Beli barang di Taobao – Saya tidak pasti samada anda pernah mendengar tentang website eCommerce Taobao ataupun tidak. Kalau kita bercakap tentang hendak beli barang dari China secara online dengan harga murah dan borong. Maka anda tidak boleh abaikan website Taobao. Website inilah tempatnya dan terpercaya untuk membeli barang murah secara borong dari China. Anda banyak website online Shopping China. Cuma Taobao salah satu website yang paling dipercayai dan diantara yang paling popular. Cuma ada satu masalah iaitu website Taobao dalam bahasa cina. Anda yang bukan berbahasa cina pasti akan menghadapi masalah ini.
Sebagai seorang yang bukan cina. Secara umumnya kita tidak akan faham membaca tulisan cina. Bayangkan anda mahu membeli di website popular China iaitu Taobao, tetapi website tersebut tidak dibina untuk bahasa english. Ianya terpapar dalam bahasa cina. Saya sendiri sudah membuka website Taobao dan memang ianya dalam tulisan cina. Kawan saya yang melayu pernah juga membeli di Taobao beberapa kali tetapi menyuruh rakan beliau berbangsa cina untuk membeli bagi pihaknya. Di artikel ini saya akan berkongsi dengan anda akan 3 kaedah untuk membeli di Taobao.
Alternatif Mudah Cara Beli Barang Di Taobao
Kaedah Pertama – Saya menyarankan anda mendapatkan eBook Rahsia Taobao ini. Ianya sebuah panduan dalam bentuk ebook yang ditulis sendiri oleh orang cina Malaysia dalam bahasa melayu bagi membantu anda cara membeli di website Taobao. Dan anda akan diajar cara membeli, tidak kena tipu, cara memilih barang, supplier yang betul dan banyak lagi tips untuk pembelian yang selamat dan bijak.
Kaedah Kedua – Anda boleh gunakan khidmat dari agen Taobao Malaysia. Yang perlu anda buat adalah, mencari produk di website Taobao. Dan dapatkan copy “link url” produk yang anda mahu beli dan “paste” kan di website agen Taobao tersebut. Mereka akan check link dan lihat produk tersebut. Dan kemudian mereka akan membelikan produk tersebut bagi pihak anda. Anda akan membayar harga produk tersebut, kos shipping termasuk cas servis mereka.
Kaedah Ketiga – Kaedah ini adalah yang paling saya suka. Di Malaysia kita ada website yang bernama EzBuy. Website ini dibina untuk pasaran Malaysia dan produk yang tertera di website ini majoriti adalah dari Taobao. Mudah cerita, jika anda membeli barang di EzBuy Malaysia, anda sebenarnya sedang membeli barang di Taobao. Jadi tiada masalah bahasa lagi kerana ianya dalam bahasa english dan harga yang dipaparkan pula dalam ringgit Malaysia (RM). Selamat mencuba
The post Bagaimana Beli Barang Di Taobao Jika Tidak Faham Bahasa Cina appeared first on eCommerce Malaysia.