Sebenarnya di Malaysia, industri “eCommerce” baru sahaja hendak naik. Dan masih ramai lagi yang belum biasa menggunakan website website yang boleh membantu memudahkan urusan bisnes. Contohnya dalam hal berkaitan mencari homestay di Malaysia. Bukankah bagus kalau ada 1 website yang semua orang tahu yang mereka boleh mencari rumah sewa homestay dengan mudah disitu dan pemilik rumah homestay pula akan mengiklankan bisnes homestay mereka di website itu juga. Kalau itu berlaku. Semua ianya akan membantu industri pembekalan penawaran homestay dengan mudah kepada pelanggan.
Kenapa saya membangkitkan isu ini. Saya sebelum ini mahu ke Besut Terengganu. Saya membuat carian di internet untuk mencari homestay di sana. Tetapi hasil carian terlalu terpisah pisah. Terpaksa pula membuat panggilan untuk ketahui samada rumah tersebut sudah disewa (booking) atau belum. Malah kebanyakkan terpaksa menggunakan bantuan saudara yang tinggal di Terengganu untuk mencarikan rumah homestay bagi saya.
Mencari Homestay Malaysia
Salam kepada pembaca. Di artikel ini saya mahu menjemput anda iaitu pemilik homestay dan juga kepada anda yang ingin mencari homestay untuk sama sama mendaftar di website ini. Website yang saya maksudkan adalah Website AirBnB. Website ini adalah dari luar negara tetapi telah dibina untuk digunakan di setiap negara. Maknanya ada pencarian untuk mencari bilik homestay untuk setiap negara. Ini bagi memudahkan pelancong dari luar negara dan juga dalam negara untuk ke mana mana dengan mudah.
Saya baru sahaja membuat pencarian homestay di besut sebagai contoh. Dan ada beberapa bilik, chalet dan juga homestay yang ditawarkan. Tahniah kepada pemilik homestay kerana mengiklankan rumah homestay di website ini. Ianya mudahkan saya apabila saya hendak ke besut Terengganu nanti. Hasil carian menunjukkan ada 14 bilik, chalet termasuk homestay yang ditawarkan berdekatan dengan besut Terengganu.
Anda pasti hendak tahu kenapa perlu gunakan website AirBnB ini bukan? Pertama sekali, website ini popular. Dan saya berharap lebih ramai pemilik rumah homestay di Malaysia mendaftar dengan website ini bagi memudahkan pengiklanan homestay mereka dan memudahkan rakyat Malaysia atau pelancong untuk mencari homestay di Malaysia. Anda kena tahu, bukan semua orang suka tinggal di motel atau hotel. Keluarga saya sendiri lebih menyukai homestay. Berminat? Daftar sekarang melalui link di bawah ini. Bye.
>>> Daftar Untuk Menyewa Homestay Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Cara Mudah Mencari Homestay Di Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.