Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun, Down Payment 20%

$
0
0

Satu isu yang terbaru melanda Malaysia hari ini. Ada maklumat yang menyatakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghantar notis kepada bank bank di Malaysia untuk melaksanakan peraturan baru didalam pinjaman sewa beli kereta kenderaan bermula dan berkuatkuasa pada September 2013. Tujuan peraturan baru ini adalah untuk mengatasi masalah kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia yang dilihat semakin membimbangkan. 3 Jenis hutang yang membimbangkan di Malaysia adalah hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan juga pinjaman peribadi.

Jadinya mekanisma untuk mengurangkan hutang isi rumah ini dilihat dapat diatasi dengan mengenakan peraturan yang ketat bagi mana mana pinjaman baru untuk pembelian kereta baru selepas ini. Apakah peraturan terbaru ini baik dari segi “target” nya dan atau membawa kesan sebaliknya terhadap industri industri yang lain iaitu perbankan, automotif dan sebagainya. Apa pendapat anda?

Pinjaman Sewa Beli Kereta - Proton Suprima S Fire Red

Pinjaman Sewa Beli Kereta – Proton Suprima S Fire Red

Aku sebagai rakyat marhaen rakyat biasa, apabila mendengar berita ini, aku sebolehnya cuba melihat ianya dari dua dua sini. Pertama kenapa ianya hendak dilakukan? Dan dari tujuan ini aku dapati aku agak bersetuju dengan “tujuan” kenapa peraturan baru ini diperkenalkan untuk pinjaman sewa beli kereta ini. Persoalan yang lain pula adakah ianya releven dengan kemampuan semasa rakyat biasa Malaysia untuk “terpaksa” memberikan wang pendahuluan atau down payment sebanyak 20%. Tidakkah ini agak membebankan?

Pinjaman Sewa Beli Kereta Maksimum 7 Tahun

Aku cuba membuat kira kira ringkas bagi melihat kesan kesan dari perlaksanaan peraturan baru pinjaman sewa beli kereta ini jika dilaksanakan terhadap orang ramai. Lihat kira kira dibawah ini (interets kita letak TETAP);

Kereta Contoh = RM50,000

9 Tahun (10% down payment) (3.5% interest) 

a) 10% x RM50K = RM5K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 5K = RM45K

c) Interest For 9 Years = RM45K x 3.5% yearly x 9 Years = RM1575 x 9 years = RM14,175

c) Monthly Payment = (RM45K + RM14.175) / 108 month = RM547.92

7 Tahun (20% down payment) (3.5% interest) – Peraturan Baru

a) 20% x RM50K = RM10K (downpayment)

b) Loan = RM50K – 10K = RM40K

c) Interest For 7 Years = RM40K x 3.5% yearly x 7 Years = RM1400 x 7 years = RM9,800

c) Monthly Payment = (RM40K + RM9,800) / 84 month = RM592.86

Peratus Kenaikkan Bayaran Bulanan Baru terhadap skim lama = (592.86-547.92)/547.92 x 100% = 8.2%

Dengan kata lain, dengan kaedah skim pinjaman kenderaan terbaru, para peminjam secara asasnya akan terbeban dengan wang muka/down payment sebanyak 20% tetapi keuntungan pula adalah pendeknya tempoh pinjaman dan hanya kenaikkan 8% sahaja bayaran bulanan/monthly installment dari skim biasa. Bagi aku, aku setuju. Bagaimana pula dengan pandangan rakan rakan.

Aku tahu akan ada impak kesan hasil dari peraturan pinjaman sewa beli kereta ini di dalam pasaran Malaysia. Dijangka yang terkesan adalah sektor pinjaman semakin ketat dan penjualan kenderaan akan sedikit merosot. Mungkin ada kesan kesan negatif dan positif lain yang boleh dikongsikan oleh pembaca disini. Kongsikan pendapat anda. Anda suka dengan peraturan Pinjaman Sewa Beli Kereta yang baru ini?

UPDATE : DISCLAIMER/PENAFIAN (21/8/13) – Berita Terbaru – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan maklumat tentang peraturan baru. Rujuk di sini - http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20CAR/Article/index_html


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles