Kebanyakkan sekarang susah hendak mencari dan beli bantal tidur dari jenis kekabu. Kalau hendak jumpa pun kadang kala kena beli di kedai tepi tepi jalan yang memang ada membuat bantal jenis kekabu. Zaman sekarang memang kebanyakkan bantal di buat dari sejenis bahan yang disebut sebagai “polyester”. Iaitu sejenis bahan seperti span. Tidak kisahlah, asalkan berkualiti dan tidak mudah menjadi leper dan sedap dipakai. Saya baru sahaja membeli 2 biji bantal tidur secara online melalui website eCommerce Lazada Malaysia.
Apabila melihat bantal tidur yang ada di rumah ini, nampaknya sudah lama dan saya memerlukan bantal tidur yang baharu. Dan ini adalah kali pertama saya beli bantal tidur secara online di internet. Oleh sebab pengalaman saya membeli belah secara online adalah baik, maka saya percayakan website Lazada. Jadi saya pun membuat carian windows shopping untuk mencari bantal tidur yang bagus, berkualiti dan berharga murah. Dan nasib saya baik, saya terus membeli 2 biji bantal terus sekaligus.
Beli Bantal Tidur Berkualiti Online
Saya telah membeli bantal tidur di Lazada pada 27 Feb 2017 dan ianya sampai kepada saya pada 1 Mac 2017. Ianya hanya mengambil masa 2 hari sahaja untuk sampai kepada saya. Proses penghantaran adalah sangat cepat. Bagaimana dengan kualitinya? Kita berbalik kepada harganya. Kalau harganya murah, maka anda terpaksa berpuas hati dengan kualitinya. Dan kalau harganya mahal, maka tinggilah kualitinya. Saya hanya beli bantal tidur yang tidak mahal. Dan bagi harga sebegitu, saya berpuas hati dengan harganya termasuk servis penghantarannya.
Website Yang Menjual Bantal Tidur Yang Bagus
- Lazada Malaysia – ada sangat banyak bantal tidur (bed pillows) yang murah hingga yang mahal
- Amazon – anda mahu mendapatkan bantal tidur yang berkualiti, sila beli di sini
Kalau anda memang ingin membeli bantal untuk tidur, dan tiada masa dan juga hendak mendapatkan beberapa biji bantal yang murah tetapi bagus, anda boleh beli bantal tidur secara online sahaja. Nasihat saya, sebelum anda beli bantal tidur yang anda mahukan, sila baca review dahulu. Selepas baca review barulah anda tahu keadaan bantal tersebut. Jika anda berpuas hati dengan review komen tersebut, barulah anda membuat pembelian bantal tidur secara online dengan klik link di atas ini. Selamat tidur dengan nyenyak.
The post Pengalaman Beli Bantal Tidur Murah Online Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.