Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Beli Tiket Bas Online Express Malaysia

$
0
0

Sekarang sudah mula trend orang beli tiket bas secara online. Semalam saya melihat adalah jualan telah berlaku di website bas express Malaysia. Dan saya sendiri pernah bertanya kepada kaunter bas express samada orang ramai sebenarnya boleh atau tidak untuk membeli tiket bas online. Jawapan yang berikan adalah “YA BOLEH”. Tetapi kita semua sedar yang sehingga kini, masih lagi sangat ramai orang awam kena beli tiket bas menggunakan kaedah lama dengan beratur membeli tiket bas di kaunter penjualan tiket bas dengan terpaksa bersesak dan bersaing dengan pelanggan lain.

Perkara yang paling saya tidak suka ketika membeli tiket bas express adalah masalah “ulat tiket”. Bagi saya, kita sebagai pengguna tahu apa yang kita mahukan. Jadi kita akan mencari mana mana kaunter tiket bas yang yang menjual tiket ke destinasi yang kita mahukan. Di kuanter tersebut pun ada diletakkan info yang lengkap tentang destinasi yang mereka sediakan. Jadi apakah perlunya ulat tiket tersebut yang sebilangannya seperti mendesak kita membeli tiket bas dengan mereka. Bukankah kalau beli tiket bas online akan mengurangkan masalah ini.

Order tiket bas online express di internet

Order tiket bas online express di internet

Dapatkan Tiket Bas Online Express Murah Dan Mudah Di Internet

Ada 3 masalah utama jika anda masih lagi membeli tiket bas balik kampung secara terus di kaunter. Masalah pertama anda perlu bersaing, bersesak sesak dan berebut dengan pelanggan lain dan anda tidak pasti samada tiket bas masih ada atau tidak. Masalah kedua anda perlu membuang masa anda. Dan masalah yang ketiga adalah anda kadang kala terpaksa membeli tiket bas dengan ulat tiket yang telah memanipulasi harga tiket bas tersebut. Semua masalah ini selesai jika anda beli dan dapatkan tiket bas online sahaja.

Maklumat bas express, jam bertolak, waktu sampai dan harga tiket bas di tunjukkan

Maklumat bas express, jam bertolak, waktu sampai dan harga tiket bas di tunjukkan

3 Senarai Website Beli Tiket Bas Express Balik Kampung

  • Bus Online Ticket – laman web juga menawarkan tiket feri, keretapi dan hotel untuk perlancongan
  • Catch That Bus – laman web tiket bas yang fokus kepada Malaysia dan Singapore
  • Easybook – laman web yang lebih fokus kepada tiket bas express dan perlancongan

Tahukah anda, jika anda beli tiket bas online, semua harga tiket adalah seragam. Tiada manipulasi harga oleh ulat tiket. Anda tidak perlu bersesak sesak dan buang masa di kaunter yang menjual tiket bas. Dan yang paling best sekali, anda boleh terus tahu samada tiket ke destinasi anda masih ada atau tidak. Dan kalaupun sudah penuh dan tiket bas sudah habis, anda boleh beli tiket bas online dari penyedia bas express balik kampung dari syarikat yang lain pula. Di atas ini saya kongsikan dengan anda 3 laman web eCommerce bus ticket Malaysia untuk anda beli tiket bas express balik kampung secara online mudah. Bye.

The post Beli Tiket Bas Online Express Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 697

Trending Articles