Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Minta Pandangan – Bisnes Sewa Motosikal

$
0
0

Bisnes Sewa Motosikal – Mungkin idea ni nampak gila dan diluar normal. Buat pengetahuan korang aku mempunyai 3 buah motosikal iaitu Yamaha 135LC dan juga 2 buah Yamaha Nouvo S, satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hitam. Aku bercadang untuk menggunakan Yamaha 135 LC untuk kegunaan peribadi dan dua buah motosikal Yamaha Nouvo S yang berkapasiti engine 115cc itu untuk disewakan sahaja kepada orang luar ataupun kepada sesiapa yang berminat.

Kenapa aku terfikir idea ini? Tujuan aku adalah, daripada aku membazir dan membiarkan motosikal aku itu buruk dan dimamah usia siang dan malam, ada baiknya untuk aku membuat untung. Ada ker yang ingin meminjam motosikal untuk dibuat sewa? Bagi aku kalau tidak cuba mana tahu kan. Ada yang mencadangkan aku supaya menjual sahaja motosikal tersebut dari semak kerana banyak motosikal. Aku tidak sependapat dengan beliau, aku lebih memilih kepada memiliki aset bersih (tiada hutang) daripada menjual motosikal tersebut. Duit hasil dari jual motosikal kita akan habiskan tidak sampai sebulan tetapi aset tetap akan berguna sampai bila bila. Itulah pegangan aku.

Yahama Nouvo S

Yamaha Nouvo S

Tidak, aku tidak akan sesekali menjual. Maka kalau ada yang bersetuju aku menyewakan sahaja motosikal tersebut pasti ada yang bertanya. Apakah pasaran dan kehendak kawasan sekitar bukan. Ok begini, kalau korang nak tahu, kawasan yang aku tinggal adalah berdekatakan dengan Politeknik dan juga Universiti UiTM. Dan kawasan rumah pangsapuri aku juga diduduki ramai oleh pelajar samada dari politeknik mahupun uitm dan juga orang awam. Mungkin ramai yang kata ramai anak muda sekarang yang ada motosikal, tetapi bagi aku, masih ramai juga yang tidak bermotosikal.

Sasaran Bisnes Sewa Motosikal

Sasaran aku tentulah kepada golongan penduduk awam dan juga pelajar poli dan uitm. Kenapa penduduk awam? Ini kerana sesekali mungkin juga ada yang terdesak ingin menggunakan motosikal untuk keperluan mereka, jadi disinilah kenapa ianya menjadi penting lebih lebih lagi penggunaannya berbentuk harian iaitu sewa secara harian.

Tetapi aku lebih menargetkan golongan pelajar. Maklumlah semester pertama dan kedua, kebiasaannya tidak ramai yang membawa atau memiliki motosikal. Target aku adalah untuk menyewakan motosikal tersebut secara bulanan. Ya secara bulanan. Dengan kata lain motosikal tersebut akan aku beri pinjam sewa selama sebulan atau lebih dan bayaran adalah mengikut berapa bulan mereka mahu pakai.

Dengan sasaran sewa secara bulanan, kawasan persekitaran yang mendukung dan target yang boleh didapatkan, adakah bagi korang bisnes sewa motosikal ini boleh aku lakukan walau hanya untuk 2 buah motosikal sahaja. Tidak perlu aku katakan berapakah keuntungan bulanan yang aku targetkan, tetapi cukuplah untuk aku katakan aku menarget RM500 sebulan bagi kedua dua buah motosikal tersebut. Bagaimana dengan pendapat korang. Minta pandangannya tentang bisnes sewa motosikal ini. Berbaloi atau tidak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles