Malaysia. Wow, anda pasti kagum bukan? Beli tilam pun boleh melalui internet. Bukannya susah. Mereka hantar terus ke rumah. Mudah bukan?

Nasib saya ambil cuti satu hari dan tunggu di rumah. Saya mendapat panggilan dari kurier servis yang mereka akan menghantar tilam saya ke rumah pada sekian sekian masa. Dan saya menunggu di rumah. Dan ketika sampai ke kawasan rumah, pihak kurier servis yang datang dengan lori menelefon saya meminta saya turun ke bawah. Ini kerana saya tinggal di rumah jenis pangsapuri dan pemandu lori tersebut pula hanya seorang. Jadi beliau meminta saya membantu beliau mengangkat tilam dari bawah ke tingkat atas rumah saya.

Membeli tilam cara mudah melalui internet di Lazada Malaysia

Membeli tilam cara mudah melalui internet di Lazada Malaysia

Membeli Tilam Di Website Lazada

Tilam bukan seperti produk lain yang kecil yang boleh terus dihantar kepada pelanggan yang membeli tilam. Jadi ianya mengambil masa sedikit untuk diproses dan dihantar ke rumah pembeli tilam. Dalam kes saya, selepas saya order dan buat bayaran di Lazada, proses saya perlu menunggu sebelum tilam tersebut di hantar ke rumah saya adalah dalam masa 5 hari. Bagi saya proses penghantaran pos yang mengambil masa 5 hari tidak terlalu lama. Masih boleh di terima. Lagipun saya tidak tergesa gesa untuk menggunakan tilam baru tersebut pun. Jadi tiada masalah di situ.

Gambar sebenar tilam yang baru sampai ke rumah dari Lazada dan masih berbalut plastik

Gambar sebenar tilam yang baru sampai ke rumah dari Lazada dan masih berbalut plastik

Berapa harga tilam yang saya beli? Harga tilam yang saya beli adalah subjektif. Harga adalah subjektif. Terpulang kepada anda. Anda ada duit, mahukan yang berkualiti dan juga sedap. maka anda belilah tilam yang mahal. Anda tiada bajet besar, tetapi mahukan tilam baru yang murah, anda pilihlah dan beli tilam murah sahaja. Di Lazada, ada sangat banyak tilam yang berharga tidak mahal kepada yang sangat mahal. Anda mahu membeli tilam siap sekali dengan katil pun ada. Inilah produk barang bersaiz besar yang terbesar yang saya pernah beli setakat ini di Lazada. Pengalaman membeli belah online di Lazada adalah baik. Berminat untuk membeli tilam baru untuk bilik rumah anda sila klik link di bawah ini. Sekian


>>> Mari Membeli Tilam Secara Online Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Membeli Tilam Secara Online Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles