Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Ketupat Palas dan Rendang Ayam – Salam Maaf Dari Saya

$
0
0

Assalamualaikum. Kepada rakan rakan blogger. Saya dengan ini ingin mengucapkan terlebih dahulu Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kalian semua. Kenapa awal? Jawapannya adakah kerana sekejap lagi aku akan bertolak ke kampung halaman di kluang Johor. Kepada kenalan blogger semua, jika ada terkasar bahasa selama berblogging, aku meminta maaf. Tiadalah aku berniat untuk menyakitkan hati kalian. Aku harap kalian semua selamat berpuasa tanpa miss dan berjaya menunaikan ibadat yang terbaik.

Dikampung halaman nanti amatlah kurang aktiviti berblogging aku nanti oleh kerana kesibukkan yang teramat sangat dan lagi pula sebagai anak sulung/anak pertama tentulah kebergantungan untuk membantu ibu bapa didalam hal hal dimusim perayaan nanti membuatkan aku sibuk dengan dunia luar. Amalan amalan bermaafan, saling kunjung mengunjung ini adalah budaya yang sangat sihat dikalangan melayu. Dan aku juga berharap kalian semua agar memenuhkan aktiviti berhari raya nanti dengan aktiviti berfaedah. Agak agak boleh tak 2-3 hari tanpa dunia internet… Hehehe

Ketupat Palas dan Rendang Ayam

Ketupat Palas dan Rendang Ayam

Raya tahun ini ada kelainan. Pertama sekali rumah ibu bapa aku didalam proses renovasi. Dengan kata lain membesarkan rumah. Dan tentulah perasaan beraya dirumah halaman sendiri pada tahun ini lain dari yang lain. Dan yang kedua pula, seperti yang sedia maklum, aku telah pun berjaya mendapatkan kunci rumah iaitu rumah pertama yang aku beli dan hari raya pada tahun bertambah istimewa buat aku untuk meraya di rumah baru, huhu. Dan untuk pengetahuan kalian juga yang raya tahun ini aku agak bercuti panjang iaitu selama hampir 9 hari. Best kan.

Dan sebelum pulang, dan diwaktu berbuka tadi aku bertemu dengan Ketupat Palas dan juga beserta Rendang Ayam. Memang makanan kegemaran aku diwaktu raya. Apa lagi aku terus membeli dan merasainya. Sungguh sedap. Dah macam aku beraya dahulu walaupun belum waktu raya. Apa apa pun, selamat berpuasa, dan selamat hari raya. Kepada kawan kawan aku ucapkan permohonan maaf jika ada yang kurang selesa dengan perbuatan aku selama ini. Aku harap ianya dimaafkan. Selamat Hari Rayaaaaaa…..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles