Sebagai peminat sukan dan aktiviti luaran (outdoor) seperti berbasikal pasti tidak asing lagi dengan basikal mtb. Apa itu MTB? Ianya adalah singkatan kepada basikal mountain bike. Ianya sebuah basikal pelbagai guna yang sesuai untuk pelbagai jenis jalan. Mudah cerita, kalau hendak mudah, beli sahaja basikal mountain bike. Dan sekarang sudah ada trend untuk mencari basikal mtb murah. Malah jangan terkejut jika ada yang membeli basikal dari jenis terpakai (second hand). Saya sendiri baru ketahui akan perkara terbabit setelah berkawan dengan rakan rakan yang suka berbasikal hujung minggu.
“Wan, hang nak ikut kami tak berbasikal hujung minggu”. Kata rakan saya. Saya pula membalasnya dengan pertanyaan juga iaitu “Mahu jugak. tetapi aku takde basikal. Ko baru beli basikal mountain bike kan. Berapa harga ko beli? Kemudian rakan saya membalas balik dengan jawapan “Aku beli murah ja. Aku beli second hand. Adalah dalam RM1500”. Saya pun merespon dengan “Aik, ada ker basikal second hand dijual. Walaupun terpakai pun mahal jugak harga basikal ye”. Rakan saya tersenyum sahaja.
Beli Dan Cari Basikal MTB Murah Online
Apa yang anda faham dari perkongsian sembang sembang antara saya dengan rakan saya? Ianya menunjukkan sebenarnya sebuah basikal mountain bike itu tidak murah harganya. Harga yang dijual di Malaysia selalunya dalam lingkungan RM1000 hingga ke RM30K atau lebih. Mahal bukan? Basikal mtb murah pun pasti hendak dekat dengan harga RM1500 ke atas. Kawan saya beli basikal mountain bike yang terpakai hanya kerana mahu mendapatkan basikal mountain bike yang berkualiti dan lebih baik.
Senarai Website Yang Menjual Basikal MTB
- Lazada Malaysia – ada sangat banyak basikal mountain bike yang dijual di sini
- EzBuy Malaysia – kalau hendak dapatkan MTB murah, sila beli di sini. TERBAIK
- Amazon – hendak basikal mountain bike yang berkualiti boleh beli di sini
- Aliexpress – hendak basikal mtb yang murah dari China, boleh cari di sini
Di mana hendak mencari dan membeli basikal mountain bike yang murah. Sebenarnya anda tidak perlu membeli basikal yang second hand terpakai. Anda boleh dapatkan basikal baru yang sama yang dijual di Malaysia dengan harga lebih murah. Caranya adalah dengan beli basikal mtb murah dari China secara online. Anda tidak percaya? Anda boleh baca tulisan saya di sini [ barangan China murah ]. Anda akan lihat harga basikal yang sama dijual dengan harga terlalu berbeza di Malaysia. Namun terpulang kepada anda. Kalau hendak beli dan dapatkan basikal mtb murah dari Malaysia pun boleh. Asalkan anda kena pandai cari di website yang saya kongsikan di atas ini. Selamat berbasikal.
The post Basikal MTB Murah Untuk Dijual appeared first on eCommerce In Malaysia.