Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Nokia 3310 Baru 2017 Malaysia Secara Online

$
0
0

Anda dilahirkan pada tahun 80-an seperti saya? Kalau YA, saya pasti anda pernah menemui atau paling tidak berkesempatan menggunakan telefon handphone jenama Nokia 3310. Ketika waktu itu, hanya jenama Nokia dan juga Sony Ericsson sahaja yang menguasai pasaran telefon bimbit. Dua dua jenama ini pernah saya pakai dan sudah tentu, jangan terkejut kalau saya katakan yang handphone pertama yang saya beli ketika itu adalah Nokia 3310. Jadi, jika ada apa apa berita berkenaan telefon ini ianya pasti mendatangkan nostalgia kepada saya untuk beli Nokia 3310 nanti jika ianya dilancarkan di Malaysia.

Tahukah anda yang pihak HMD baru sahaja melancarkan telefon bimbit Nokia 3310. Tujuan lain tidak bukan untuk membuat kemunculan semula jenama Nokia di pasaran smartphone ketika ini. Dan nampaknya Nokia bakal bersaing dengan mengeluarkan smartphone mereka juga yang akan menggunakan sistem operasi Android. Dan untuk menarik perhatian yang pihak Nokia bakal memasuki pasaran, maka Nokia 3310 yang baru diperkenalkan. Saya pasti ramai yang tidak sabar untuk beli Nokia 3310 ini bukan?

Mahu beli Nokia 3310 yang baru atau yang lama (old and new Nokia 3310)

Mahu beli Nokia 3310 yang baru atau yang lama (old and new Nokia 3310)

Beli Nokia 3310 Terbaru Tahun 2017

Apakah spesifikasi Nokia 3310 terbaru 2017 ini? Skrin 2.4 inch berwarna, internal storage 16MB dengan external storage 32GB, 2MP kamera belakang, pilihan warna untuk cover set adalah merah, kuning, kelabu dan biru, mempunyai permainan lagenda iaitu “snake”, mempunyai capaian hanya 2.5G (tidak support 3G dan ke atas), menggunakan sistem operasi OS dari Nokia Series 30+ dan kapasiti bateri sebanyak 1200mAh. Anda perlu maklum bahawa handphone Nokia 3310 yang terbaru ini bukannya sebuah smartphone. Ianya hanya mengembalikan popularity Nokia 3310 dalam bentuk yang baru iaitu skrin berwarna.

Website Yang Menjual Nokia 3310 Versi 2017

  • Lazada Malaysia – cari pelbagai handphone Nokia termasuk Nokia 3310 Malaysia di sini
  • Amazon – cari pelbagai telefon bimbit Nokia termasuk Nokia 3310 baru di sini

Kenapa ada orang yang akan membeli telefon bimbit Nokia 3310 walaupun sudah ada smartphone yang lebih canggih. Sebenarnya ada ramai pengguna yang mahukan telefon bimbit yang kedua iaitu “backup phone”. Contohnya mahukan telefon yang mampu mempunyai masa dan jangka hayat bateri yang sangat lama. Paling tidak mampu untuk membuat panggilan (call) dan juga sms. Tahukah anda yang Nokia 3310 2017 ini mempunyai jangka hayat bateri selama 30 hari jika dibiarkan begitu sahaja. Jadi memang sangat sesuai untuk anda yang perlukan telefon kedua sebagai backup. Kepada anda yang berminat beli Nokia 3310 samada yang lama atau baru boleh klik link di atas ini. Sekian

The post Beli Nokia 3310 Baru 2017 Malaysia Secara Online appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles