Kalau anda membuat carian di Google dengan kata kunci (keyword) “ecommerce website platform”, anda akan berjumpa dengan jenama seperti Magento, Shopify, WooCommerce, Wix, PrestaShop, ZenCart dan sebagainya. Saya akan berkongsikan dengan anda tentang kenapa anda patut melanggan pakej storefront iaitu kedai online (online store) menggunakan pakej dari platform berbayar berbanding yang percuma. YA, anda pasti tidak faham antara perbezaan percuma dengan yang berbayar. Dan di artikel ini saya akan menjelaskannya kepada anda.
Kenapa Pakej eCommerce Website Platform Langganan Bulanan Lebih Baik
Sebenarnya, untuk membina shopping cart boleh melalui 2 cara. Cara yang pertama adalah dengan membeli domain dan juga hosting. Prosesnya sama 100% seperti anda ingin membuat blog berbayar. Anda beli domain dan juga hosting. Anda akan mendapat akaun cPanel. Dan dari akaun cPanel itulah anda boleh memasang (install) ecommerce website platform secara PERCUMA seperti Magento, Prestashop, ZenCart dan sebagainya.
Kelebihan
- Anda memasang dan membina kedai online dengan percuma
- Bayaran yang dikenakan hanyalah bayaran tahunan sahaja iaitu domain dan hosting
Kekurangan
- Kebanyakkan theme kedai online adalah berbayar. Anda perlu beli
- Masalah teknikal sistem platform ini perlu anda selesaikan sendiri
- Fungsi terhad. Kebanyakkan fungsi tambahan perlu dibayar jika mahu
Cara yang kedua pula adalah dengan terus melanggan servis membina kedai online yang banyak di internet dengan langganan secara bulanan/tahunan. Selalunya ecommerce website platform dari kaedah kedua ini adalah seperti Shopify, Easystore, Sitegiant dan lain lain. Kaedah ini adalah lebih mudah dan cepat.
Kelebihan
- Anda membina kedai online dengan mudah dan pantas
- Kebanyakkan theme kedai online adalah percuma
- Mempunyai pelbagai fungsi tambahan secara percuma
- Tiada isu teknikal, kerana ianya tanggungjawab pihak penyedia servis
Kekurangan
- Anda perlu membayar secara langganan seperti bulanan/tahunan
- Kos sedikit lebih tinggi.
- Anda perlu membayar pakej langgan bulanan + bayaran tahunan domain
Jadi, ecommerce website platform dari kaedah yang mana yang patut anda pakai dan gunakan? Terpulang kepada anda. Masing masing ada pro dan contra. TETAPI, zaman sekarang majoriti peniaga online lebih selesa memilih kaedah yang ke-2. Walaupun kos sediikit lebih tinggi, namun ianya memudahkan urusan anda sebenarnya. Saya sendiri mendapatkan kedai online saya menggunakan kaedah ke-2 dari Easystore. Kos bulanan yang saya perlu bayar adalah RM39 (pakej paling murah) sahaja. Walaupun setiap bulan kena bayar. Adakah RM39 ini mahal untuk menjalankan bisnes secara online? Berminat? Sila klik link di bawah untuk membina kedai online anda secara mudah dan pantas. Selamat mencuba.
>>> Langgan eCommerce Easystore (Malaysia) – [ Click Here ] <<<
>>> Langgan eCommerce Shopify (luar negara) – [ Click Here ] <<<
The post Kelebihan Menggunakan eCommerce Website Platform Berbayar appeared first on eCommerce Malaysia.